ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 December 2009

apabila pakatan Rakyat Mula Membohongi Rakyat....tiada beza kandang babinya dengan pakatan kandang babi UMNO-BN...!!!!


Saya berblog dengan niat untuk menyampaikan yang hak! Saya membidas apa saja yang menyimpang dari landasan memperjuangkan hasrat dan kehendak masyarakat terbanyak. Sementelahan pula masyarakat terbanyak terdiri daripada masyarakat miskin dan sederhana kehidupan mereka, di mana saya seorang daripadanya.

Saya tidak terlalu marah jika pemimpin UMNO/BN berbohong kepada rakyat kerana saya telah faham membohongi rakyat adalah asam garam dan ramuan kehidupan harian para pemimpin umno/BN. Tetapi bila pemimpin yang saya sanjungi dan saya sandarkan harapan membohongi dan cuba berdolak-dalih sepertimana budaya amalan umno/BN, saya menjadi bosan, benci dan tidak dapat menerimanya sama sekali.

Perhatikan kelentong dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat:

- “ Perkara ini adalah sesuatu yang amat memalukan kepada Barisan Nasional sebab mereka hampir mempunyai dua per tiga majoriti tetapi mereka hanya mendapat lebihan tiga undi pada hari tersebut” - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

- Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat. Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar. - Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim

- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan. - Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiga kenyataan di atas dipaparkan dalam blog pemimpin Pakatan Rakyat termasuk laman web resmi Kerajaan Negeri Selangor. Mereka cuba memusingkan kenyataan sebenar. Mereka cuba mengelirukan rakyat dengan helah itu ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata "perkara ini adalah sesuatu yang amat memalukan kepada Barisan Nasional". Hello Tan Sri, apakah Tan Sri sendiri tidak rasa malu kerana GAGAL hadir? Mengata dulang paku serpih; mengata BN, Tan Sri yang lebih...!!!

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad cuba memomokkan rakyat dengan kenyataan medianya; "majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010". Salaam ya Ustad, jangan hanya pandai cari salah orang. Salah dan silap sendiri buat-buat tidak perasan. Mana perginya wakil rakyat PAS?

Di awal titipan saya telah nyatakan, saya berblog dengan niat untuk menyampaikan yang hak! Kita sama-sama amati alasan mereka:

- "Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

- Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa pagi tadi berkata, rasa tidak sihat menyebabkan beliau tidak berupaya menunggu di Dewan Rakyat sehingga sesi penghujahan pada sebelah malam selesai.

- Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa menghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

Salaam YB Dr. Che Rosli, mana lebih penting; hadir program di Sungai Besi itu kah atau menumbangkan kerajaan zalim Barisan Nasional? Kadang-kadang YB YB ni perlu diajar mana yang lebih penting dan mana yang perlu diutamakan. Hello, yang penting tidak semestinya diutamakan dan yang utama tidak semestinya didahulukan. Ini perkara asas pengurusan, tak kan ini pun ahli parlimen tidak faham...!!!

Saya amat yakin masih ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak memahami tugas dan tanggungjawab mereka. Malahan sikap dan sifat culas, malas dan sambil lewa terhadap tugas telah menjalari jiwa mereka!! Sikap seperti ini amat ketara dikalangan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat...!!! (Bukan semua tetapi sebahagian besar).

Sekalipun mereka tidak dapat hadir (wakil PAS) tetapi saya tetap menghargai jawapan dan kekesalan mereka. Sebaliknya saya teramat kesal terhadap wakil parlimen PKR kerana tiada seorangpun yang memberi penjelasan kegagalan mereka untuk hadir. Malahan mengambil contoh Tan Sri Khalid, dia cuba berselindung dengan mengatakan insiden itu memalukan kepada Barisan Nasional. Salah dia tetap dia tidak akui...!!!

Kepada para pengundi seluruh Malaysia, harapan saya; perhatikan dan ingatlah jika mangkok-mangkok berayun yang bahgral dari PKR ini tersenarai sebagai calon pilihanraya sekali lagi, pastikan JANGAN UNDI MEREKA...!!!

Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat
, saya sekali lagi menuntut penjelasan daripada pimpinan Pakatan Rakyat terhadap kealpaan ini. Harapan saya pemimpin Pakatan Rakyat janganlah hanya pandai dan cekap mencari kesalahan umno/BN tetapi dalam masa yang sama menutup dan berhelah terhadap kesilapan, kesalahan dan kebahgralan sendiri.

Maaf kiranya titipan ini agak kasar dan menyebabkan ada yang terasa. Percayalah biar rakyat marah sekarang, jangan sampai rakyat marah dan menzahirkan kemarahan mereka dipeti undi.

Salaam Takzim. Salaam Perjuangan.
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat.


penyapu sial

memang sial punya pakatan rakyat....pakatan klentong rakyat.....sama sial dengan pakatan neraka jahanam UMNO-BN...dua dua tak ada beza...sama sama skandal dalam kelambu UMNO-BN ka...????..kata nak kasi hantam UMNO-BN....ini cakap tarak selupa bikin....sudahhhh....lupakan hasrat kamu nak hancurkan UMNO-BN dlm PRU 13 nanti....manyak syooookkkkk sendili....PRU 13 nanti tahu lah kami mengajarnya....

No comments:

Post a Comment