ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 June 2011

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membohongi dan menipu Agong dan tidak menjalankan tugas yang diamanatkan Agong kerana taat pada UMNO ...wajar letak jawatan....!!!



Gesaan PKR agar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu umpama mempersenda pelantikan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Wan Ahmad berkata, pelantikan beliau sebagai timbalan pengerusi SPR telah diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“SPR merupakan satu badan yang bebas dari segi Perlembagaan. Saya juga telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kenyataan Azmin (Ali, timbalan presiden PKR) supaya saya letak jawatan ibarat mempersendakan pelantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya ..

Pada Konvensyen Pilihan Raya PKR, Azmin menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.

Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, Azmin berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau adalah tidak benar.

Dalam kenyataannya lagi, Azmin berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

“Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya,” katanya.

Azmin mendakwa banyak nama pemilih berdaftar tidak disertakan dengan alamat lengkap oleh SPR.

“Ketua Umno di SPR, Wan Ahmad... pada petang ini, saya ingin mengajak warga media untuk melihat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 13 Mei 2011... daftar pemilih ini ialah paling kotor dalam sejarah.

“(Kepada) Wan Ahmad, saya bagi dia 48 jam jawab atau letak jawatan sebagai timbalan pengerusi SPR... turun ke Kampung Klang Gate... mana pemilih Cina dan India menetap di situ,” kata beliau sambil berkata, ia merupakan penempatan orang Melayu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Azmin mengenai daftar pemilih yang melibatkan kawasan Parlimen Gombak, Wan Ahmad berkata, beliau mengambil pendekatan untuk “tidak mahu komen apa-apa.”

Katanya, “saya dah beri penjelasan macam-macam. Tetapi masih ada lagi yang mempertikaikan daftar pemilih. Isu ini bukan perkara baru. Kita lakukan pembersihan setiap hari. Jika kita tidak dapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR tidak boleh sesuka hati keluarkan daftar pemilih.”

Jelasnya, jika terdapat pendaftar yang tidak mengemas kini butir peribadi kepada JPN sama ada sudah meninggal dunia atau berpindah, SPR tidak dapat berbuat apa-apa.

“Kita akan memberikan penjelasan dari semasa ke semasa mengenai hal berkaitan SPR. Saya akan mengulas lanjut mengenai perkara ini pada 29 Jun ini di suatu forum,” ujarnya.



penyapu sial


Sebenarnya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar lah, yang membohongi Agong dan menipu Agong dan tidak menjalankan tugas yang diamanatkan Agong kerana taat pada UMNO dan bukan kepada Agong. NOw who is who??

Jawapan penafian untuk letak jawatan Timbalan Pengerusi SPR oleh Wan Ahmad sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal. Kalau dah tak pandai buat kerja letak jawatanlah boleh Agung lantik orang yang lebih pandai dan tidak mudah jadi kuda...

Dia kata dia sedar dia dilantik Agong, tetapi kenapa pulak dia ingkar kepada Agong untuk melindungi kepentingan rakyat, dan sebaliknya terus ikut perintah UMNO?

Patik mohon Tuanku menghukum hamba yang derhaka ini.

No comments:

Post a Comment