ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 December 2009

sikap PAS yang tidak menghargai para blogger yang menyokongnya....di kesali

"Kenapa konvensyen bloggers PAS kena bayar RM10? Kenapa tidak RM50? Umno bagi duit kepada blogger. PAS ambil duit dekat blogger. Patut ke? Blogger ibarat macam pelukis jalanan malah lebih teruk lagi pun ada. Ada lagi istilah untuk blogger iaitu blog nyamuk macam dikira akhbar nyamuk juga.

Pelukis jalanan sekarang sudah dibela kerajaan dan mendapat tempat yag baik untuk kegiatan lukis mereka. Sebelum itu mereka bekerja dijalanan. Asal ada tempat menarik mendatang ilham maka dijadikan tempat melukis. Ada setengahnya tidak kira tempat mendatang ilham atau tidak tetapi dikira boleh mendatang wang maka disitu tempat melukis. Maka jadilah pelukis jalanan.

Pelukis jalanan lebih baik daripada penyanyi jalanan. Bagi ada dendangan lagu penyanyi jalanan maka ada yang tabur duit kepada mereka. Keduanya jalanan tetapi pelukis jalanan ada standart kerana mereka mengenakan caj yang bersesuaian dengan khidmat dan permintaan. Maka berlaku urus niaga dan tawar menawar mengikut kos dan caj yang dikenakan.

Sebaliknya bagi penyanyi jalanan, dia kira asal orang bagi. Kalau banyak dapat maka banyak rezeki seperti lebih kurang pengemis jalanan juga. Namun dikira ada juga rezeki hasil perkhidmatan yang mereka curahkan. Peminta sedekah pun sudah dikira pandai bagi khidmat dengan menjual tisu kepada pelanggan kedai mamak. Kedai mamak pun cerdik, dia tidak sedia tisu.

Barangkali ini cara perniagaan moden iatu beri khidmat. Bukan lagi peminta sedekah. Maka mereka dikira peniaga jalanan. Walhasilnya ada juga rezeki para jalanan itu tetapi penulis blog mana dia dapat rezeki. Kalau yang sudah pencen itu hasil daripada rezeki lain bukan rezeki menulis blog.

Mungkin juga disebab itu maka tidak ada istilah yang sesuai kepada blogger sama ada blogger jalanan kerana perkara jalanan ada yang datangkan rezeki sebaliknya blogger jalanan tidak dapat rezeki hasil daripada tulisannya.

Namun begitu kita tidak pernah dengar orang panggil blogger jalanan. Kalau ada pun blogger bebas macam penceramah bebas. Ustaz bebas boleh duit sekali mengajar. Habis sengkek pun boleh juga RM50. Itu di ibu kota, kalau tidak bagi, kan naya ustaz tu yang hanya cari rezeki cara tu.

Nasib ustaz bebas itu baik juga kalau nak dibanding blogger bebas yang langsung tidak dapat apa tetapi yang peliknya puak ni rajin lagi menulis. Kalau nak dikira pembaca kepada blog lebih kurang sama juga dengan pendengar ustaz bebas yang mengajar kat masjid dan surau tetapi ustaz bebas dapat duit, blogger bebas tidak dapat duit.

Hal ini memang susah hendak dikira kerana masyarakat nilai ikut mata kasar bukan mata hati. Kalau ikut mata hati, live WebTVPAS sudah lama hilang masalah. Kita pun dapat tengok live macam tengok tv, macam selangortv tetapi masyarakat hanya faham yang dia hendak bagi derma apa yang dia nampak dengan mata kepala. Itu sampai bila-bila payah.

Sebab itu kita harap pemimpin PAS jangan jadi macam tu. Pemimpin PAS kena tahu menilai blogger. Kita tidak nafi ada blogger yang aktif maka kroni bantu melalui iklan. Itu yang bersempah iklan kuat dan gagah. Macam lelaki Malaysia dah tak kuat tetapi purata rakyat bertambah.

Jadi nak bagi tahunya penulis blog ni betul-betul kerja ikhlas. Tidak harap langsung imbuhan. Ada penulis tu terpaksa cari buku nak kuat hujah tulisannya. Maknanya bukan main tulis semberono je, ada juga kajian dan selidik.

Kalau gitu gak aweng weh. Maka sebaik dan semolek sangat penganjur konvensyen tu buat free. Bagi makan kepada blogger kerana mereka sudah banyak berkorban untuk PAS. Inilah masanya kita hendak menghargai mereka kerana sebelum ini tidak pernah kita memuliakan jasa mereka.

Orang kata: "Ahh! RM10 bukan besar sangat!" Betul tu, siapa kata salah tetapi cuba kita banding Umno boleh menggajikan blogger demi kepentingan mereka. PAS tidak buat pun macam tu. Diberitakan baru-baru ini kerajaan memberi penghargaan kepada penulis blog terbaik. Umno pun ikut sama buat program membodek blogger.

Dimana setitik penghargaan PAS kepada blogger, mansuh sahaja RM10

Sebab itu blogger suka sangat dengan Umno. Hok mana kaki ampu dan jolok tambah besar pokek. Bekas Perdana Menter, Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk jalinan blogger yang cukup kuat. Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri juga, mahu menyekat dunia maya kerana Pak Lah tidak tahan serangan kuat blogger terhadap beliau, Mahathir pantas mengutuk Pak Lah kerana menyekat internet boleh mengundang masalah pelabur ke Malaysia.

Tambah Mahathir, menyekat internet tidak bagus, nanti negara luar kritik demokrasi Malaysia. Pada hal semasa dia jadi PM dahulu dia antara pemimpin yang kuat sekat akhbar an maklumat.

Kenapa Mahathir cukup kuat kritik Pak Lah dalam isu internet? Ini kerana Mahathir pada masa itu sudah tidak laku kepada akhbar. Akhbar sudah tidak minat hendak interviu beliau kerana media sudah dikuasai Pak Lah. Jadi jalan Mahathir hanya internet dan dia berjaya menghalang Pak Lah menyekat kebebasan internet maka seronok sakan Mahathir balun Pak Lah.

Dengan itu, sebaiknya pemimpin PAS jagalah hati penulis blog. Mereka ini tidak mengharapkan makan harian tetapi keraian sekali sekala: "Makan kambing sekor ke pun kira ok da tu!"

Kalau sudah ada program seumpama itu (Ini kerana hendak buat program bukan senang. Nak kumpul ramai tu payah. Blogger pun banyak kerja lain. Kalau tak buat kerja lain tak berasap periuk) maka kesempatan ini diguna pemimpin PAS untuk merai mereka. Tak payah kenakan RM10 pasal kita tidak bagi apa pun dekat blogger sebaliknya blogger dah banyak tolong PAS dan pemimpin PAS.

Sebaiknya kalau kita tahu malu dekat Umno maka elok kita jadikan konvensyen itu juga sebagai menghargai dan meraikan blogger. Raikan dengan belanja makan mereka sekali je bagi tahun ini.

Pihak penganjur konvensyen juga mungkin tidak mampu hendak bagi medal atau apa-apa cenderamata atau hati kepada blogger bagi tahun ini maka sebaiknya mansuh sahaja RM10


Oleh: nanbinjai

No comments:

Post a Comment