ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 December 2009

Dana masjid: Pemuda PAS terima pendirian Nga

Dewan Pemuda PAS pusat yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya malam tadi menerima pendirian Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming yang didakwa mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.

Meskipun menerima pendirian beliau, Dewan Pemuda PAS masih ingin mengadakan pertemuan dengan Nga untuk mendapatkan penjelasannya.

"Setakat ini kami menerima pandangan Nga dalam isu... ini berdasarkan kenyataan dan pandangan pihak ketiga setakat ini. Bagaimanapun kami masih berhasrat untuk menemui Nga bagi membincangkan isu ini, mendengar sendiri daripada beliau," kata Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Muhamad ketika dihubungi.

Beliau mengulangi pendirian Pemuda PAS yang mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Justeru kata beliau pihaknya mahu semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.

Kamaruzaman juga berkata pihaknya mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Nga.

"Dalam konteks negara demokratik, sesiapa pun boleh meminta bantuan.

"Kami berpendapat tidak salah bagi sesiapa menuntut bantuan kewangan untuk rumah ibadat dan terserah kepada kerajaan untuk memberikan atau sebaliknya. Tetapi jangan mempertikaian peruntukan untuk membina masjid dan agama Islam," katanya.

Beliau menambah Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap.

Baru-baru ini Nga mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.

Tindakan Ng itu telah menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang berpendapat tindakan mengungkit perkara berkenaan sebagai biadab dan menimbulkan sentimen perkauman.

Dalam PAS sendiri ada pemimpin yang berpendapat Nga itu tidak salah kerana beliau hanya meminta bantuan kewangan yang lebih besar, bukannya mempertikaian dana yang diberikan untuk tujuan pembinaan masjid.

Jawatankuasa Pusat PAS mengadakan mesyuarat pagi ini dan dijangka akan turut menyentuh isu ini.

No comments:

Post a Comment