ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

Loading...

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 December 2009

Parti Bulan Menghadapi Zaman Gerhananya?

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti Pas dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (Pas).

Sebenarnya 2009 dimulai dengan sinar cemerlang untuk Pas apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan.

Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana bulan, parti bulan (Pas) perlu melihatnya dari sudut positif. Pemimpin-pemimpin parti bulan perlu melakukan banyak kerja supaya tiada gerhana bulan lagi yang melanda Pas. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit. Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya Pas mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!

Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan Pas perlu merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan.

Kepada kepimpinan Pas, jangan biarkan gerhana bulan esok 1 Januari 2010 menjadi petanda gerhana penuh yang memusnahkan parti bulan pada 2010 ini!


Pendikargunung

Bapa Ronnie Liu Penyokong dan Pengundi PAS di Pahang

Hasil dari kempen beberapa kepimpinan PAS di Sleangor, maka nama Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.

Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Tragedi Memali : Fakta salah dipamer di muzium PDRM

"Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.



Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.

Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.

Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.


Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di
bilik pameran Muzium PDRM


Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di
bilik pameran Muzium PDRM

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.

Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.

Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.

Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".

Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.

Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

(http://tukulbesi.blogspot.com )


Video clip TRAGEDI MEMALI..

Cukai Kad Kredit RM50 - 1Malaysia, Rakyat Dibangsatkan!

"Salam 1Malaysia(Baca : Najib Lahanat),

Sebelum saya meneruskan artikel ini dengan panjang lebar, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kerajaan Najib menipu dan memerangkap rakyat Malaysia dengan cukai perkhidmatan kad kredit yang bakal dilaksanakan mulai esok. Kita harus bangkit menentang segala bentuk penindasan termasuklah cukai RM50 setiap satu kad kredit yang dimiliki.

Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama.

Bukankah sebenarnya kad kredit itu adalah kad hutang atau e-hutang? Berlainan dengan kad debit atau kad MEPS ATM, kad kredit membenarkan hutang secara terus dan memudahkan pengguna dari aspek mendahulukan duit sebenar. Namun kepenggunaan kad kredit oleh rakyat kebanyakkan lebih kepada membuat hutang dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan kebanyakkan harga barang keperluan melonjak sejak 2-3 tahun ini.

Mengapa kad kredit menjadi pilihan Rakyat Malaysia atau lebih tepat pilihan orang melayu? Kerana kad kredit memberi nafas kepada mereka yang memerlukan. Trend kad kredit digunakan oleh bangsa kita kerana ia memberi pendahuluan untuk segala jenis keperluan seperti membeli barang2 dapur, membeli keperluan anak kecil seperti susu dan lampin, menjadi kad minyak dan tidak kurang juga menggunakan kad kredit untuk servis dan baikpulih kenderaan.

Cukai RM50 untuk setiap kad kredit yang dimiliki adalah sesuatu yang wajib ditentang oleh setiap masyarakat. Ia tidak langsung mentafsirkan slogan 1Malaysia buatan Najib. Inikah konsep rakyat didahulukan? atau memang benar-benar rakyat didahulukan untuk membayar cukai tambahan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sedar bahawa kebanyakkan pengguna kad kredit bukan hanya dari golongan yang elit dan senang. Golongan pertengahan dan bawahan juga ada yang menggunakan kad kredit sebagai talian hayat dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan cukai tambahan ini juga, kerajaan seumpama bertindak zalim kerana menambahkan lagi bebanan 'interest charge' yang dikenakan setiap bulan. Walaupun ia hanya RM50, tetapi ia berlaku setiap tahun dan ia termasuklah tambahan RM25 untuk setiap kad tambahan yang kredit limitnya hanya satu.

Pengguna-pengguna kad kredit se-Malaysia seharusnya timbul rasa tersentak dengan cukai baru ini. Sedar atau tidak, ini adalah satu perangkap terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya. Cukai RM50 ini tidak sepatutnya dikenakan terhadap pengguna sedia ada. Kalau benar kerajaan ingin mengenakan cukai ini, adalah wajar untuk hanya dikenakan kepada pemohon-pemohon baru kad kredit.

Pengguna tegar kad kredit pastinya punya masalah untuk membatalkan penggunaan kad kredit kerana baki outstanding yang masih banyak itu perlu diselesaikan sebelum kad tersebut dibatalkan. Adalah tidak adil ia dikenakan terhadap pengguna sedia ada.

Saya percaya, ketegasan kerajaan menjalankan cukai perkhidmatan kad kredit ini mencerminkan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan cukai dengan sesuka hati. Ketirisan dan kebocoran dalam pemerintahan tidak dititik berat malah rakyat menjadi mangsa kerakusan Barisan Nasional merompak hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Hancur Hancur!!! Hancur BN!!


edyesdotcom

Masih adakah rakyat yang kelaparan setelah Kerajaan belanja 1 Billion Untuk F1

"Sesiapa pun akan memikirkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara kaya bila membaca budget 2010 yang memperuntukkan RM 1 Billion bagi mempromosikan F1. Orang luar melihat seolah-olah sudah tidak ada rakyat Malaysia yang susah dan kelaparan sebab Kerajaan sekarang boleh berbelanja besar untuk perkara-perkara mewah seperti F1.

Rakyat dijelaskan bahawa budget 2010 adalah budget defisit. Maknanya jumlah perbelanjaan lebih dari jumlah pendapatan. Jadi macam mana Kerajaan Najib tergamak membazirkan RM 1 Billion untuk sukan yang hanya dinikmati oleh 1 peratus rakyat Malaysia.

Kalau membaca artikel mStar bertajuk “‘Mayat Hidup’ Berkeliaran Di Sekitar Masjid Negara” pastinya kita melihat bahawa mereka itu lebih memerlukan bantuan untuk dibimbing dan diberikan kehidupan baru.

Dengan duit RM 1 Billion rasanya program TV3 Bersamamu boleh ditamatkan kerana mereka-mereka yang dhaif boleh dibantu oleh Kerajaan secara terus.

Sepatutnya Kerajaan Najib malu kerana sebahagian besar tanggungjawab sosial yang sewajarnya dilaksanakan kerajaan telah dilakukan oleh pihak swasta dan NGO yang rata-rata mereka juga bersusah payah mengumpulkan dana bantuan.

Kerajaan sewajarnya memberikan dana yang lebih kepada usaha-usaha murni mereka. Bukannya membazirkan duit RM 1 Billion untuk kepuasan pihak elit minoriti di negara ini.

Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu mengubah kebodohan BN ini. Ayuh, tumbangkan BN kembalikan hak rakyat!

hermansamsudeen

Raja Petra sudah ditemui di London…..


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang menjadi buruan polis sejak hampir lapan bulan lalu, kini berada di London.

Beliau berkata, perkara itu disahkan hasil risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol).

Musa bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pengendali blog berusia 59 tahun itu tinggal di pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater, London atau sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau berkata, jika benar Raja Petra merasakan dirinya tidak bersalah, dia perlu kembali ke Malaysia untuk membersihkan namanya.

“Jika benar (Raja Petra di London), baliklah ke Malaysia dan bersihkan nama. Bukannya sembunyikan diri di negara asing,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Mengulas lanjut, Musa berkata, Raja Petra kini membawa status sebagai pelarian memandangkan dia ke negara tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Kita sudah rampas semua dokumen dia termasuk pasport selepas dia disahkan muflis,” jelasnya.

Ditanya mengenai langkah PDRM memohon ekstradisi terhadap Raja Petra, beliau berkata, polis telah berbuat demikian namun ia akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa peringkat.

“Kita perlu menghantar beberapa dokumen kepada pihak penguatkuasa negara tersebut bagi membolehkan inkues terhadap Raja Petra dijalankan di sana (London) sebelum dihantar pulang ke sini,” jelasnya.

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my


penyapu sial


wooiii...Musa..ng ...sape yg perlu bersihkan namanya....najib altantuya...gajah rosmah atau engkau sendiri...engkau 3 ekor jembalang tanah perompak hak rakyat patut naik ke mahkamah bersihkan kan nama sendiri dari sebarang tuduhan dan bukan pandai bercakap depan tv....

kalau dah kecut teloq nak naik mahkamah...malas nak layan dan mcm2 dalih  bila dah terang bersalah...makna nya bukan fitnah...

kalau aku jadi RPK mampuslah aku tak nak balik punya...boleh terjamin keselamatan...kalau negara ini di terajui samseng berlesen cap musang kuntut...ntah ntah kena c4 mcm altantuya atau dighaibkan lagi mcm PI Bala...

enjin pesawat boleh hilang...inikan orang....rekod imigresen keluar masuk pun boleh hilang....!!!!

30 December 2009

tahun 2009 ...1 malaysia mencipta rekod dunia bin ajaib....menghilangkan beberapa biji enjin pesawat pejuang tanpa di kesan.....!!!



Tanpa angin bertiup, tanpa ribut kencang, tanpa banjir besar, tiba-tiba sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan pemerintahan negara “membocorkan” berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang dikatakan berharga RM50 juta sebuah dari Gudang Matra 1 di Pengkalan Udara Sungai Besi.

Berita kehilangan enjin jet ini telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Berita ini sudah pasti akan menggemparkan negara apatah lagi yang hilang bukanlah enjin “mesin potong rumput” milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM200, akan tetapi yang hilang adalah dua enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 100 juta.

Seperti kes “kematian” Teoh Beng Hock di bangunan MACC Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa “no cover up” dalam kes kehilangan enjin jet ini. Tetapi tahukah beliau, jika benar-benar “no cover up”, beliau sendirilah yang harus disiasat oleh kerana beliaulah Menteri Pertahanan Malaysia, ketika enjin tersebut hilang!

Walaupun “boleh jadi” beliau tidak tahu menahu mengenai kehilangan kedua-dua enjin jet pejuang tersebut, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan pada ketika itu, beliau harus dipertanggungjawabkan diatas kehilangan enjin jet pejuang tersebut.

Apatah lagi kini Najib telah menjadi perdana menteri Malaysia, kan “tak manis” dipandang orang apabila perdana menteri Malaysia adalah bekas menteri pertahanan yang sewaktu menjaga Kementerian Pertahanan, dua enjin jet pejuang F-5E hilang dijual kepada syarikat asing.

Bukan enjin sahaja hilang, banyak lagi yang hilang

Belumpun heboh mengenai berita kehilangan enjin reda, menteri pertahanan kini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa selain enjin jet, banyak lagi peralatan milik ATM hilang.

Zahid tidak memberitahu pula peralatan apa yang hilang dan berapa jumlah kerugian, akan tetapi terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai perkara ini.

Ini satu lagi yang saya tidak faham. Tak ada angin dan tak ada ribut, tiba-tiba Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog walaupun yang mendedahkan berita mengenai kes kehilangan dua enjin jet pejuang tersebut adalah sebuah akhbar arus perdana yang dekat dengan kekuasaan dan beliau sendiri yang mendedahkan mengenai kehilangan peralatan lain ATM. Apakah “ada udang disebalik batu”?

Jika Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai kehilangan “enjin keretanya” tidak mengapalah kerana itu adalah milik peribadinya.

Enjin jet pejuang dan peralatan-peralatan ATM yang hilang adalah milik negara dan secara langsung berkaitan dengan rakyat Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya diamanahkan untuk menjaga harta milik negara dan bukannya memilik peribadikan harta milik negara.

Oleh itu spekulasi mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang ini tidak akan terhenti begitu saja. Tambah lagi apabila Zahid memberikan amaran, maka akan bertambah ramailah penulis-penulis blog yang akan mengulas isu ini. Sudah menjadi lumrah manusia, lagi dilarang lagi suka dibuatnya.

Enjin jet kini di Argentina?

Dikhabarkan, enjin jet pejuang tersebut disedari hilang pada bulan Mei 2008 pada ketika Jeneral Azizan Ariffin yang kini merupakan Ketua ATM masih lagi ketua Tentera Udara. Kehilangan disedari apabila Azizan mengarahkan akan audit dibuat terhadap aset Tentera Udara. Pada ketika audit dibuat, barulah disedari dua enjin yang bernilai RM100 juta hilang. Laporan polis telah dibuat pada bulan Ogos 2008 diatas kehilangan enjin jet tersebut.

Akhbar arus perdana yang membocorkan berita mengenai kehilangan enjin jet pejuang milik ATM turut melaporkan bahawa seorang brigadier-jeneral dan 40 lagi anggota ATM telah dipecat dan enjin jet tersebut dipercayai telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Selatan.

Terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa hasil daripada siasatan polis, kedua-dua enjin jet tersebut dipercayai berada di Argentina dan polis masih lagi menyiasat sama ada kedua-dua enjin tersebut masih lagi berada di negara tersebut.

Akan tetapi pada 22 Disember 2009, akhbar arus perdana yang membocorkan kes kehilangan enjin jet pejuang tersebut melaporkan bahawa terdapat laporan perisikan negara yang mengatakan bahawa kedua enjin jet tersebut kemudiannya dihantar ke sebuah negara di Timur Tengah yang mengalami sekatan daripada Amerika Syarikat. Negara Timur Tengah tersebut turut dikatakan sedang bercita-cita untuk membangunkan jet pejuang mereka sendiri.

Sekarang kita masih tertanya-tanya apakah enjin jet tersebut berada di Argentina atau berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu? Jika berada di Argentina, masalah tidak begitu besar. Jika berada di negara Timur Tengah yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat itu, apakah impak dan kesannya kepada negara dikala Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia yang sangat penting?

Banyak persoalan misteri yang bermain di fikiran saya dalam kes kehilangan enjin jet pejuang ini. Diantaranya ialah, mengapa setelah sekian lama, baru sekarang kes kehilangan enjin jet ini dibocorkan?

Kedua, mengapa secara tiba-tiba kes ini ditimbulkan kepada umum?

Ketiga, dimanakah sebenarnya enjin jet tersebut berada?

Rakyat Malaysia mudah lupa?

Apa-apa pun rakyat seharusnya berbangga kerana sekali lagi Malaysia berjaya mencipta rekod dunia. Enjin jet pejuang yang begitu besar saiznya boleh hilang dengan mudah di Malaysia. Jika enjin “mesin rumput” boleh juga disorokkan dalam “bonet” kereta, tidak boleh terbayang pula bagaimana hendak menyorokkan enjin jet yang sangat besar saiznya.

Seperti biasa, akan ada beberapa orang yang akan didakwa dalam kes ini. Yang pastinya hanyalah “ikan-ikan bilis” dan bukannya “ikan-ikan jerung” besar!

Sudah pasti seronok menjadi pemimpin negara Malaysia. Walaupun enjin jet yang berharga RM100 juta hilang, tidak akan ada tindakan yang akan diambil oleh rakyat. Lama kelamaan rakyat pasti akan lupa.

Kalau ada yang bising pun, hanya sekadar di blog dan ruangan komen blog. Sebab itu Zahid memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar tidak mensensasikan dan membuat spekulasi mengenai isu ini.

Tidak hairanlah begitu ramai orang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin negara Malaysia sehinggakan Malaysia kini berada di ambang sistem dua parti.

Di Malaysia mudah, pemimpin boleh buat apa saja. Lama-kelamaan rakyat pasti lupa. Sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad silap, bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, seluruh rakyat Malaysia pun sama. Saya cadangkan agar Mahathir menulis buku baru yang bertajuk “Dilemma Malaysia” yang mengulas mengenai sikap rakyat Malaysia yang seringkali terlupa.

Jika menjadi pemimpin di negara Filipina susah. Silap sikit rakyat protes. Salah sikit rakyat protes. Tahun 1986, Presiden Marcos dijatuhkan melalui “people power”. 15 tahun kemudian Presiden Joseph Estrada pula dijatuhkan melalui “people power 2”.

Selamat tahun baru kepada Malaysia. Diharapkan agar tahun 2010 akan menyaksikan Malaysia mencipta rekod-rekod baru dunia yang lebih hebat dari rekod-rekod 2009.

Tamatkan Perkhidmatan MiG-29 Untungkan Orang Tengah?


Benarkah tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29 yang bernilai ratusan juta ringgit tahun depan dipengaruhi 'orang tengah' yang bakal mengaut keuntungan hasil jual beli pesawat berkenaan

Itu persoalan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.

Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membaik pulih pesawat-pesawat berkenaan dengan menggunakan kepakaran Rusia dan India yang turut menggunakan pesawat pejuang yang sama jika tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai kepakaran.

"Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," tegasnya.

Kata beliau, banyak yang telah dibelanjakan untuk membeli dan menyelenggara jet-jet berkenaan, malah perbelanjaan akan bertambah jika kerajaan berhasrat membeli pesawat baru

"Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau lupuskan ratusan juta ringgit akan hilang," jelas beliau.

Beliau berkata, walaupun pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat (AS) kononnya tahan lebih lama seperti pembelian FA-18 tetapi sebaliknya pembelian dengan negara itu tidak menguntungkan pertahanan Malaysia.

AS, kata Dr. Mahathir, mengenakan syarat yang sangat ketat sehinggakan pesawat FA-18 itu hanya boleh digunakan untuk pameran semata-mata.

"Mereka tidak beri source code yang mana ini mengehadkan kegunaan FA-18 untuk pameran sahaja," ujar beliau.

mstar

SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Boleh Saman

Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihanraya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.

Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.

PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.

PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta diatas pembohongan yang sengaja dicipta itu.

PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

tua kutuk yang nyanyuk...memang selalu lupa...!!!!

Tun Mahathir! Bila bercakap tentang MiG, Skyhawk di Nevada jangan dilupa..

Pada 28 Dis, melalui blognya Tun Mahathir telah mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Jet Pejuang MiG-29 yang ada dalam perkhidmatan TUDM sekarang.

Katanya masih banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.

Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

Tambahnya lagi "Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib menamatkan perkhidmatan MiG-29, Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya..



SKYHAWK dan TUDM




















Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM

Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima: 1083 km/j
Had penerbangan: 12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
..................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke darat


Rujukan sini, sini dan juga sini

Banyaknya X-Files UMNO yang terburai....busuknya sampai ke usus...

Banyaknya X-Files UMNO yang terburai..






















BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN.

Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontraktor 'for nothing'. Bukankah elok RM300 juta itu diperuntukan membuat perumahan rakyat yang memerlukan? Perkara penting pembaziran wang rakyat ini tidak pun disiasat oleh SPRM.

Sepatutnya tugas SPRM menyiasat kepada Dr. Mahathir kenapa bina jambatan bengkok itu? Abdullah Ahmad Badawi juga patut disiasat kenapa hentikan pembinaan jambatan bengkok itu? Patutkah SPRM berfikir kedua-dua Mantan Perdana Menteri itu tidak bersalah dalam tindakan mereka?.

Dalam hal ini dari dua orang, mesti ada salah seorang yang bersalah? Takkanlah kedua-duanya tidak bersalah. Jadi, apa tugas SPRM? Mungkin SPRM menjalankan tugas cuma mencari kesalahan YB-YB Pakatan Rakyat sahaja?

Yang paling jenaka di abad ini, seorang peguam biasa yang nama glamournya dikenali sebagai ‘correct, correct, correct' boleh menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Suruhanjaya Penyiasatan Awam sudah pun dilantik.

Hasil siasatan Suruhanjaya mengakui 'memang betul' seperti rakaman telefon bimbit itu apa yang diceritakan. Kenapa perkara ini senyap sahaja? Di mana sudah peranan SPRM dalam melaksanakan keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Awam itu?

Kematian misteri Altantuya, Razak Baginda penganalisis politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Najib telah dibicarakan. Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri.

Timbul soalan, kenapa pihak Pendakwa Raya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan yang Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri? Di sini timbul berbagai teka-teki seolah-olah Razak Baginda sengaja mahu dilindungi?

Dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Timbul soalan, apa motif dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib itu membunuh Altantuya?

Kematian misteri Teoh Beng Hock. Mendiang bukan terbunuh hanya sebagai saksi SPRM membunuh diri, masukkah di akal seorang saksi membunuh diri di bangunan SPRM? Teoh yang akan berkahwin dan akan menikmati bulan madunya tidak lama lagi mahu membunuh diri?

Pegawai-pegawai Tabung Haji dituduh rasuah ratusan juta RM, Presiden MCA ditubuh rasuah RM10 juta, tidak pun mereka ambil langkah membunuh diri, tapi Teoh sebagai saksi pula membunuh diri sendiri. Sungguh misteri cerita ini.

Satu lagi cerita misteri yang sungguh memalukan Malaysia di mata dunia. Kecurian dua enjin jet dicuri di tempat yang ketat sekuritinya dalam kawalan tentera Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu mungkin banyak lagi harta Malaysia sudah dicuri? Mungkin bukan dua enjin jet sahaja yang dicuri, tapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada umum?

Kita rasa ragu-ragu penghantaran minyak mentah kita keluar negara selamat dari dicuri atau tidak? Ia juga ada cara boleh dicuri kalau mahu mencuri? Jadi, Kerajaan UMNO/BN memang tidak selamat menjaga wang rakyat, harta Kerajaan.

Zahid Hamidi juga mungkin kurang selamat jawatannya kerana berani membongkar kecurian dua enjin jet tentera semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pertahanannya.


HALIK ZAMAN

Kaji Semula Cukai Kad Kredit

1. Pengumuman Kerajaan tidak akan mengkaji semula cukai kad kredit menunjukkan maklumat yang disampaikan kepada kabinet tidak mencerminkan realiti rakyat.

2. Dalam Bajet 2010, Kerajaan mengumumkan cukai ke atas setiap kad kredit. Satu kad kredit utama dikenakan bayaran RM 50. Manakala bagi kad kredit tambahan ialah RM 25 untuk satu kad.

3. Saya percaya majoriti pemegang kad kredit mempunyai 2-3 kad kredit. Ini bermakna mereka perlu membayar antara RM 100 - 150 setahun. Kadar ini mungkin kecil bagi sesetengah orang yang bergaji berpuluh ribu. Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana ia merupakan jumlah yang agak signifikan.

4. Ramai yang menggunakan kad kredit sebagai satu pilihan sewaktu kecemasan ketika menghadapi masalah aliran tunai. Bukan semua orang "makan gaji" dengan kerajaan yang setiap bulan gaji masuk dengan tepat tanpa sebarang masalah. Bagi peniaga kecil, kad kredit juga menjadi "galang ganti" jika lambat mendapat bayaran dari pihak lain.

5. Ramai juga yang memegang kad kredit kerana enggan membawa wang tunai dengan banyak. Ini merupakan satu langkah baik bagi mengelak kehilangan banyak wang jika diragut atau dirompak.

6. Mereka yang memiliki lebih dari satu kad kredit pula bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya mempunyai dua hingga tiga kad kredit adalah jaminan bagi memastikan transaksi berjaya. Bayangkan jika kita membeli beberapa barang yang harga beratus ringgit, tiba-tiba kad kredit dari bank tertentu tidak dapat digunakan. Kita pula hanya ada satu kad tersebut sahaja.

7. Kebanyakan pemegang kad kredit tidak dapat melihat apa sebab yang rasional untuk mereka membayar cukai kad kredit. Bagi mereka kerajaan tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi membolehkan ia mengutip cukai ke atas kad kredit.

8. Malahan tindakan mengenakan cukai RM 50 ke atas setiap kad kredit sangat bertentangan dengan usaha menjadikan masyarakat kita sebagai cashless society pada masa akan datang.

9. Justeru sempena tahun baru ini saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk mengutip cukai kad kredit.

10. Di  harap  kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan rakyat yang ramai memiliki kad kredit agar:

  •  Seboleh-bolehnya hapuskan terus cukai kad kredit ini atau;

  •  Setiap pemilik kad kredit hanya dikenakan RM 50 walau berapa kad yang mereka miliki ataupun;

  • Meletakkan had minima pemilikan kad sebanyak tiga misalnya. Kad selebihnya barulah dikenakan RM 50 per kad.

11. Walau apa pun alasan Kementerian Kewangan hakikatnya lebih sejuta pemilik kad juga merupakan pengundi dalam pilihan raya. Bukan mereka tidak mahu membayar cukai tapi biarlah cukai yang dikenakan berpatutan dan rasional. Sehingga hari ini saya belum berjumpa sesiapa pemilik kad yang bersetuju dengan keputusan kerajaan.




penyapu sial


Cukai pemilikan kad kredit yg cuba dilaksanakan
oleh kerajaan ini tidak masuk akal dan tidak praktikal...cubaan yg tidak bertanggungjawap,
menindas dan kejam!...umpama tengkuk rakyat
yg diharapkan setiap PRU diletak atas tunggul
menunggu untuk dipenggal oleh algojo bertopengkan wajah 1Malaysia "Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Apakah dendam yg cuba dilunaskan..apa yg kerajaan nak buktikan? Terfikirkah oleh
penguasa think tank percukaian berapa juta
pemilik kad yg menjadi mangsa rejim perbankan
yg rakus mengambil untung 18% dan kini kerajaan
cuba menjadi lebih buas dan rakus mengambil untung atas angin!...


mungkin pihak atasan dalam kerajaan beranggapan ramai yang muflis oleh kerana tidak membayar kad kredit dan cuba mengawalnya tetapi pada saya...jangan kerana beberapa peratusan kecil sahaja habis semua pengguna terpalit..langsung tak peka tentang liabiliti kemarahan rakyat yang pakai kad kredit...

berapa banyak kad kredit tak lah menunjukan seseorang itu mampu...tetapi zaman sekarang ia lebih tertumpu kepada kemudahan.....

BATALKANLAH CUKAI MENGARUT NI...

MB Terengganu Ahmad Said Nasib Malang

"Penutup tahun 2009 tahun umno Terengganu bergolak dengan krisis kepercayaan. Dan jelas Umno Terengganu terbelah dua kumpulan. Satu kumpulan pro DS Idris Jusuh bekas menteri besar . Dan kumpulan yang pro Datuk Ahmad Said menteri besar restu dari istana. Dari analisa kami penyokong umno Terengganu tidak terbelah dua. Yang terbelah dua ialah pemimpin dan wakil rakyat umno sahaja. Ada wakil rakyat umno yang pro Idris Jusoh atau dengan kata muda wakil rakyat umno tidak setia kepada ketuanya Ahmad Said. Kesilapan yang besar umno pusat melantik ketua perhubungan umno negeri orang luar.

Namun dalam krisis kerpercayaan kepimpinan umno Terengganu tidak memberi kesan kepada penyokong umno seluruh Terengganu. Rakyat umumnya menyokong menteri besar Terengganu Dato' Ahmad Said. itulah kelebihan Ahmad Said yang sinonin dengan sebotol air zam-zam dan sebungkus korma. Walaupun JKKK simpan bungkusan korma dan air-zam. Inilah sifat rakus dan tidak amanah sebahagian JKKK. Ahmad Said sendiri mengaku terdapat JKKK yang tidak jujur.

Terengganu cukup akrab dengan perkataan RUNTUH. Bangunan yang dibina era Idris Jusoh menyembah bumi. Ahmad Said menerima nasib yang malang. Tapi amat dukacita Ahmad Said sebagai menteri besar tiada seorang pegawai atau kakitangan yang berkaitan disiasat oleh SPRM. Ahmad Said hanya berkokok bagaikan ayam nak bertelor. Kekuatan Ahmad Said hanya sekadar menyandar didinding istana.

Hakikatnya Ahmad Said tidak serius dalam tidakkannya. Kerana yang mendapat habuan projek adalah kroni pemimpin umno negeri dan bahagian. Kroni atau kontraktor yang memperolehi projek inilah yang penyumbang terbesar wang atau dana umno Terengganu. Ahmad Said cukup faham dam khatam bab wang dan projek. Hanya yang runtuh saja dibina era Idris Jusoh ketua penyamun modern.

Ahmad Said juga tidak lari dari kesalahan yang seruis. Ahmad Said satu satu pemimpin umno Terengganu yang sanggup meroboh Masjid di Kampung Bujak Kemaman. Masih kah kau ingat wahai Ahmas Said?.....runtuh masjid lebih jahat dari yahudi.

Peluang rakyat Terengganu untuk menukar kerajaan BN/UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang kepada PAS/Pakatan tidak semudah yang dijangka. Umno Terengganu hanya berlaku krisis wakil rakyat UMNO dengan menteri besar Ahmad Said. Rakyat umum masih setia pada UMNO.

Walaupun Ahmad Said menerima nasib yang malang sebagai menteri besar Terengganu dan Ahmad Said akur dengan nasibnya. Selagi ada bangunan runtuh atau bangunan bocor atau tidak siap mengikut peraturan kekuatan dan sokongan rakyat kepada Ahmad Said semakin kuat dan teguh.


mohdnoorawang

Malaysia beli pesawat pejuang untuk pameran?

Langkah Kerajaan untuk menggantikan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) MIG 29N yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2010 menggundang kritikan dari pelbagai pihak. Terkini daripada Tun Dr. Mahathir yang merupakan individu bertanggungjawab urusan pembelian MRCA berkenaan di Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau mempertikaikan kemungkinan penglibatan orang tengah yang ambil untung 'atas angin' di sebalik urusan pembelian jet pejuang baru itu nanti.


Dr. Mahathir juga berkata negara lain seperti India yang menggunakan jet tempur jenis yang sama tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Alasan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tidak mampu menanggung kosRM 260 juta untuk baik pulih 17 pesawat sedia ada.

Tambah Dr. Mahathir, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah berbanding buatan Amerika Syarikat (AS), tetapi sejumlah wang yang besar masih terpaksa dibelanjakan untuk menukar kepada pesawat baru yang sudah pasti akan menelan kos jutaan ringgit.

"Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

"Pesawat AS kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk membeli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh AS," katanya.

Jelas beliau, pihak AS tidak akan memberikan source code atau kod teknikal yang akan mengehadkan kegunaan pesawat F/A-18 itu dan akhirnya digunakan untuk tujuan pameran sahaja.

Inilah juga yang berlaku terhadap pembelian jet pejuang Hawk 100 dan 200 dari Britain yang disifatkan oleh kerajaan terbaik di dunia dalam kelasnya ketika itu. Menurut sumber Kementerian Pertahanan sebelum ini lebih separuh dari pada jet pejuang berkenaan tidak dapat digunakan kerana kesukaran mendapatkan alat ganti.

Saya yakin banyak lagi aset pertahanan yang dimiliki negara mempunyai masalah yang serupa.

Ini bermakna Malaysia mempunyai banyak koleksi pesawat pejuang canggih yang tidak dapat digunakan atau berfungsi seperti sepatutnya dan kini hanya menjadi bahan pameran.

Namun jika terlalu banyak aset ketenteraan yang hendak dipamerkan dan tidak ada ruang atau tempat untuknya, saya yakin di Melaka negeri yang mempunyai berpuluh muzium bersedia untuk menawarkan muzium baru untuk pesawat pejuang milik negara yang tak boleh guna.

Apa yang berlaku menunjukkan sesuatu yang tidak kena terhadap aset pembelian keselamatan negara yang menelan kos bilion ringgit. Kenapa dalam laporan audit negara tidak mendedahkan hal ini? Adakah tidak dapat dikesan atau memang sengaja dirahsiakan kerana faktor keselamatan atau melindungi individu tertentu yang berkepentingan?

Dalam hal ini sebenarnya, Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Menteri Pertahanan ketika itu kena bertanggungjawab dan menjelaskan punca masalah yang berlaku


Angkasnauri

National Interest Atau Self-Interest?

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapati melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.

-Husam Musa

Ean Yong kecewa dengan polis Selangor

Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dengan tindakan polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. "Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya. Beliau menjelaskan sebenarnya kenyataan beliau mahu siasatan terhadap Guan Eng dihentikan serta merta kerana mahu polis memberikan tumpuan terhadap siasatan kematian Teoh.

Bagaimanapun Ean Yong sedia untuk disiasat oleh polis berhubung kenyataan itu. "Jika polis mendapati saranan sebegini keterlaluan, mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri," katanya. Beliau menegaskan kuasa mengarahkan siasatan dihentikan hanya terletak pada menteri dalam negeri atau perdana menteri sahaja.



penyapu sial


Bukan diselangor sahaja malah tingkah laku polis satu malaysia cukup mengecewakan rakyat..
Jabatan polis tersasar dari matlamat asal dan selalu membelakangkan rakyat... Orang umno sahaja didahulukan dan wang diutamakan....

Daripada saranan Ean Yong Hian Wah rasanya kes enjin jet hilang lagi serius.. Polis pejam mata sebab yang terba-bit adalah orang umno...

POLIS YANG MENYUSAHKAN RAKYAT INI PATUT LETAK JAWATAN. JANGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK KUASA KETUA POLIS. SEKEBAL MANA PUN KUASA INI, KUASA INI SEHARUSNYA DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT DALAM PRU 13 NANTI.

BANYAK POLIS AKAN TURUN PANGKAT DAN AKAN DIBERI PEMBALASAN YANG SETIMPAL. HEY... POLIS YANG TAK GUNA, JIKA MAHU BERPOLITIK, MASUKLAH POLITIK SECARA JANTAN. JANGAN JADI AYAM BETINA YAN G CUBA MENJADI JAGUH DAN BERKOKOK MACAM AYAM JANTAN. JANTAN BETINA KITA SUDAH TAHU NASIBNYA.

29 December 2009

UMNO Jadi Pengkhianat Islam dan Melayu. Masihkah PAS Mahu Mempercayai Mereka?

Pertama sekali, UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu. Semenjak Merdeka 1957, UMNO tidak memulakan apa-apa langkah membantu Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya setelah orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, barulah terhegeh-hegeh UMNO melaksanakan program yang dipersetujui oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Hasil perlaksanaan keputusan KEB 1 dan 2 ( atau lebih dikenali sebagai DEB) maka terangkatlah majoriti orang Melayu dari paras miskin tegar. Namun, DEB kemudiannya digunakan untuk mengkayakan elit Melayu dan UMNOPUTRA menyebabkan objektif DEB yang utama ( ekuiti bumiputra 33.33%) sampai sekarang tidak di capai. Data terakhir yang saya tengok, ekuiti Bumi tersekat di paras 17% dan itu pun majoritinya terletak dalam tangan badan-badan berkanun. Adapun ekuiti dalam tangan melayu persendirian tidak lebih dari 7%.

UMNO wajib menjawab, mengapa bagi Rancangan Malaysia Ke Lapan, hanya 20% perbelanjaan kerajaan pergi pada orang atau syarikat Bumiputra sedangkan yang lain itu pergi kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputra? Sedangkan wang RMK-8 adalah wang kerajaan yang mana ketua Kerajaan adalah UMNO. Keputusan perbelanjaan dibuat oleh UMNO dan bukannya oleh taikoon Cina. Mengapa majoriti perbelanjaan RMK8 pergi kepada syarikat Bukan Bumiputra? (Nak tengok bukti, sila rujuk kepada kertas kerja yang disediakan oleh Effendi Nawawi).

Kita juga jangan lupa siapa yang lepaskan Singapura. Bukankah UMNO yang melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Padahal pada waktu mereka melepaskan Singapura, mereka telahpun meng “ISA” kan raaammaaaiii pimpinan-pimpinan PAS i.e. Dr Burhanuddin Helmi, Prof Dzulkifli Muhammad, Pak Nik Lah dsbnya. Tapi pemimpin-pemimpin masa tu bachul tak berani nak tangkap Lee Kuan Yew bawah ISA. Sedangkan PAP ni adalah parti komponen Perikatan.

Juga selepas penubuhan UMNO, mereka telah menjalankan polisi ekonomi penjajah bagi memudahkan penjajah meneruskan rompakan harta kekayaan tanah air kita tanpa halangan.Hasilnya menyebabkan orang Melayu mengamuk dan menolak UMNO pada 1969. Barulah UMNO terhegeh2 nak laksanakan keputusan Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

UMNO Khianati Islam

Dari penubuhan UMNO sendiri UMNO telah menjalankan program “Loteri UMNO”. Itu jelas satu penghinaan kepada Islam dan UMNO dengan senang hati melakukannya.

UMNO juga menaja polisi mengizinkan arak dijual untuk keuntungan seperti yang berlaku sekarang ini di Malaysia. Sedangkan di negeri2 Scandinavia, yang mana tiada peruntukan Islam-Sebagai-Agama-Rasmi dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk keuntungan. Hanya sekardar mengisi keperluan domestik. Tapi UMNO siap lantik orang Melayu sebagai Lembaga Pengarah syarikat2 Arak ini. Jelas UMNO adalah munafik.

Juga, UMNO penghalang kepada perlaksaan syariat Islam yang utama di Malaysia. Kalau lah tidak disebabkan mahkamah2 syariah di Malaysia ditubuhkan sebelum Merdeka, nescaya Malaysia sudah menjadi seperti Turki atau Indonesia sehingga nama Allah tidak boleh disebut dalam majlis-majlis rasmi.

Secara mudahnya, sila rujuk artikel saya di sini bagi mendapat maklumat yang lebih mendalam.

Secara mudahnya, UMNO memang pengkhianat kepada Islam kerana telah menghalalkan benda yang haram dan mengizinkan umat Islam di Malaysia bergelumang dengan benda maksiat. UMNO adalah sebab utama maksiat berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia.

Jadi, adakah PAS masih mahu memurahkan diri berselingkuh dan duduk satu kelambu dengan UMNO setelah begitu lama UMNO berjasa menghancurkan umat Islam dan Melayu?

Tulang Besi

budaya UMNO....biasak la...tolak sana tolak sini...kali ini kita nak tengok sape yang kena....!!!!

‘Kuasa JPJ lulus bas dua tingkat’

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mendakwa kuasa untuk menentukan syarikat pengangkutan awam boleh menggunakan bas dua tingkat atau tidak, ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarahnya, Datin Naimah Ramli, berkata LPKP hanya mengeluarkan lesen bagi membenarkan syarikat pengangkutan awam menggunakan bas dua tingkat, selepas mendapat kelulusan daripada JPJ.

“LPKP tidak terbabit untuk menentukan keperluan bas terbabit, sama ada ia sesuai digunakan atau tidak, ia di bawah bidang kuasa JPJ. Ia adalah kelulusan kejuruteraan automotif JPJ.

“JPJ melalui kejuruteraan automotif akan menentukan sama ada spesifikasi kenderaan itu sesuai untuk digunakan atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam akhbar melaporkan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menyarankan LPKP mewujudkan mekanisme kawalan dalam pengeluaran lesen bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan kemalangan maut.

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran lesen itu juga perlu mengambil kira kemampuan pemandu mengendali bas berkenaan.

Mengulas mengenai laporan yang mendakwa sistem perkhidmatan aduan awam yang diperkenalkan LPKP berada pada tahap mengecewakan dan hanya beroperasi pada hari bekerja saja, Naimah berkata, talian LPKP tidak beroperasi 24 jam, sebaliknya beroperasi pada hari bekerja dan waktu bekerja saja.

“Pada hari tidak bekerja segala aduan masuk ke peti simpanan suara dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas menerima laporan,” katanya.

“Segala aduan yang dikemukakan orang ramai kita akan jalankan siasatan dan tindakan akan diambil. Namun siasatan terbabit bergantung kepada kes-kes yang dilaporkan,” katanya.

Katanya, LPKP juga sedia menerima pandangan dan cadangan orang ramai dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan LPKP

ingat enjin pesawat ..teringat pula kehilangan peledak C4...kedua duanya zaman najib jadi menteri pertahanan...!!!!

Bayangkan enjin pesawat boleh hilang?!

Ini bukan isu kecil. Yang pertama nilai barangan yang hilang itu adalah RM50 juta ringgit. Kedua yang hilang adalah barang keselamatan yang diguna oleh angkatan tentera kita. Ketiga ia hilang bukan di laut, dalam perjalanan tetapi hilang di kem tentera, yang sudah pasti ketat dengan kawalan keselamatan.

Tetapi yang lebih aneh lagi kenapa hanya hari ini kita ketahui kejadian ini?

Kenapa setelah hampir dua tahun, tiada yang didakwa dan diheret ke mahkamah? Khabarnya seorang Brigadier General dan lebih 40 orang kakitangan ATM telah dipecat tahun lepas akibat kes ini. Kenapa sekadar pecat? Kemapa tiada yang didakwa di mahkamah? Apa jadi dengan jet tersebut?

Benarkah ia telah dijual ke sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Afrika Selatan?

Kes ini menjadi bualan hangat rakyat. Manakan tidak RM50 juta wang rakyat lesap begitu sahaja. Kekuatan dan kemampuan pertahanan kita kini diperikaikan. Malah ada khabar angin yang bertiup kencang kononnya lebih dari satu enjin yang sebenarnya telah lesap!

Apa pun tidak cukup dengan PM Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tiada niat menutup kes ini. Kerajaan kini bertanggungjawab mengembalikan keyakinan rakyat. Satu badan penyiasat bebas atau satu suruhanjaya Diraja perlu dibentuk. Ini kes berat, ini kes melibatkan maruah negara. Jangankan pegawai dan kakitangan rendah, kalau menteri sekalipun terlibat walau sedikit, beliau perlu bertanggungjawab dan diambil tindakan! (Ketika itu Menteri Pertahanan adalah Najib).

Selagi langkah seumpama ini tidak diambil, selagi itulah rakyat akan terus hilang keyakinan pada kerajaan.


penyapu sial

kehilangan C4 di bawa keluar secara haram ( najib yang punya angkara ) pun si pelakunya pun tak dapat di kesan ( kununnya )...jangan harap kehilangan enjin ini dapat tangkap dan hukum pelakunya....sbb negara yang di perintah penyamun dan pembunuh akan tetap melindungi kuncu kuncu baruanya.. bak kata pepatah....kemanakah tumpah najis kalau tak ke lubang taik...

mungkin najib boleh buat demo kehilangan enjin jet tu mcm mahathir buat bila kununnya maunah curi senjata di kem grik dulu2.

ketua polis selangor yang buahnya tersepit di pantat UMNO......Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh



Memang ramai menjangkakan bahawa Teoh Beng Hock telah dibunuh.Hanya Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sahaja yang beria sangat mengatakan : ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh


kita semua juga masih  ingat tentang ‘Surat Misteri’ dimana penulis surat misteri tersebut turut menyatakan bahawa besar kemungkinan kematian TBH adalah disebabkan Timbalan Pengarah (TP) tersebut dengan menyatakan beberapa butiran yang perlu disiasat lebih rapi lagi seperti isu DNA lelaki misteri.



Berita di sini melaporkan


Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor

dah la jadi mangsa ah long bertauliah cap kepala rimau...kerajaan barisan najis turut mengambil kesempatan meng"pau" pengguna kad kredit

CUKAI PERKHIDMATAN UNTUK PEMEGANG KAD KREDIT

Pemegang kad kredit boleh menjangka melihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secara berasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genap setahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, sekiranya kad kredit baharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.

Bagaimanapun, jika kad baharu dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genap setahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utama dan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata, cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagi kad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wangseperti "Touch n' Go". - BERNAMA

Korban Konspirator!!

Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK, tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten. Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

Sungguh pelik tindakan TGNA . Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya. 'Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas. Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC. Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.


Cili Padi

Bila Kaduk Naik Junjung..atau api dalam sekam...

Bila Kaduk Naik Junjung..

Berdepan dengan Umno dalam politik tidak punya masalah besar. PAS punya jentera sendiri sampai ke peringkat paling bawah berbanding Umno yang sangat bergantung kepada jentera kerajaan.

Umno berjaya menjadi kerajaan pun adalah kerana kongkongannya ke atas SPR. Hakikatnya Umno hanya gah pada ‘merahnya’ sahaja tetapi kosong di dalam, kelam.

Apa yang sulit, kesat dan berat bagi PAS ialah politiking dalaman. Kadang-kadang, di sesetengah negeri, pemimpin PAS negeri berkenaan lebih menumpukan politiking dalaman sehingga agenda politik menghadapai Umno sedikit terabai.

Upaya, masa, tenaga, fikiran, kemudahan, tumpuan dihabiskan untuk jatuh-menjatuh, singkir-menyingkir, aib-mengaib dan banyak lagi sesama sendiri. Sedangkan jika semuanya itu digunakan untuk berhadapan dengan Umno, mustahil Umno tidak dapat ditumpaskan dalam PRU 13 akan datang.

Saya tidak pelik kalau politiking dalaman ini berlaku di negeri yang PAS memerintah. Tentunya setiap individu atau kelompok di situ punya agenda masing-masing. Pertembungan idealisme dan tindakan tentu berlaku, itu biasa sahaja. Kadang-kadang pertembungan itu mematangkan tanpa menafikan ia juga boleh meruntuhkan.

Apa yang pelik ialah apabila ini berlaku di negeri yang PAS tidak sekuat mana, tenaga tidak seramai mana dan strategi politik tidak sehebat mana pun. Dalam keadaan begitu, masih wujud gerakan singkir-menyingkir, jatuh-menjatuh, aib-mengaib dan godam-menggodam.

Ini berpunca daripada orang yang merasa dirinya hebat, berkuasa dan serba berupaya. Sepatutnya perasaan itu dihalakan untuk berdepan dengan Umno bukan untuk berpolitiking secara dalaman.

Tidak ada untung apa-apa apabila ada anggota parti, apatah lagi yang masih berada di barisan pimpinan, disingkir atau dipetiaiskan. Setiap anggota parti, secabuk mana pun, dia perlu digilap sebagai aset, bukannya menyingkirkan anggota yang pada suatu ketika pernah menjadi aset.

PAS bukan milik individu tertentu, tetapi milik ahli dan penyokongnya. Kini ia menjadi milik rakyat. Mengurus PAS bukan seperti mengurus sebuah jentera menuai padi milik sendiri. Kalau jentera itu rosak, padi di bendang tidak akan reput, kerana ada orang lain yang mempunyai jentera yang lebih baik.

PAS milik rakyat, kini menjadi harapan rakyat dan PAS berhadapan dengan ‘persepsi’ rakyat. Kalau PAS rosak, caca-merba, kucar-kacir, sedangkan mereka yang sedang menguruskan PAS pula syok sendiri, kononnya PAS kuat, tunggulah masanya PAS akan dihukum. Ingat, ‘persepsi adalah informasi’.

Kalau PAS rosak, kepada siapa lagi rakyat akan menumpang berteduh dalam situasi Umno tidak lagi dipercayai sebagai payung mereka. Ya, rakyat ada PKR dan DAP. Tetapi ingat, PAS adalah sekutu PR. Kalau PAS kuat, PKR dan DAP pun kuat, begitu sebaliknya.

Maksudnya, kalau ada pimpinan PAS yang melemahkan PAS, dia melemahkan PR. Adakah itu dilupai?

Bagi sebuah kereta, komponen yang paling kecil pun wajib dijaga dengan baik. Kita mungkin tidak memerlukan hon dalam keadaan biasa, tetapi apabila ada kenderaan di hadapan tidak bergerak ketika lampu isyarat berwarna hijau, apa yang dicari? Hon bukan! Justeru, jangan menghina dan memperkecilkan hon.

Benar kata orang tua-tua, kadok kalau naik junjung, dia merasa dirinya sireh. Tetapi sireh, walau pun menjalar di bumi, tetap kekal sebagai sireh. Dia tetap dipungut oleh pemakan sireh. Hanya pemakan sireh yang kenal mana kadok dan mana sireh.

Kadok adalah kadok, sireh adalah sireh.

Buat mereka yang mengikuti perkembangan PAS di negeri paling utara semenanjung, ‘hati boleh panas, tetapi kepala mesti dingin’.


Oleh Ustaz Zorkharnain Abidin



penyapu sial

berkomplot dengan babi negara BN....nak jadi babi babi berbulu kambing ini yang wajar di nyah keluarkan dari PAS maupun PR....

28 December 2009

Tukar dacing pada logo BN – Salleh

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi cadangan agar BN memperkenalkan logo baru bagi menyokong penjenamaan semula bagi selari dengan perjuangan 1Malaysia. Beliau berkata, Barisan Nasional hanya perlu menggunakan nama BN sahaja yang diulas dalam laman web beliau. Beliau yang merupakan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah menegaskan penjenamaan semula itu adalah penting kerana rakyat mempunyai pilihan iaitu sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," katanya


penyapu sial

TUKAR LOGO SAJ TAK CUKUP,
KITA MESTI TUKAR PEMIMPIN YANG CORRUPTED

atau pun....Pakai lambang USUS BUSUK YANG TERJUNTAI ok juga kot.
Buatlah apa lambang sekali pun. Dah busuk sampai ke usus rakyat tetap menolak UMNO/BN. sokonglah Barisan Neraka kamu sampai mampus. Wasiatkan jasad tu nanti balut dengan bendera busuk tu, jangan lupa ok.

polis ini tak ada buah lalu cuba takutkan orang lain supaya berbuah sepertinya....!!!!

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

“Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Dec di Shah Alam. — Bernama




penyapu sial

elooo polis mangkuk bahlul....ambil lah statement aku skali....aku pun kata TBH 100 % mati di bunuh....

polis tak ada buah ni memang bacul tak bertempat....tu dia Itu demo haram 20 orang di Shah Alam kenapa Polis berdiam diri?....buahmu terselit di pantat UMNO kah...?????

mangkuk banggang mana yang luluskan bas 2 tingkat guna laluan lebuhraya nie...?????

Haramkan Bas 2 Tingkat Di Lebuhraya






































Siapa laa yg punya idea untuk membenarkan BAS 2 TINGKAT beroperasi diatas jalanraya Malaysia. dari pemerhatian didapati mangsa yg mati adalah berada di tingkat bawah.. ini disebabkan kedudukan kerusi mereka adalah sama paras dengan tayar depan belakang dan sama paras dengan penghadang jalan. Jika bas 1 tingkat yang sama paras dengan kedudukan ini adalah tempat simpan beg dan barang-barang..oleh itulah tak jadi apa2 kalau kemalangan seperti ini.

Inilah masalahnya bila nak jadikan semua boleh... cuba fikirkan...kalau di negara Mat Saleh sana bas 2 tingkat nie cuma digunakan untuk perjalanan dalam bandar sahaja dimana kelajuan antara 20km/hr hingga 40km/hr sahaja... tidak seperti di highway dimana kelajuan boleh mencecah sehingga 110km/hr....bila dah berdesup lari macam nie...dan pulak bas ini tinggi rekaannya..jika terjadi apa2 maka dengan mudah ianya akan terbabas...sebab unbalance.....dan satu teguran untuk pemandu-pemandu... kalau dah ngantuk sangat hangpa berhentilah walau seketika... sesungguhnya melelapkan mata 30minit lagi bagus dari melelapkan mata selam-lamanya.... dan kepada tokeh-tokeh bas boleh tak di berikan latihan kepada pemandu-pemandu bas ini seperti mana pemandu-pemandu lori minyak syarikat-syarikat besar seperti Shell atau Petronas. Di mana kita jarang mendengar akan lori yang dipandu oleh mereka-mereka ada mengalami kemalangan yang menakutkan seperti lori tong minyak meletup atas high way...

Jadi nak biaqkan lagi bas ini berkeliaran di atas highway...ibarat seperti membawa bas mayat dan menunggu siapa yg akan di jadikan mangsa seterusnya.. ayuh kita desak supaya BAS 2 TINGKAT ini diharamkan atas highway kita....


oleh Anak Kedah

lagi sandiwara desperate UMNO.....penyokong palsu PAS buat demo.....!!!!



SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.



Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.


Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.













/>










“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun...

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN


ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha..langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???



Sumber berita dari sini
Gambar-gambar dari sini

27 December 2009

Double standard....rakyat sebagai pengguna di zalimi...syarikat kroni di utamakan.....




Tiada cadangan gantung Sani Express



Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tiada cadangan setakat ini untuk menggantung sementara waktu perkhidmatan bas Sani Express yang terlibat di dalam kemalangan maut berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi yang mengorbankan 10 orang.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, syarikat bas ekspres terbabit bagaimanapun telah diarahkan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"Mungkin susah sikit untuk meminta syarikat menggantung operasi (bas-bas) mereka berikutan musim cuti pada ketika ini dengan para penumpang telahpun membeli tiket-tiket mereka.

"Bagaimanapun saya telah pun bercakap dengan pemilik syarikat dan mengarahkan beliau supaya meningkatkan tahap keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Naimah berkata, insiden kemalangan maut membabitkan bas ekspres itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa tentang kemalangan maut yang melibatkan pelbagai agensi teknikal.

"Bas ekspres terbabit juga akan diminta menghantar laporan mereka (tentang kemalangan maut hari ini)," katanya. - BERNAMA


Adakah ianya adalah undang-undang terpilih telah dilakukan... dahulu semasa berlaku kejadian seperti ini telah dikuat kuasakan bahawa setiap kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, syarikat yang terbabit akan di gantung.. TETAPI mengapakah yg ini tak kena... dan banyak pulak alasan yg diberikan...

26 December 2009

memang rakyat yang zalim dan bersalah Biarkan Pencuri-Pencuri Harta Negara Terlepas.

Ada rakan yg bergurau katanya aku kena badi Hj Hadi, sebab tu aku terlantar di wad dan ICU sepanjang minggu lepas. Kena denggi. Alhamdulillah dah stabil dan sekarang dalam recovery process.

Banyak benda yang terlepas. Antaranya kongress Pakatan Rakyat dan yang paling ralat sekali ialah nak berjumpa dengan Tuan Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Jemputan malam tadi ke Bukit Segambut pun terpaksa diabaikan sebab kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.

Aku belum pernah masuk hospital, jauh sekali sampai nak ke ICU. Tapi disebabkan nyamuk sekoq, seminggu membuatkan aku terpikir "kalau nyamuk kecik sekoq ni boleh buat satu badan huru hara sampai masuk ICU, apa cerita PM yang jaga satu Malaysia ni?".

Seriously. Itu yang aku pikirkan sewaktu tiga hari dalam unit rawatan rapi sebab pletlet turun mendadak. Aku terpikir sebab berita enjin jet hilang diguraukan oleh nurse ward. Sebab tak boleh tidoq, aku terdengaq sorang nurse tanya apabenda tah kat sorang lagi. Yang dijawab dengan selamba "enjin jet yang besar pun boleh hilang, apela sangat benda kecik tu...".

Nak saja aku terus tweet malam tu jugak. Tapi sebab badan penuh waya, dan blekberi ada kat bini, aku pendam dulu.

Waktu sampai di rumah, adik, abah, dan kakak dok buat lawak lagi tentang enjin jet yang hilang waktu di meja makan. Sambil kepala aku dok tebayang camana depa sorok enjin bawak keluaq?

Pakgad : Encik, boleh bukak boot kereta nak cek?

Pencuri : Errkk.. Aaa... OK.

Pakgad : Encik, ni enjin apa kat belakang ni?

Pencuri : Aaa... Enjin keta ni. Enjin memang kat belakang.

Pakgad : Waah! Body Wira, enjin macam VolksWagen! Ok, jalan.

Pakgad : Ehh, nanti dulu!

Pencuri : Erkk... Alamak...

Pakgad : Jangan lalu Jalan Duta. JPJ ada roadblock. Takut modified enjin macam ni kena saman.

Seriously! Enjin kapal terbang, camana depa bawak keluaq? Sembunyi dalam baju? How?

Dikhabarkan sekarang ni encik pat tahil katanya "susah dan rumit untuk siasat sebab melibatkan banyak pihak". Camana dia tau melibatkan banyak pihak kalau belum siasat? Mesti siasatan dah dijalankan, maka kerumitan tu timbul. Dan kalau siasatan dah berjalan, takkan tak boleh teka punca dari mana? Motif dah jelas. Yang tadak motif bunuh Altantuya pun kes boleh setel, apa sangat enjin jet harga juta2 ni?

Aku tamau tuduh laki Rosmah walaupun kehilangan, keruntuhan, dan kehancuran tentera banyak berlaku di zamannya. Tak adil kalau kita kata laki Rosmah patut bertanggungjawab. Dia dah memang lagutu, marah pun tak guna. Umpama marah budak sepastik sebab bagi pecah pasu. Tadak pekdah. Dah memang budak tu mentalnya tak sempurna. Buat sakit tekak marah2 dan jerit2.

Yang patut kita marah ialah sapa yang bagi budak tu pi main dekat pasu? Kita patut marah sapa yang letak pasu mudah pecah sedangkan kita tau ada budak bermasalah mental dekat area tu. Kita patut seligi makhluk yang buat naya kat budak tu dengan berlaku zalim padanya : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Enjin hilang. Pompuan meletup. Bini bomoh. Duit Petronas susut. Ni semua disebabkan oleh kita semua. Rakyat yang meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kita, secara sedar atau tidak, berlaku zalim pada Tanah Melayu dengan meneruskan tradisi memilih pimpinan terencat untuk mengelola negara. Dan kita, rakyat Malaysia, terus berlaku zalim dengan mengutuk, mengeji, dan menghina pemimpin terencat yang merosakkan negara, sedang kita semua tahu sejarah dan kebolehan mereka.

Kemusnahan Malaysia sebenarnya lahir dari tangan rakyat sendiri.

Berentila menggelakkan kelaku pemimpin terencat yang mencacatkan negara. Pemimpin terencat ini harus dibawak turun dan dipindahkan ke ruang yang sesuai bagi mereka. Jangan lagi bagi mereka mudah mencapai benda2 yg senang pecah bersepai.

Takut lepas ni bukan setakat enjin saja yang hilang, tapi dengan geran tanah negara pun dia letgo buat langsai hutang. Kali ni baru "Malaysia Boleh", negara tergadai tanpa perlu berperang!


Oleh Mat Keri

ha ha ha 10 budak zimbabwe ( hitam ) mau lawan menteri....!!!!

10 budak hitam: Boikot..senyap...serang

PERSIDANGAN DUN Terengganu baru-baru ini menjadi medan ‘10 Budak Hitam’ yang khabarnya sudah tinggal empat sahaja menyerang Menteri Besar (MB), Datuk Ahmad Said, sekaligus mengesahkan kata-kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kemelut politik Umno Terengganu sudah selesai, sebagai tidak betul.

Mereka masih belum puas hati dengan kedudukan Ahmad sebagai Menteri Besar masih kekal walaupun pelbagai usaha menjatuhkannya dijalankan, termasuk menggugat kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Mula-mula, mereka memboikot persidangan DUN. Alasan yang digunakan ketika memboikot persidangan itu, mereka menerima SMS bernada ugutan yang boleh mengancam keselamatan nyawa. Tindakan memboikot itu selesai dengan campurtangan Perdana Menteri (PM) yang mengarahkan kesemua ‘10 Budak Hitam’ mesti menghadiri persidangan.

Lebih menarik, Menteri Besar ketika ditanya wartawan adakah beliau akan memujuk ’10 Budak Hitam’ ini supaya menghadiri persidangan DUN, dengan bersahaja menjawab, “tidak sama sekali.”

10 Budak Hitam merasakan mereka sudah berjaya dalam usahanya ‘menjatuhkan’ Ahmad apabila jawatan Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri terlucut. Besorak-sorai mereka ini dengan perkembangan itu dan mengharapkan jawatan Menteri Besar juga akan terlucut.

Gerakan mereka ini akhirnya menyebabkan Hishammuddin menjemput semua ketua-ketua bahagian dan semua ADUN-ADUN BN mengadakan pertemuan dengannya dalam dua sessi di Pejabat Menteri Dalam Negeri.

Khabarnya, salah seorang anggota ‘10 Budak Hitam’ mencaci kepimpinan Ahmad di depan Hishammuddin yang didengari sendiri Ahmad dan Datuk Seri Idris Jusoh. Menurut sumber, Ahmad tidak sedikit pun menjawab untuk mempertahankan dirinya sebaliknya mendengar dengan penuh sabar cacian dari salah seorang orang kuat ‘10 Budak Hitam’ ini.

Mereka melakukan semua ini dengan harapan Hishammuddin akan melantik pegawai-pegawai Badan Perhubungan Umno Negeri dari kalangan ‘10 Budak Hitam’ kerana mereka tahu hubungan Hishammuddin dengan Idris dikatakan cukup intim – namun apa yang mereka mahukan tidak terjadi.

Pusingan kedua, 10 Budak Hitam menghadiri persidangan DUN tetapi kesemuanya ‘menjahit mulut’ tanda memprotes. Ahmad ketika memberi komen tentang sikap berdiam diri 10 Budak Hitam ini dengan kata-kata, “sudah ada perubahan terhadap mereka ini. Dulu mereka tak datang langsung, sekarang mereka dah datang,”

Dengan lain perkataan, strategi yang diatur 10 Budak Hitam nampaknya tidak menjadi. Apa sahaja mereka buat, Ahmad menganggapnya sebagai positif. Maknanya, Ahmad tidak terganggu dengan karenah 10 Budak Hitam. Ini yang menyebabkan 10 Budak Hitam terpaksa merubah strategi dengan menghadiri persidangan dan bercakap.

Kali ini mereka bukan sekadar bercakap, malahan menggunakan ‘ledakan bom’ – meminjam kata-kata Ahmad (Harakah muka surat N8, Bil 1499 – 25-27 Disember 2009 bertajuk Sidang Dun Terengganu kembali ‘panas’ ADUN BN ‘serang’ MB Terengganu) ketika menjawab serangan dari ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam dalam persidangan baru-baru ini.

Paling ketara, sebelum ini sudah kedengaran ‘10 Budak Hitam’ mengadakan pertemuan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi usaha mereka untuk melompat tidak mendapat sambutan.

Tidak pula diketahui apakah ada ‘amaran secara senyap’ dari Kuala Lumpur terhadap ‘10 Budak Hitam’ ini kerana selepas mereka mengeluarkan kenyataan mahu melompat parti, seolah-olah ‘lompatan’ mereka tidak melepasi palang yang diletakkan di hadapan mereka.

Apakah strategi 10 Budak Hitam ini akan bertukar lagi selepas ini apabila mereka kemudiannya dilibas oleh Ahmad ketika menjawab serangan dan ledakan bom ini? Atau, mereka akan menggunakan strategi senyap dengan menjadikan Kuala Lumpur tempat mereka memburuk-burukan kepimpinan Ahmad?

Dari mereka yang rapat dengan Ahmad mendakwa, dari 10 ADUN yang menentang Ahmad ini, sudah enam ADUN kembali bersama-sama Ahmad dan tidak mahu lagi terlibat dengan ‘10 Budak Hitam’ yang berketuakan Idris Jusoh.

Tidak hairanlah jika hanya Alias dan Din sahaja yang kelihatan beria-ia sangat bercakap dalam persidangan DUN kali ini, itu pun selepas Din dikatakan diberikan jawatan di Kuala Lumpur oleh Hishammuddin, sebagai ‘upah bertukar haluan’ dari tidak menyokong Ahmad kepada menyokong Ahmad.

Sambil bergurau, seorang penganalisis politik di Kuala Lumpur membuat komen, kononnya keberanian Din itu sebagai ‘persembahannya’ di hadapan Idris yang turut memerhatikan gelagat 10 Budak Hitam. Siapakah yang masih ‘lulus ujian’ dan siapakah yang sudah meninggalkan Idris kerana ‘kembali ke pangkal jalan’.

Din mungkin mahu terus ‘hidup di depan Idris, terus hidup di depan Hishammuddin’ dan tidak apalah jika terpaksa ‘menjadi cacing kepanasan’ bila berdepan dengan Ahmad. Maklumlah, Din mungkin merasakan dia lebih layak menjadi Menteri Besar Terengganu daripada Ahmad kerana di bawah pentadbiran Idris, Ahmad dan Din adalah Exco Idris.

Din lupa, Ahmad adalah orang lama dalam Umno/BN Terengganu yang menyebabkan Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan, beliau adalah yang paling senior di kalangan ADUN-ADUN Terengganu yang ada sekarang, termasuk Idris.

Namun kenyataan Ahmad yang mengatakan beliau paling senior tidak dihiraukan Idris dan ‘10 Budak Hitam’ kerana mereka memang tidak dapat menerima Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu kononnya kerana Ahmad bukan dipilih atas kehendak pucuk pimpinan parti sebaliknya Ahmad hanya dikehendaki Istana Terengganu.

Itulah sebabnya, ada ADUN BN Terengganu yang sanggup mengoncang pagar istana kerana mahu menunjukkan protes kepada pihak istana, bahawa mereka tidak bersetuju dengan kehendak istana tetapi mahu Idris atau Datuk Rosol Wahid atau Din atau Alias atau, si anu-si anu boleh jadi MB Terengganu, asalkan bukan Ahmad.



Oleh Safar Jumaat