ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 December 2009

Bukan ini yang Islam ajarkan....biarlah berlaku adil....!!!!

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

“Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam,” kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.

“Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam.”

Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.

“Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.

Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia,” katanya.

“Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.”

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula menyifatkan “tidak elok” dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam.

“Tidak elok dikaitkan bersama. Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam,” kata presidennya Zaid Kamaruddin.

“Penganut bukan Islam boleh memohon untuk rumah ibadat mereka secara berasingan.”

Ditanya kewajaran kerajaan menambah peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama.

Manakala Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula berkata mengikut tafsiran Islam sebagai agama rasmi persekutuan, ia bermaksud kerajaan berhak mengeluarkan dana kepada orang Islam khususnya untuk pusat ibadat umat Islam.

“Jadi tidak timbul masalah ketaksamaan mengeluarkan dana kepada rumah ibadat Islam atau bukan,” kata presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Mengulas kewajaran menambah peruntukan kepada bukan Islam, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan masyarakat bukan Islam dan jumlah pertambahan penduduk bukan Islam di sesuatu kawasan.

“Populasi bertambah ramai, maka keperluan dana untuk rumah ibadat pun bertambah. Ia bergantung kepada keperluan. Tiada keperluan, tidak wajarlah ditambah.

“Begitu juga masjid atau surau, dana bergantung kepada keperluan pada satu kariah,” kata Muhammad Faisal.


Oleh Rahim Sabri

No comments:

Post a Comment