ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 June 2011

percubaan tutup kes kematian Ahmad Sarbani



kita semua  merasakan seolah-olah wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini. Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham. Manakala penyiasat dari SPRM sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu. “Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’ terlibat dalam kematian tersebut.

Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar kemungkinan ada ‘foul play’ dalam kematian ini..

Kita  menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad Sarbani dan rakyat Malaysia. Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi kerajaan lain.

Pihak berkuasa seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan melengah-lengahkan prosedur siasatan. Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius..

Kelewatan kes ini adalah bukti bahawa pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih.Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan keutamaan

Kerjasama pihak media juga di tuntut  menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya.

Polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya politik. Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi.

Justeru, kita menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung bulan ini. ...

No comments:

Post a Comment