ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 December 2009

dewa suci najib....dewa skandal altantuya....dewa pekak badak ....!!!!





Dewa suci Najib

Jangan jawab, jangan layan, buat bodoh, buat badak. Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sungguh dengan strategi itu. Barangkali dia dan para penasihatnya dok rasa strategi itu berjaya sangat-sangat.

Sebab itulah saya sebut dalam posting sebelum ini, Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam "projek membersihkan Najib" tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap.


Orang melihat strategi buat diam dan buat bodoh itu sebagai buruk kelaku. Hanya Najib dan para penasihatnya sahaja yang melihat strategi itu sebagai berkesan dan berjaya.




Yang nak tergelaknya, selepas si abang dengan budget confidentnya berkata "I don't entertain frivolous statements" (lihat berita Malaysiakini 4/12/09 "Najib dismisses Bala's claims as 'frivolous'" dan lihat juga komen-komen dalam "Najib and Bala's 'frivolous' statements"), adiknya pula meniru strategi abangnya.

Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "Iltizam jejak Nazim dan Deepak," bulat-bulat Datuk Mohamed Nazim Razak meniru strategi abangnya. "Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," selamba sungguh Mamat tu menjawab.

Sebelum ini, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam posting bertajuk "Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib" saya tulis:

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Tetapi, apa nak buat. Kebanyakan pemimpin politik yang sudah lama bertapuk di kerusi kuasa sudah diangkat ke tahap dewa suci. Dalam Umno banyak dewa suci. Dalam PAS, para ulama yang menjadi pemimpin parti itu menjadi dewa suci. Dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dewa suci. Dalam DAP, dalam MCA, dalam MIC, dalam parti apa pun ada dewa suci.

Mereka boleh buat dan jadi apa sahaja, terlibat dalam pembunuhan, takut bini, hari-hari dihebohkan sebagai kaki zina, tibai duit melalui projek dan pembelian harta negara, keras pedal dengan kronisme, berkendak politik dalam gelap, diperbodoh dan jadi kuda tunggangan sekumpulan perisik tentera yang bangang, main politik wang sehingga pink form gugur seperti daun luruh, suka jerkah bini depan public, disyaki buat maksiat terkutuk, macam-macamlah. Buat dan jadi apa saja, mereka tetap dewa suci.

Sebab itulah, kalau hendak naik cepat dan kaya cepat, tolonglah jadi pemimpin politik di Malaysia. Rakyat Malaysia yang cerdik-cerdik belaka akhirnya akan mengangkat anda sebagai dewa suci. Bila anda dah jadi dewa suci, anda boleh buat dan jadi apa sahaja.

Kalaupun ada rakyat Malaysia yang menyampah terhadap dewa-dewa suci itu, mereka tak akan buat apa-apa. Habis-habis sangat mereka akan kata, "bila dewa-dewa suci itu mati esok, golongan muda yang akan mengambil alih kelak tidak akan mengulangi perbuatan mereka. Golongan muda dalam politik hari ini mempunyai kesedaran sivil yang boleh diharapkan".

Lalu, rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku akan terus menganyam harapan. Rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku terus berselera dan begitu pelahap dengan harapan demi harapan. Apa nak buat, apa lagi yang ada selain harapan?!

Ah, tiba-tiba teringat pula Dewan Pemuda PAS! Ada harapan yang boleh dipertaruhkan?


http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment