ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 December 2009

Kaji Semula Cukai Kad Kredit

1. Pengumuman Kerajaan tidak akan mengkaji semula cukai kad kredit menunjukkan maklumat yang disampaikan kepada kabinet tidak mencerminkan realiti rakyat.

2. Dalam Bajet 2010, Kerajaan mengumumkan cukai ke atas setiap kad kredit. Satu kad kredit utama dikenakan bayaran RM 50. Manakala bagi kad kredit tambahan ialah RM 25 untuk satu kad.

3. Saya percaya majoriti pemegang kad kredit mempunyai 2-3 kad kredit. Ini bermakna mereka perlu membayar antara RM 100 - 150 setahun. Kadar ini mungkin kecil bagi sesetengah orang yang bergaji berpuluh ribu. Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana ia merupakan jumlah yang agak signifikan.

4. Ramai yang menggunakan kad kredit sebagai satu pilihan sewaktu kecemasan ketika menghadapi masalah aliran tunai. Bukan semua orang "makan gaji" dengan kerajaan yang setiap bulan gaji masuk dengan tepat tanpa sebarang masalah. Bagi peniaga kecil, kad kredit juga menjadi "galang ganti" jika lambat mendapat bayaran dari pihak lain.

5. Ramai juga yang memegang kad kredit kerana enggan membawa wang tunai dengan banyak. Ini merupakan satu langkah baik bagi mengelak kehilangan banyak wang jika diragut atau dirompak.

6. Mereka yang memiliki lebih dari satu kad kredit pula bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya mempunyai dua hingga tiga kad kredit adalah jaminan bagi memastikan transaksi berjaya. Bayangkan jika kita membeli beberapa barang yang harga beratus ringgit, tiba-tiba kad kredit dari bank tertentu tidak dapat digunakan. Kita pula hanya ada satu kad tersebut sahaja.

7. Kebanyakan pemegang kad kredit tidak dapat melihat apa sebab yang rasional untuk mereka membayar cukai kad kredit. Bagi mereka kerajaan tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi membolehkan ia mengutip cukai ke atas kad kredit.

8. Malahan tindakan mengenakan cukai RM 50 ke atas setiap kad kredit sangat bertentangan dengan usaha menjadikan masyarakat kita sebagai cashless society pada masa akan datang.

9. Justeru sempena tahun baru ini saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk mengutip cukai kad kredit.

10. Di  harap  kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan rakyat yang ramai memiliki kad kredit agar:

  •  Seboleh-bolehnya hapuskan terus cukai kad kredit ini atau;

  •  Setiap pemilik kad kredit hanya dikenakan RM 50 walau berapa kad yang mereka miliki ataupun;

  • Meletakkan had minima pemilikan kad sebanyak tiga misalnya. Kad selebihnya barulah dikenakan RM 50 per kad.

11. Walau apa pun alasan Kementerian Kewangan hakikatnya lebih sejuta pemilik kad juga merupakan pengundi dalam pilihan raya. Bukan mereka tidak mahu membayar cukai tapi biarlah cukai yang dikenakan berpatutan dan rasional. Sehingga hari ini saya belum berjumpa sesiapa pemilik kad yang bersetuju dengan keputusan kerajaan.




penyapu sial


Cukai pemilikan kad kredit yg cuba dilaksanakan
oleh kerajaan ini tidak masuk akal dan tidak praktikal...cubaan yg tidak bertanggungjawap,
menindas dan kejam!...umpama tengkuk rakyat
yg diharapkan setiap PRU diletak atas tunggul
menunggu untuk dipenggal oleh algojo bertopengkan wajah 1Malaysia "Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Apakah dendam yg cuba dilunaskan..apa yg kerajaan nak buktikan? Terfikirkah oleh
penguasa think tank percukaian berapa juta
pemilik kad yg menjadi mangsa rejim perbankan
yg rakus mengambil untung 18% dan kini kerajaan
cuba menjadi lebih buas dan rakus mengambil untung atas angin!...


mungkin pihak atasan dalam kerajaan beranggapan ramai yang muflis oleh kerana tidak membayar kad kredit dan cuba mengawalnya tetapi pada saya...jangan kerana beberapa peratusan kecil sahaja habis semua pengguna terpalit..langsung tak peka tentang liabiliti kemarahan rakyat yang pakai kad kredit...

berapa banyak kad kredit tak lah menunjukan seseorang itu mampu...tetapi zaman sekarang ia lebih tertumpu kepada kemudahan.....

BATALKANLAH CUKAI MENGARUT NI...

No comments:

Post a Comment