ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 June 2010

DAP sokong tindakan Pas .....UMNO-APCO bakal terkancing gusi.....!!!!

DAP menyambut baik keputusan Pas membenarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, parti itu tiada masalah dengan keputusan Pas dan tidak sedikit pun berkecil hati kerana apa yang penting adalah pembaharuan itu dibuat untuk kebaikan bersama.

“Ianya bukannya masalah besar, dan tidak langsung menjadi isu. Mungkin pihak lawan akan memperbesarkan isu itu tetapi DAP menyokong penuh keputusan Pas. Masing-masing ada prinsip tersendiri dan biasanya parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berbincang bersama sebelum buat keputusan,” katanya.

Menurutnya, walaupun bakal dilaksanakan oleh Pas, namun pelaksanaan mengenai kerusi yang ditandingi, hanya dibuat mengikut persefahaman yang dipersetujui parti komponen PR.

“Rangka kerja antara parti komponen telah pun ada mengenai kawasan masing-masing, namun kita boleh bincang semula untuk lihat siapa calon yang sesuai di sesuatu kawasan apabila tiba pilihan raya,” katanya.

Thomas berkata, ini menunjukkan adanya keserasian dalam kalangan parti komponen yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebaikan untuk memantapkan PR.

“Biarpun setiap negeri PR mempunyai mekanisme tersendiri untuk menentukan kawasan masing-masing, namun kesatuan antara ahli parti komponen juga harus diberi penekanan. Oleh itu, tidak perlu ada perasaan kecil hati atau tidak puas hati kerana ianya untuk kebaikan PR,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul soal perbezaan agama mahupun kaum memandangkan ahli DAP juga terdiri daripada kalangan orang Melayu, manakala Kelab Penyokong Pas kini telah diiktiraf senagai sayap baru parti itu.

“DAP tidak berasa dipinggirkan malah ini menunjukkan Pas kini lebih bersikap terbuka terhadap bukan Islam, dan sesuai dengan slogan ‘Pas untuk semua’,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berkata, Pas harus menggugurkan perkataan Islam daripada singkatan nama parti itu berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding, Thomas berkata, ianya tidak perlu.

“Itu cadangan yang mengarut. Tidak perlu gugurkan nama Islam dari parti itu semata-mata kerana membuka keahlian kepada bukan Islam. Yang utama ialah ahli yang beragama Islam dan bukan Islam dapat bersatu dan bekerjasama,” katanya.

Beliau berharap pihak luar melihat tindakan Pas itu sebagai suatu pembaharuan yang positif, dan parti itu berhak mengubah dasar atau sebaliknya mengikut kesesuaian masa

No comments:

Post a Comment