ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 December 2009

UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.




Memang tak LAYAK,apa yang layaknya,orang gi solat maghrib Pengerusi masjid masih duk melanguk tepi sungai memancing,orang solat subuh,puak-puak 'sangat celaka' nih masih berdengkur dalam selimut....

Ajk umno hanya mahu jawatan tetapi solat atau majlis pengajian batang hidung pun tak nampak..
bila jadi ajk masjid peranan mereka sekat ustaz2 yang mengajar ilmu yang tak selari dengan kerajaan..

UM-no akan mampus sendirian tanpa ada yang jenguk nanti,walaupun dari bekas kawan sekongkolnya dalam be END....

No comments:

Post a Comment