ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 June 2011

UMNO campurtangan rumahtangga orang lain untuk menglembukan ulamak...



Tengok muka depan Utusan Malaysia hari ini. Begitu bersemangat pertahan "Kepimpinan Ulama".

Panggilan Pulau untuk pertahan kepimpinan ulama yang datang dari mulut syaitan sendiri.

Mudah sahaja. Kepimpinan "Ulama" dalam PAS banyak memberi keuntungan dan laba kepada UMNO.

Keuntungan paling besar yang i dapat lihat adalah:

  • Membawa PAS jauh dari aspirasi dan pemikiran rakyat Malaysia. Misalnya, golongan "ulama" di dalam PAS bertanggungjawab ke atas "Dokumen Negara Islam" sebelum Pilihanraya 2004.
  • Penerbitan dokumen tersebut telah memberikan kemenangan kepada UMNO tanpaUMNO perlu mengangkat satu jari pun. Penerbitan dokumen tersebut telahmenyebabkan lebih 90% orang bukan Islam mengundi UMNO dan BN dalampilihanraya 2004 tanpa UMNO dan BN perlu berkempen dengan giat.
  •  Dengan kata lain kepimpinan "Ulama" di dalam PAS banyak membuat kerja untukUMNO tanpa di bayar.
  • Sewaktu UMNO tersepit selepas Pilihanraya 2008, kepimpinan ulama yang sama membuat keputusan untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO. Bekas Pesuruhjaya PAS Perak sendiri mendedahkan usaha beberapa kepimpinan ulama di dalam PAS yang cuba menubuhkan kerajaan Perpaduan di Perak sejurus selepas Pilihanraya 2008. Mufti Perak telah menambah dengan memberi nama mereka2 yang terlibat dari PAS. Nama yang disebut adalah Ustaz Harun Din, Timbalan Mursyidul AM PAS dan Nasaruddin Mat Isa.
  •  Jelasnya, usaha menubuhkan kerajaan Perpaduang di Perak tidak akan berlaku sekiranya tiada usaha yang terancang dari golongan "ulama" di dalam PAS.
  • Kepimpinan Ulama juga sepanjang waktu dilihat tidak mampu menambah sokongan kepada PAS. Kita lihat betapa mandomnya Pemuda PAS Pusat apabila diambil alih kepimpinan ulama. Dewan Ulama PAS Pusat ada seperti tiada. Ketua yang telah sakit pun masih dilantik semula. Sepanjang 20 tahun di bawah Ketua Dewan Ulama sekarang, apakah kebaikan yang kita dapat lihat datang dari Dewan Ulama PAS Pusat?
  •  Mereka bebas melanggar disiplin parti tanpa ada apa-apa tindakan dari PAS Pusat. Misalnya, Dato Harun Din secara terbuka menentang polisi PAS dalam isu "Kalimah Allah" tetapi sehingga hari ini tiada tindakan disiplin yang diambil.

Secaram mudahnya UMNO mempertahankan kepimpinan ulama kerana:

  •  Ia membantu UMNO menang tanpa dibayar dengan program-program mereka yang tidak disukai rakyat Malaysia. Misalnya Dokumen Negara Islam sebelum Pilihanraya 2004
  • Mereka menjadi pembantu kepada UMNO di waktu UMNO kesempitan. Misalnya, agenda perpaduang dengan UMNO

  • Apa sahaja bahagian parti yang mereka kawal akan menjadi lemah dan mandom. Misalnya, Pemuda PAS Pusat.

  •  Mereka membawa budaya "MELANGGAR DISIPLIN" dalam PAS kerana mereka bebas melanggar disiplin parti tanpa apa-apa tindakan.

Ikutilah sendiri tulisan dari Utusan Meloya di bawah yang mempertahankan Kepimpinan Ulama


Gerakan hakis penguasaan ulama

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini dikatakan bakal menjadi platform utama kepada satu gerakan bagi menghakis penguasaan golongan ulama di dalam parti itu.

Dengan berslogankan matlamat untuk tidak lagi menjadikan Pas sebagai sebuah parti lama, parti serban dan jubah, suara-suara yang menuntut perubahan kepimpinan dikatakan semakin kuat kedengaran.

Satu sumber dalaman Pas memberitahu, berbanding tahun 2009, perancangan kelompok yang ingin menamatkan penguasaan ulama di dalam parti itu pada pemilihan kali ini adalah lebih terancang dan tersusun.

Kata sumber itu, matlamat perubahan yang ingin dilakukan bukanlah bermaksud untuk memperkukuhkan Pas tetapi bagi memastikan barisan kepimpinan yang dipilih dikuasai oleh mereka yang turut bersimpati dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Mereka menyedari kepimpinan Pas sekarang yang diterajui oleh Datuk Seri Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak begitu memihak kepada Anwar berikutan masalah moral yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

''Oleh itu dengan berslogankan tinggalkan jubah dan serban, mereka secara halus mahu menamatkan penguasaan ulama yang tidak memihak kepada Anwar,'' kata sumber berkenaan ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sumber itu menjelaskan, sasaran utama kumpulan yang kononnya berhasrat mewujudkan kepimpinan Pas yang lebih progresif tersebut ialah memastikan pemimpin di peringkat tertinggi terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dikuasai oleh kelompok yang menyokong gerakan mereka.

Sementara itu, perancangan untuk menamatkan penguasaan golongan ulama dalam Pas bukanlah isu baru malahan ia pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya baru-baru ini.

Dalam tulisannya, Zulkifli mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai "Kaum Si-Tanggang" dalam muktamar yang bakal berlangsung.

Menurut Zulkifli, beliau mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan professional menggantikan kepimpinan "serban jubah" yang kelihatan kolot dan kekampungan.


sumber..

No comments:

Post a Comment