ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 December 2009

'pemberian kasih sayang'.....pelingkup sosio-ekonomi negara

Nilai Kasih Sayang Najib Kepada Pak Lah...Alahai





Pak Lah Mansion


Semasa saya bekerja dengan sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah di Pulau Pinang dahulu, terdapat individu yang memindah milik hartanah mereka kepada anak, anak saudara dan saudara mara atas nama 'pemberian kasih sayang'. Jadi tak payah lagi harta dipindah milik ikut hukum faraid, harta boleh dipindahkan ikut gerak hati pemiliknya ketika itu. Penerima pindah milik ini tak payah bayar sesen pun, kerana ia pemberian kasih sayang, terima percuma saja.


Dan lihat gambar di atas. Ia gambar sebuah mahligai yang sedang dalam pembinaan. Maaf, gambar ini bukan saya ambil dengan kamera sendiri, sebenarnya ia saya ambil dari Malay Mail Online. Mahligai bernilai RM12 juta ini dibina untuk mantan PM, Pak Lah. Walaupun pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikannya (biasalah budaya nafi nie dalam masyarakat kita,kan?), tapi siasatan wartawan Malay Mail mendedahkan bangunan itu memang didaftarkan sebagai tanah milik JPM. Arahan bagi melaksanakan projek RM12 juta ini telah dikeluarkan sejak Jun lalu untuk JKR melaksanakannya di sebidang tanah berdekatan Carcosa Seri Negara.


Berdasarkan fakta itu, sahlah ini memang projek JPM. Lebih tepat ia adalah projek JPM yang menterinya ialah Najib sendiri. Kerana ia projek JPM yang Najib adalah menterinya, sudah pasti ia diluluskan dengan pengetahuan Najib. Kerana mahligai ini diberi secara percuma kepada Pak Lah, ia seolah-olah 'pemberian kasih sayang' Najib kepada Pak Lah.


Mahfuz Omar pernah bawa kes ini untuk dibincangkan di Parlimen 2 hari lalu, tapi ditolak oleh Speaker. Entah apa yang ditakutkan Speaker, tak tahulah. Harap-harap, bukan kerana dia takutkan Najib. Yang pasti bukan kerana Speaker takut kepada Pak Lah kerana orang tua itu sudah tidak ada kuasa lagi.

Sebenarnya, bukan tak boleh bekas pemimpin dahulu dikenang oleh kerajaan kini dengan menganugerahkannya sesuatu, misalnya gelaran Tun yang Pak Lah sudah dapat itu. Bukan tak boleh mantan PM yang sukar dicari jasa besarnya terhadap negara itu diberi ole-ole sebagai tanda kasih sayang PM kini terhadapnya. Tapi hendak beripun, berilah sesuatu yang sepadan dengan jasanya. Berilah sesuatu yang bukan dalam bentuk hartanah, kerana mantan PM itu, anaknya, menantunya, semua rakyat tahu nilai harta mereka. Kalau nak beripun sebagai tanda kasih sayang Najib kepada Pak Lah, berilah dalam bentuk lain.

Dan satu hal lagi, mengapa mahligai 'pemberian kasih sayang' ini diberi Najib kepada Pak Lah? Mengikut desas desus yang didengari, ia adalah sebagai balasan kepada 'pemberian kasih sayang' Pak Lah kepada Najib dahulu yang sudi berundur awal bagi memberi peluang Najib jadi PM, walupun ketika itu tubuh Najib dibaluti pelbagai skandal, termasuk rasuah dan wanita (termasuk wanita Mongolia). Sama ada 'pemberian kasih sayang' ini ada dalam perjanjian peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, atau tidak, hanya mereka berdua saja yang tahu.



Kesian rakyat Malaysia. RM12 juta bukan satu jumlah yang sedikit. Masih ramai rakyat Malaysia yang di era kemelesetan ekonomi ini tidak ada rumah sendiri dan tercungap-cungap untuk membayar sewa rumah yang tidak pun sampai RM300 sebulan, dan mantan PM yang sudah ada banyak harta itu dianugerahkan sebuah mahligai, tanda 'kasih sayang' Najib terhadapnya. Bayangkan jika RM12 juta itu digunakan untuk membina rumah kos rendah, sudah kira-kira 600 keluarga dapat menikmati faedahnya.


Kasih sayang, oh kasih sayang, begitu tinggi nilainya kasih sayang. Alahai, Malaysia tanah airku......


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment