ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 June 2011

Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis untuk di soal siasat....!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Ini mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002.

Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak.
Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa...

Mengulas perspektif undang-undang , kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia.Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter..

Persoalannya,  apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara.

Mengulas isu yang sama, kita mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?” Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia.

Justeru kita mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara..

Justeru, adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan.Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan ‘jaringan yang terputus’ (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene..

No comments:

Post a Comment