ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 April 2010

Umno guna BN perkudakan komponen lain

kita sebagai rakyat yang prihatin kesal dengan ucapan perkauman timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.

Isu ini tidak perlulah dibangkitkan kerana soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Perlembagaan Umno.

Malah selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukan Umnolah juara rakyat sebenarnya.

Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan mengelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang.

Kita wajarnya menolak sebarang ucapan, slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat. Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni dinegara ini serta menghormati hak masing-masing.

Jadi kita menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya. Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat.

Malah dalam konvensyen itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja. Jawapan Pengerusi Penganjur Konvensyen, yang mendakwa beliau tidak melihat sebarang isu dalam hal ini menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu. Malah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA diatas kekalahan teruk mereka di Selangor.

Oleh itu, komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang.

kita juga yakin, keseluruhan rakyat akan menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini dengan sikap yang ditunjukan oleh Umno dan Komponen lain yang masih bacul untuk tinggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.

No comments:

Post a Comment