ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 December 2009

Menteri Pertahanan Perlu Bertanggungjawab Terhadap Kes Kecurian Enjin Jet Pejuang

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Bagi DPPWP, kehilangan ini sukar diterima kerana kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing boleh dianggap sebagai kebocoran serius keselamatan negara.

DPPWP mempersoalkan bagaimana sistem keselamatan negara dengan mudah dicerobohi memandangkan aspek keselamatan di bawah kawalan tentera adalah sangat ketat dan sukar ditembusi.

Bagaimana sekiranya nanti berlaku tawaran atau pujukan dari negara luar terhadap pegawai-pegawai tentera bagi mendapatkan dokumen sulit ketenteraan negara dan pegawai tersebut menyanggupinya, sudah pasti negara akan tergadai.

DPPWP turut merasa hairan mengapa baru sekarang Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan kecurian tersebut sedangkan ianya telah disedari sejak tahun 2007 lagi. Mengapa tiada tindakan seawal tahun 2007 terhadap pegawai tentera yang terlibat atau terhadap syarikat asing tersebut?

Menyalahkan pegawai bawahan semata-mata bukanlah jalan penyelesaiannya, ia ibarat melepaskan batuk ditangga. DPPWP menganggap individu yang patut dipersalahkan ialah pegawai tertinggi tentera serta Menteri Pertahanan sendiri, selain pegawai bawahan. Ini kerana kedaulatan atau keselamatan negara tidak boleh dijual beli dan harus dibayar dengan harga yang mahal sekiranya berlaku kecuaian daripada pihak kerajaan. Kealpaan serta sikap melepas diri seperti ini boleh mengundang padah kepada negara, andai ianya berlaku sekali lagi.

Justeru itu, DPPWP mendesak supaya siasatan terperinci perlu dilakukan dan kerajaan perlu mendedahkan siapa dalang disebalik penjualan enjin jet pejuang negara. Mengubah sistem inventori semata-mata tidak memadai, yang lebih penting ialah sikap pertanggungjawaban yang tinggi dari pihak Kementerian serta Menteri Pertahanan sendiri.

DPPWP mengharapkan aspek keselamatan negara dipandang serius dan paling utama dalam menentukan kemananan negara. Menteri Pertahanan perlu bertanggungjawab dalam hal ini supaya kes seumpama ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment