ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 April 2010

SPRM sedia bertemu Bala di Kedutaan Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk merakam percakapan penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam di mana-mana pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata Balasubramaniam diminta memberikan keterangan kepada suruhanjaya itu bagi membolehkan siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diselesaikan segera.

“Setakat ini, semua kenyataan dari saksi-saksi termasuk adik Perdana Menteri, Nazim Tun Razak telah diambil,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya tetapi keesokannya menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya.

Sehingga kini, siasatan SPRM terhadap penyiasat persendirian itu menjadi sukar kerana lokasi di mana beliau berada masih tidak diketahui.

“Kegagalan Balasubramaniam memberikan keterangan kepada SPRM akan menyebabkan siasatan kes terbabit tidak lengkap dan tidak dapat diselesaikan dengan segera,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM juga meminta pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand supaya hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

“Dr Pornthip perlu memberi keterangan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga Teoh dan SPRM.

Sebelum ini, Dr Pornthip mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima “tekanan politik” dari kerajaan Malaysia.

Justeru itu, SPRM meminta supaya Dr Pornthip tidak perlu risau tentang keselamatannya kerana Kerajaan Malaysia termasuk Kementerian Dalam Negeri, Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan ke atas keselamatan sepanjang beliau hadir ke perbicaraan. — Bernama


penyapu sial

Jumpa di Kedutaan Malaysia? Silap hari bulan jadi kes TBH di sana. Sebelum ini Tak pernah dengar apa terjadi pada TBH di tangan SPRM?

No comments:

Post a Comment