ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 June 2010

JANGAN DI TAJA UMNO-APCO SUDAH LAH....Lagi NGO Melayu bantah ‘halalkan’ judi sukan



Kepimpinan Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan dengan replika bola membantah keputusan melesenkan judi sukan di Kuala Lumpur

Tekanan agar kerajaan pusat menarik balik lesen judi bola sepak kelihatan meningkat dengan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menentang keputusan menghalalkan pertaruhan aktiviti sukan.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan yang mendakwa mempunyai 3,000 ahli di ibu negara mengumumkan protesnya pagi semalam

Pendirian itu dibuat kira-kira 3 jam sebelum Pemuda PAS bersama lebih 20 NGO termasuk sayap muda DAP bersiap sedia untuk melancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo di sini.

“Kami akan menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi secara tidak rasmi, apa yang baik untuk rakyat kami akan sokong...,” kata Naib Yang Dipertuanya Mohd Zaini Anwar pada sidang media di sini pagi ini.

Terdahulu dalam teks yang dibacakan oleh Exconya, Mohamad Yusoff Yahya, Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik keputusan pengeluaran lesen terbabit dengan segera bagi menghindari kepincangan daripada terus berlaku dalam masyarakat.

“Hanya sumber pendapatan dan perolehan rezeki yang halal sahaja yang dapat memberkati urusan pentadbiran negara, apatah lagi Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh yang menjadi hab perdahangan halal dunia,” katanya.

Pertubuhan itu menambah, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen judi bola sepak atau apa jua bentuk lesen judi oleh kerajaan kepada mana-mana syarikat termasuk Ascot Sports di bawah Kumpulan Berjaya daripada meneruskan aktiviti perjudian.

“Pertikaiannya di sini bukannya soal sama ada kegiatan judi haram yang berleluasa secara haram ini sukar dikawal atau tidak dapat dibendung tetapi soal kelemahan dalam aspek penguatkuasaannya... sama ada kita benar-benar mahu membanteras usaha tersebut atau sebaliknya,” kata pertubuhan itu.

Pada sidang medianya barisan kepimpinan pertubuhan itu membawa dua replika bola yang dihiasi dengan imej aktiviti perjudian dan juga perkataan APCO yang dirujuk kepada isu firma khidmat runding APCO Worldwide.

“Sudah cukuplah pemberian pelbagai bentuk lesen judi seumpama ini diberikan kepada operator di kelab-kelab eksklusif seperti judi mesin slot, judi lumba kuda di merata tempat termasuklah kasino bertaraf dunia di pusat peranginan terkemuka di Banjaran Titiwangsa sehinggalah di atas kapal mewah yang saban hari berulang alik di sepanjang perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan,” katanya lagi.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan berkata pihaknya juga mengambil kesempatan untuk mengecam sekeras-kerasnya tindak tanduk rejim Yahudi yang tidak berperikemanusiaan, yang terlalu berani bertindak seolah-olah mendapat “restu” daripada kuasa-kuasa besar.

“Maka di sini kami menyeru kerajaan agar jangan sama sekali terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana syarikat atau firma perunding yang berkaitan dengan Zionis termasuklah APCO dan Asiasoft, yang didalangi oleh kumpulan tertentu,” kata pertubuhan itu yang turut menyebut senikata lirik “anak kecil main api” dan sajak “mencari damai abadi”.

“Ingat bahawa negara Eropah seperti Greece pada hari ini menjadi muflis bukan angkara subsidi yang diberikan kepada rakyatnya, tetapi lebih menjurus soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran kerajaannya.

“Bezanya, Greece dengan Malaysia, kita kaya dan makmur dengan nikmat sumber alam semula jadi yang dikurniakan oleh Allah,” katanya.

No comments:

Post a Comment