ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 April 2010

BN menang menipu...pengundi hantu yang menganggu dan polis palsu yang sentiasa menipu dan mengampu...!!!

Hulu Selangor: PKR kesan 10 bas bawa pengundi hantu


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat  mengesan kira-kira 10 bas yang menurut mereka membawa pengundi-pengundi ‘hantu’ untuk mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal pagi ini.

“AMK mengesan bas disyaki membawa pengundi hantu di IKBN Ampang Pecah (dekat Kuala Kubu Baru) kira-kira 3.30 pagi tadi,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Menurut Shamsul Iskandar, pihaknya menahan bas berkenaan kira-kira 3,30 pagi dan membuat laporan setengah jam kemudian.

Bagaimanapun menurut Shamsul, pihak polis yang datang kira-kira 6 pagi tadi tidak mengambil tindakan menahan bas-bas berkenaan.

Kata beliau, penumpang-penumpang bas berkenaan meninggalkan tempat selepas cuba merempuh ahli-ahli AMK yang dianggarkan sekitar 80 orang.

“Apabila mereka cuba merempuh kami, dianggarkan 500 penumpang, kesemuanya orang-orang muda, kami terpaksa mengalah kerana kami cuma sekitar 80 orang.

“Kami sebenarnya mengharapkan polis akan mengambil tindakan tetapi tidak berbuat demikian,” kata Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun beliau mengakui wakil penumpang berkenaan, dipercayai dari Umno, memang adakan perundingan dengannya tetapi gagal apabila mereka meminta penumpang-penumpang berkenaan dibiarkan atas alasan adalah pekerja jentera BN.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar pula berkata, polis tidak menahan sebarang bas.

“Itu tidak benar,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Proses pengundian membabitkan 64,500 pengundi bermula 8 pagi ini.

No comments:

Post a Comment