ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 April 2010

Media Dah Jelek,Duit Nak Habis dan Jentera Lapuk.....SPR Pulak Jadi Tunggangan!
















Berdasarkan pengamatan penulis ketika program 'soal jawab' di TV3 malam ini bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya....

Secara umumnya,penerangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pengerusi SPR dalam sesi soal jawab ini hanyalah sebagai seorang yang terdesak untuk terus membela segala kemungkaran yang dilakukan oleh tuannya(kerajaan Umno Barisan Nasional).


Seperti dari awal pencalonan sehinggalah kepada keputusan muktamad diumumkan tiada langsung kesalahan yang dilakukan oleh Umno dalam isu rasuah. Seluruh media utama banyak merakam ucapan dan tindakan pemimpin Umno Barisan Nasional ketika mereka turun berkempen di sekitar Hulu Selangor.

Pemberian seribu ringgit sebagai pampasan deposit kepada beberapa peneroka di Felda Sg Buaya yang sebenarnya berlarutan berpuluh-puluh tahun di bawah kawalan Adun Bn yang tidak diambil peduli,dek kerana ada undi maka diberi secara tunai dan sekiranya menang tambahan sebanyak RM49 Ribu segera dilangsaikan kata Dato' Najib.

Ianya berlaku di siang hari,di khalayak ramai dan di hadapan kamera tetapi tidak dianggap sebagai rasuah oleh SPR.

Antara Hujah Pengerusi Spr untuk mengesahkan kemenangan jahat Umno-Apco adalah :

1. Penyingkiran Mafrel sebagai pemantau hanya kerana beberapa laporan perjalanan pilihanraya tidak di kemukakan kepada SPR.Tidak semestinya semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Mafrel adalah benar dan segala teguran yang disampaikan akan diikuti oleh ahli lembaga SPR.

"Mafrel Hanya dikambing hitamkan SPR agar rakyat akan percaya betapa telusnya proses demokrasi di Malaysia. Bila terlalu banyak laporan tentang hilangnya keabsahan Umno Barisan Nasional sebagai pengamal demokrasi berparlimen,SPR pula salah Mafrel.Kenapa yang dilapor bersalah orang lain tapi orang lain pula terasa seperti dikritik?"

2.Bila keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat maka SPR akan dipuji menjalankan kerja secara telus,tapi berlaku sebaliknya SPR akan dipersalahkan.Menang bermakna rakyat telah bangkit dan bila kalah SPR menjalankan kerja-kerja sial.

"Kalau nak diikutkan laporan salahlaku Umno Barisan Nasional kepada SPR ataupun polis semenjak pilihanraya diadakan di Malaysia,beribu kotak telah diarkibkan.Samada kalah atau menang berguni-guni laporan dibuat namun sepi terkacip gigi setiap pengerusi yang bertukar ganti.Kes melibatkan nyawa,ugutan dan rasuah tetap dipandang suci oleh SPR".

3.Pembersihan daftar pemilih telah dilakukan secara konsisten sejak 1999 untuk memudahkan rakyat membuang undi.Proses perpindahan pengundi ke kawasan/lokaliti asal di seluruh Malaysia telah berjalan sejak 2008.Kebetulan ada kematian YB di Hulu Selangor maka SPR membuat tindakan pantas untuk memulakannya di Parlimen Hulu Selangor.Ianya bukan arahan sesiapa.




















"Jawapan yang paling tengin di antara banyak-banyak pengerusi SPR walau sememangnya semua adalah dari produk yang bangang".

wallahua'lam.


kadeygucci

No comments:

Post a Comment