ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 June 2011

Taib Mahmud: Saya tiada akaun rahsia di Bank Swiss.....tapiiii.....saya punya akaun berlambak lambak di lain lain bank ....muakakakakakakka....!!!!



Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada Persekutuan Switzerland untuk membersihkan nama beliau dan kerajaan Sarawak berhubung dakwaan rasuah balak oleh Bruno Manser Foundation (BMF).

Taib (gambar) berkata perhatian beliau terarah kepada dakwaan BMF baru-baru ini kononnya Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland berkemungkinan menyiasat beliau dan membekukan aset kepunyaannya di Switzerland.

“Biarlah saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak mempunyai akaun rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa jua bentuk di Switzerland. Tidak ada sama sekali,” kata beliau ketika memberi penjelasan peribadi pada sidang Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, memberi penjelasan itu berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan itu berikutan keputusan yang dikatakan dibuat oleh Agensi Anti Pencegahan Rasuah Switzerland untuk membekukan aset beliau baru-baru ini.

Beliau berkata dakwaan itu kemudiannya digunakan oleh ahli politik setempat untuk menjayakan agenda politik peribadi mereka terhadap beliau dan kerajaan negeri, yang sekali lagi memperoleh mandat besar daripada rakyat menerusi pilihan raya negeri pada April lepas.

Selaku ketua kerajaan negeri dan anggota badan penggubal undang-undang sejajar dengan amalan dan tradisi parlimen, Taib berkata beliau memikul tanggungjawab terhadap Dewan yang mulia untuk membuat kenyataan peribadi selaras dengan Seksyen 22 Perintah Tetap.

“Sememangnya saya telah menyatakan dalam kaedah yang terang dan jelas menerusi sepucuk surat yang saya utuskan kepada Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey untuk mendapat pengesahan sama ada beliau dikatakan telah mengarahkan siasatan terhadap saya berhubung dakwaan oleh BMF,” katanya, sambil menambah BMF merupakan badan bukan kerajaan dari luar negara yang sama sekali tidak memikul tanggungjawab kepada rakyat Sarawak.

Taib turut meminta Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk memberi kepada beliau salinan dakwaan itu bagi membolehkan beliau melaksanakan hak untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

Sambil mengikrarkan sepenuh kerjasama kepada Persekutuan Switzerland “untuk segera menyerlahkan kebenaran dan membenamkan segala yang palsu,” beliau mengulangi bahawa dakwaan oleh BMF adalah palsu dan jelas bermotifkan politik.

“BMF mempunyai rekod dakwaan yang biadab dan bersifat skandal terhadap kerajaan Sarawak selama bertahun-tahun, termasuk dakwaan penebangan 90 peratus hutan hujan kita sungguhpun pakar hutan tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan bahawa 70 peratus daripada hutan kita masih dipelihara dan diuruskan secara mampan.

“Sehubungan itu, dakwaan palsu BMF mengenai aset saya yang disimpan di Switzerland adalah kesinambungan usaha berniat jahat untuk mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan pemimpinnya,” katanya.

Pada 9 Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat Taib berhubung dakwaan rasuah balak, manakala Calmy-Rey pula dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selianya, Finma, untuk siasatan lanjut.



penyapu sial

Saya tiada akaun rahsia di Bank Swiss, TETAPI, di bank-bank lain, berlambak-lambak........muakakakakaka...dasar temberang....puaka besar rakyat sarawak....!!!!

No comments:

Post a Comment