ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 December 2009

Tahun sensasi Bung Moktar....kaki klentong dah keBOCORAN......kebinatangan....!!!!



BUNG MOKTAR diserbu wartawan yang mahukan penjelasan berhubung isu isyarat lucah tahun lalu.

KISAH Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 50 tahun itu sudah berkahwin dengan pelakon putih gebu, Zizie Ezette, tiba-tiba menyebabkan lelaki Orang Sungai itu menjadi buah mulut orang.

Namun, Datuk Bung Moktar Radin yang telah berkahwin dengan Datin Nor Asidah Alimudin dan dikurniakan empat orang anak masih mahu berteka-teki.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama nama Bung Moktar meniti di bibir rakyat Malaysia. ‘Kaki bising’ Dewan Rakyat itu sudah biasa dikaitkan dengan isu panas, antaranya disebabkan kesilapan beliau memilih perkataan yang sesuai semasa berbahas di Dewan yang mulia itu.

Bung Moktar telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1999.

Isu ‘bocor’ pada tahun 2007 tidak mudah dilupakan. Ia gara-gara siling bangunan Parlimen bocor sebelum melarat kepada isu ‘kebocoran’ Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Bagi mereka yang mengenali Bung Moktar dan rakannya, Datuk Mohd. Said Yusof yang ketika itu Ahli Parlimen Jasin, tahu mereka tidaklah bermaksud bagai dikata.

Bocor

Mungkin Moktar yang berlucu ‘Mana ada bocor... Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga’ tidak menduga lontarannya mengenai rutin datang haid setiap bulan Po Kuan itu telah mencetuskan kontroversi.

Akibat tindak tanduknya yang spontan dipertahankan oleh Mohd. Said, ia telah mencetuskan desakan daripada beberapa pihak khususnya yang mewakili kaum wanita supaya mereka memohon maaf secara terbuka.

Akhirnya, Kabinet mengarahkan kedua-dua Ahli Parlimen itu memberi penjelasan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan segera kerana perkara itu sudah menjadi isu besar.

Bung Moktar juga pernah menggunakan perkataan ‘celaka’ kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat penerbangan AirAsia.

Kerana ‘kenakalannya’, beliau telah diberi pelbagai gelaran. Pada 30 April 2008, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh menggelar Bung Moktar sebagai Bigfoot kerana mendakwa Bung Moktar mengganggunya semasa berucap di dalam dewan.

Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang pula memanggilnya Orang Utan kerana bangun mencelah tuduhan Penasihat DAP itu yang mendakwa Ahli Parlimen BN menggunakan wang rakyat untuk ke Taiwan tetapi tidak mendapat faedah daripada lawatan tersebut tahun lalu.

Tiada siapa dapat menafikan Bung Moktar aktif mengambil bahagian dalam perbahasan. Ada masanya perkara yang ditimbulkan beliau agak mengejutkan. Misalnya, pada Mac 2007, beliau mendakwa Penjara Simpang Renggam di Johor kini menjadi ‘pusat pengajian’ untuk melahirkan gengster yang mempunyai rangkaian hubungan antarabangsa.

Gengster

Ini kerana, kata beliau, penghuninya yang sebelum itu hanya terlibat dengan jenayah kecil-kecilan mendapat ‘didikan lanjut’ semasa ditahan di penjara itu.

“Di dalam sana, mereka dididik dan dilatih selok-belok dunia gengsterisme oleh gengster yang lebih hebat dan apabila keluar, mereka menubuhkan rangkaian samseng yang lebih kuat,” katanya.

Bung Moktar turut membincangkan bahaya laman blog yang semakin tidak terkawal sehingga menyebabkan individu yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Beliau mengaitkan kejadian media memetik laporan blog yang mendakwa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum bertanggungjawab membebaskan tiga tahanan yang sepatutnya dihantar ke Penjara Simpang Renggam setelah menerima sogokan sebanyak RM5 juta.

Beliau juga meminta program Mencari Cinta yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen pada tahun 2005 dihentikan atas alasan ia tidak membawa mesej yang baik.



BERSAMA Mohd. Said selepas bertemu dengan Shahrizat ekoran kes ‘bocor’ pada 2007


“Kalau moralnya mahu mengajar wanita kita supaya mencari 10 lelaki dan kemudian menilai mana yang baik dan mana yang tidak, kita minta program ini diberhentikan serta-merta.

“Mesejnya tidak baik, ini rancangan Amerika, kenapa perlu ditiru,” katanya sambil disambut dengan tepukan meja oleh anggota Dewan.

Bung Moktar bukan pandai bercakap sahaja malah bagus dalam kerja. Semasa menjadi Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah pada tahun 2004, beliau telah ‘menangkap’ dua orang pemandu lori kerana memotong di garisan berkembar selain memandu melebihi had laju.

Menurut Bung Moktar, perlakuan mereka dikesan sebaik saja memotong kenderaannya yang baru pulang daripada satu majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih di Kampung Kasih Sayang, Bukit Garam iaitu di Jalan Sandakan-Lahad Datu.

Bung Moktar berkata, selepas melihat cara pemanduan bahaya kedua-dua buah lori tangki itu, beliau telah menghubungi pihak polis supaya mengambil tindakan segera.

Ekoran itu katanya, kedua-dua pemandu yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikenakan saman serta-merta semasa tiba di satu sekatan jalan raya oleh pasukan polis di Kilometer 52 di laluan yang sama.

Ternyata kerjaya politik Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini begitu berwarna-warni. Dan tentulah kisah cinta beliau dengan Zizie Ezette adalah yang paling sensasi setakat ini.

kosmo



penyapu sial

selamat bersandiwara dengan isteri tua...jangan sampai kepala lu BOCOR.....klentong sampai ke kubur la lu....!!!!

No comments:

Post a Comment