ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 June 2010

LHDN Siasat Patrick Lim




"Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjejak pejabat Patrick Lim Soo Kit di Serdang, Selangor, baru-baru ini untuk menyiasat dan mengambil beberapa dokumen dari bilik peribadinya, menurut sumber yang enggan didedah namanya. Sumber maklumat memberitahu Merdeka Review, Patrick Lim (gambar) bangkit semasa zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, malah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri ini, kini berdepan dengan siasatan LHDN yang boleh mencungkil pelbagai tafsiran dari segi politik.

Akhbar mingguan, The Edge sebelum ini melaporkan bahawa LHDN sedang mengadakan siasatan mengejut terhadap beberapa orang usahawan yang "untouchables" (tidak boleh disentuh) sebelum ini, berikutan kelewatan dalam pembayaran cukai atau cukai terkurang lapor.Sebagaimana yang diketahui, unit Intelligence and Investigation di bawah LHDN kini melancarkan serbuan mengejut dengan waran menggeledah (Search Warrant) ke atas usahawan-usahawan ini, setelah menguasai maklumat penyelewengan berdasarkan desk audit yang dijalankan.

Tindakan serbuan ini dijalankan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan kuasa kepada pegawai LHDN untuk memasuki bangunan dan menggeledah dokumen. Mengikut maklumat yang diperolehi, pejabat usahawan-usahawan yang terbabit ini akan disiasat pejabatnya oleh satu pasukan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 orang pegawai. Dua pasukan yang lain akan bertanggungjawab untuk bertemu dengan juruauditnya, dan menziarahi rumah sesetengah pengarah syarikat. Secara keseluruhannya, pasukan penyiasat ini terdiri daripada 30 orang.

Pada April 2010, satu media bahasa Inggeris melaporkan LHDN melancarkan siasatan mengejut ke atas pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd. Sebagaimana yang diketahui, siasatan LHDN bermula setelah mendapati maklumat berhubung pencukaian antara Setia Haruman dengan pihak ketiga. Tetapi, Setia Haruman menjelaskan kemudian bahawa mereka disiasat kerana kelewatan dalam pembayaran cukai.

Tindakan LHDN untuk menyiasat mereka yang "tidak boleh disentuh" ini bertujuan untuk menyampaikan satu mesej, iaitu LHDN akan mengambil tindakan dalam hal pencukaian negara, tidak kira sama ada pembayar cukai ini mempunyai lindungan politik atau tycoon. Tiada maklumat untuk mengesahkan sama ada Patrick Lim Soo Kit terlibat dalam tax evasion, malah sejauh mana besar angkanya. Namun, menurut sumber maklumat, tindakan ini mungkin hasil daripada pergelutan kuasa politik, dengan motif untuk mencantas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi.
Pejabat Patrick Lim dimiliki Taman Equine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Equine Capital Berhad. Patrick Lim adalah pemegang saham Equine Capital, pernah menjawat Pengerusi dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut. Namun, beliau meletak kesemua jawatannya pada Oktober 2008, dan kekal sebagai pemegang saham yang kini memiliki hampir 14% sahamnya.

Merdeka Review gagal menghubungi jurucakap LHDN, malah staf Taman Equine Sdn Bhd enggan mengulas isu ini dengan alasan Patrick Lim bukan lagi pengarah syarikatnya. Hubungan komersial antara Patrick Lim dengan Khairy adalah rapat. Kedua-dua mereka dituduh mengadakan Monsoon Cup Antarabangsa, yang menelan kira-kira RM200 juta semasa zaman Abdullah menjawat PM. Suara pertikaian tersebar luas kerana aktiviti ini dikatakan melibatkan wang royalti minyak, sehingga Patrick Lim digelar sebagai "Patrick Badawi" pada ketika itu. Selain itu, Patrick Lim mendapat banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi Equine Capital, termasuk pembangunan tanah Crescentia Park yang bernilai RM800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM25 bilion.

Antaranya, syarikat Abad Naluri Sdn Bhd di bawah Equine Capital telah memperolehi projek pembinaan semula padang lumba kuda. Meskipun Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Perancangan Pembangunan belum meluluskan projek membangunkan Penang Global City Centre (PGCC) di padang lumba kuda, namun Patrick telah berjaya mengundang Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan projek PGCC di Bukit Gantong.

Patrick Lim menafikan dirinya memperolehi projek PGCC kerana hubungannya dengan kuasa politik ketika ditemuramah akhbar mingguan The Edge. Namun, pertikaian tidak reda lantaran penafian ini. Pertikaian yang tercungkil termasuklah mengapa syarikat kecil seperti Equine Capital mampu memperolehi projek hartanah yang bernilai RM25 bilion? Malah, syarikatnya membeli tanah keemasan ini dengan harga RM43/kaki persegi, padahal harga tanah ini bersamaan dengan harga tanah di Mont Kiara yang lebih daripada RM250 / kaki persegi.
Bagaimanapun, PGCC diketepikan setelah kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12. Equine Capital telah menjual 25% saham Abab Naluri Sdn Bhd (yang bertanggungjawab ke atas PGCC) kepada Kiara Ikhtisas Sdn Bhd dengan RM 2 juta pada 20 Oktober 2008. Lebih-lebih lagi, kuasa Abdullah Ahmad Badawi semakin terhakis selepas "tsunami politik". Patrick Lim meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat dan Pengarah Eksekutif pada 10 Oktober 2008, malah mengurangkan pegangan sahamnya dari 28.89% pada 10 September 2008 kepada 13.93% pada 14 Oktober 2009.

Patrick Lim semakin low profile selepas itu, sehingga media tempatan melaporkan bahawa beliau bersama rakannya membeli ProMatch Tour Ltd daripada F10 Holdings Ltd, menerusi syarikat mereka di Hong Kong, iaitu Regal Faith Ltd, barulah beliau menjadi tumpuan pasaran semula.


addin_77

No comments:

Post a Comment