ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 April 2010

PROXY UMNO CALON PRK Hulu Selangor.......‘Bukan masalah jika saya sokong perjuangan Perkasa’

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menjelaskan, beliau tetap menyokong pendirian Perkasa kerana percaya setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.

“Saya percaya setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyampaikan pendapat mereka dan saya anggap tidak menjadi masalah jika saya menyokong perjuangan Perkasa.

“Bagi saya setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak mereka.

“Seperti orang Melayu boleh mempertahankan bahasa mereka, orang Cina boleh mempertahankan sekolah Cina dan orang India boleh mempertahankan sekolah rendah jenis Tamil,” katanya.

Dalam ceramahnya di Batang Kali malam tadi Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau dan pertubuhan bukan kerajaan itu bukan rasis kerana sanggup berkempen membantu calon BN itu.

Kamalanathan berkata, tidak menjadi masalah untuk setiap individu menyuarakan pendapat masing-masing.

Kamalanathan ditemui selepas beramah mesra bersama penduduk Kampung Hulu Yam Lama di Pusat Aktiviti Serbaguna JKKK Stesen Hulu Yan Lama dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan MIC pusat berkata, sepanjang kempen pilihan raya beliau merancang untuk turun padang berjumpa dengan pengundi.

“Saya mahu berjumpa dengan pengundi-pengundi di sini, lagipun saya gembira apabila berjumpa dengan mereka.

“Ini kerana saya mengambil jurusan perhubungan awam dan berjumpa dengan orang ramai adalah tugas saya selain sudah menjadi kebiasaan.

“Jadi saya gembira untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi dan ia merupakan satu kelebihan kepada saya kerana mempunyai latarbelakang perhubungan awam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan ada cawangan MIC dan pemimpin parti kurang menyenangi kehadiran beliau sebagai calon beliau menafikan perkara tersebut.

“Perkara itu tidak berlaku sebaliknya mereka memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya.

“Dengan kerjasama yang diberikan saya harap BN akan memperoleh kemenangan dalan pilihan raya ini,” katanya.



penyapu sial


masalahnya ialah hindraf kau kutuk tapi perkasa kau sokong ...macam UMNOAPCO jugak dia nie pun sudah gali kubur sendiri

No comments:

Post a Comment