ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 April 2010

KESILAPAN ATAU SENGAJA BUAT SILAP...UNTUK MELAHAP....BINI PUAKA GILA KASUT...PERABIH WANG RAKYAT RM 27.5 JUTA

Tony Pua Persoal Mindef Beli Kasut Wanita RM27.5 Juta

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua membangkitkan persoalan berhubung kontrak membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan bernilai RM27.5 juta yang diberikan kepada syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.Sambil merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pua berkata,kita tahu isteri Perdana Menteri bercita-cita menjadikan Malaysia'pusat kasut di Timur'tetapi pembelian RM27.5juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.


"Saya menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita untuk kegunaan mereka", kata Pua.

Pua juga hari ini mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak yang dipertikaikan di dalam portal 'MyProcurement' yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.

Beliau juga merujuk kepada data baru yang dikemaskini pada Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia merupakan data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.

"Apa yang dipersoalkan ialah kementerian itu hanya menganugerahkan satu kontrak sejak Jun 2009 dan yang lebih memeranjatkan ialah kontrak untuk menaiktaraf keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi bernilai RM3.6 bilion yang diberikan kepada Business Information.

"Jika kesilapan kali ini berpunca daripada kesalahan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal "MyProcurement" yang kononnya dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek," ujar Pua lagi.

Sebelum ini, Pua mendedahkan kepada media beberapa siri kesilapan kerajaan di dalam portal "MyProcurement" menunjukkan data yang dimasukkan mempunyai kesilapan seperti maklumat tidak lengkap dan tidak tepat serta mempunyai kekurangan seperti spefisikasi tender, tarikh tender, kuantiti dan maklumat berkaitan yang lain.

No comments:

Post a Comment