ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 June 2010

UMNO umpamanya langau..tanpanya orang melayu boleh hidup bahagia...dengannya hidup semakin sengsara.!!!!

Melayu sudah GAGAL Mengapa masih menyokong UMNO?

Setelah UMNO menjadi parti pemerintah selama lebih 50 tahun jika kita renungkan tentang nasib dan masa depon orang Melayu begitu semakin membimbangkan.Apa tidaknya orang Melayu terus kebelakang dalam pelbagai perkara walaupun ada yang mendakwa orang Melayu mula sudah maju kehadapan namun hakikatnya ia berlaku terlalu sedikit dan perlahan jika mahu dibandingkan dengan kadar kemiskinan dan pengangguran dikalangan Melayu yang semakin bertambah dari masa ke sesama.

Lihatlah Orang Melayu dari peringkat tua,dewasa dan muda terus dilanda pelbagai krisis dan musibah yang pelbagai serta mengecewakan.

Yang paling membimbangkan orang Melayu semakin berkurangan dalam pemilikan tanah dan rumah persendirian.Kebanyakan Melayu menjadi penyewa rumah seumur hidup kerana tidak mampu memiliki rumah yang sememangnya semakin mahal dan melambung harga.Pendapatan isi rumah majoriti orang Melayu sememangnya amat rendah dan tidak mampu untuk memiliki rumah atau tanah yang amat mahal.Akibatnya petempatan orang Melayu semakin kecil dan hilang terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar.Ini yang amat membimbangkan dan kebimbangan ini rancak diperkatakan oleh kebanyakkan orang Melayu. Yang amat amat malang lagi terdapat Melayu yang sanggup menjual tanah-tanah rizab Melayu hanya demi kepenting peribadi dan keluar dan yang akhirnya merugikan seluruh bangsa Melayu akibat sikap khianat mereka ini.

Adakah para peneraju UMNO dari pelbagai peringkat sedar akan musibah yang sedang melanda orang Melayu sekarang ini?Mungkin mereka tahu tetapi akibat ketamakan kepentingan peribadi maka musibah ini dipersetankan dan hanya digembar-gembur apabila dalam persidangan parti dan pilihan raya sahaja.UMNO tahu bahawa orang Melayu mudah dihasut dan ditakutkan jika perkara sensitif berkenaan orang Melayu dibangkitkan.Itulah senjata UMNO selama puluhan tahun dalam mengekalkan sokongan orang Melayu.

Itulah hakikatnya kelemahan orang Melayu yang mudah ditipu dengan janji-janji palsu yang merugikan mereka sendiri.Selagi itulah orang Melayu tidak akan berani berubah secara drastik untuk maju dan dan bersaing secara sihat bersama kaum yang lain dalam pelbagai bidang.Dalam hal ini orang Melayu juga perlu dipersalahkan kerana musibah yang melanda mereka sekarang ini adalah berpunca dari sikap mereka yang terlalu berlembut terhadap UMNO walaupun parti itu telah melakukan banyak kesilapan dan pengkhianatan terhadap kepentingan Melayu dan Islam.

Kaum Cina maju kerana mereka sememanya bangsa yang kuat berusaha dan berdikari selain anatara tamadun terawal dalam dunia.Kaum Cina sebenarnya tidak perlu bergantung kepada MCA,Gerakan dan DAP kerana mereka mampu maju tanpa parti-parti tersebut.Oleh sebab itu tidak ada masalah bagi kaum Cina memilih parti mana yang mereka mahu dan bila-bila masa sahaja boleh melakukan pusingan sokongan kerana mereka tidak ada banyak masalah untuk memilih kerana orang Cina mempunyai keberanian dalam menuntut dalam melakukan perubahan.

Adakah orang Melayu mampu untuk bersikap seperti kaum Cina yang positif iaitu keberanian dalam mengharungi cabaran untuk maju dalam pelbagai perkara terutamanya politik.Atau orang Melayu akan terus bersikap tolak ansur yang melampau dan merugikan terhadap UMNO.

Adakah kita perlu menyalahkan MCA,Gerakan dan DAP dalam hal permasalahan orang Melayu yang semakin meruncing ini?Hanya UMNO sahaja yang terus menganggap DAP sebagai parti Cina yang merbahaya dan berjaya menanam sifat kebencian mendalam dalam diri orang Melayu terhadap DAP. Sepatutunya UMNOlah yang perlu dipersalahkan atas musibah yang sedang dan akan menimpa orang Melayu dan jenerasi akan datang.

Ketelanjuran UMNO dalam melakukan pengkhianatan terhadap Melayu dan Islam sudah tidak terkira untuk dijumlahkan.Ia hanya mampu dijadikan sejalrah paling hitam dan ngeri untuk dikenang oleh Melayu jenerasi akan datang.Sedarlah wahai orang Melayu nasib dan masa depan anda dalam perjalanan kehancuran jika terus memilih UMNO sebagai peneraju kerajaan. Boleh diperbaiki walaupun sedikit jika menghukum UMNO dalam PRU-13 nanti. Tidak perlu untuk memberitahu sokong parti apa untuk digantikan oleh UMNO.UMNO akan berubah dan bermula dari bawah semula jika mereka dihukum pada PRU-13 nanti dan percayalah itulah cara untuk membetulkan UMNO yang telah dinodai oleh pemimpin yang tamak dan rakus terhadap kuasa.

Sedarlah orang Melayu bahawa hak dan kepentingan mereka dipelihara oleh perlembagaan negara dan bukan UMNO sebagai penentu muktlak terhadap masa depan orang Melayu.Melayu perlu keluar dari kotak pemikiran UMNO yang terlalu sempit dan merugikan Melayu bawahan.Hanya pemimpin UMNO sahaja yang kaya raya kerana dasar yang mereka perkenalkan adalah untuk mereka dan para kaum kerabat serta kroni-kroni terdekat.Yang rugi adalah kita ini Melayu bawahan yang terus terkapai-kapai dan terumbang-ambing dalam arus kemajuan dalam tanah air sendiri.Insaflah dari saat ini.ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan mengubahnasib sesuatau kaum melainkan mereka yang mengubahnya.Allahuakbar..

No comments:

Post a Comment