ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 June 2011

UMNO wajib di cerai talak 3....dan di haramkan ber CINA BUTA....!!!!



Jika anda memilih suami atau ketua masyarakat maupun pemimpin menjadi syarat asas adalah untuk menjaga 5 perkara yang dituntut oleh agama.

Itu juga antara matlamat sebuah kerajaan yang memerintah dan maqasid kepada syariah itu sendiri.
“Agama itu asas, pemerintah adalah pengawalnya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penjaga akan hilang".

Pemimpin itu hendaklah diganti dan tidak layak untum memimpin apabila gagal menjaga 5 amanah asas kepimpinan itu. Pertamanya adalah menjaga Agama serta rakyat supaya menghindari murtad. Sebab itu adanya kaedah hukum murtad didalam syariah Islam. Keduanya menjaga akal agar sempurna dan waras serta menjauhi orang yang dijaganya supaya tidak rosak. Kerana itu dilarang meminum arak. Ketiganya tuntutan menjaga zuriat dan keturunan supaya tidak rosak dan bercelaru keturunan mereka dengan anak luar nikah. Lalu adanya larangan dan hukum zina. Keempatnya amanah demi menjaga nyawa supaya jang membunuh nyawa dengan cara yang tak sebenar maka diadakan hukum qisas dan terakhir kewajipan pemimpin menjaga harta rakyat agar negara menjadi aman serta tiadanya penipuan, rasuah dan kecurian. Kerana itu diadakan hukum hudud demi menyelamatkan manusia daripada kecurian dan sebagainya.

Sejak merdeka.. nampaknya kecurian dan penyelewengan menjadi-jadi bahkan pimpinan Negara yang diterajui oleh Umno-BN sendiri merupakan pengamal tegar rasuah dan perompak harta mahsul negara. Kejadian bunuh berlaku setiap hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya bahkan pemimpin dan pihak penguasa sendiri yang terlibat dengan kerja mengambil nyawa rakyat. Anak luar nikah melebihi 300k orang yang telah didaftarkan sebagai bukti kerosakan nilai dan zuriat anak-anak kita. Rakyat Malaysia menghabiskan lebih daripada 1 billion untuk arak dan minuman keras. Bahkan anak-anak muda dikhayalkan dengan hiburan siang dan malam serta kegagalan pemerintah untuk membenteras dadah sekian lama yang merupakan punca kerosakan akal dan akhlak rakyat. Manakala isu murtad tiada penyelesaian sehingga ke hari ini.

Bahkan amat menyedihkan apabila menteri yang menjaga hal ehwal agama dengan sardin memberi jawapan tanpa ada tindakan apa-apa. Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Ianya berdasarkan kepada pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri, Er Teck Hwa di parlimen kelmarin yang berbunyi: "Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad.

Jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan." Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri. jumlah yang meninggalkan Islam adalah 135 orang.

Itu yang didaftarkan, bagaimana yang murtad secara diam-diam. Tanpa permohonan dan peristiharan. Bagaimana pula dengan angka yang didakwa oleh mufti Perak yang mencecah 100K orang yang telah murtad.

Umno-BN sudah gagal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dari segi syara’ sendiri. Sudah sewajarnya mereka berundur dan Pas adalah harapan ummah untuk melaksanakan tugas ini. Ceraikan Umno-BN dari kerusi memerintah yang sudah menjadi agen perosak ummah. Selaga lama kuasa ada ditangan mereka selagi banyak kerosakan yang dibuat. Buruk ikan bermula dari kepala apatah lagi pengakuan Dr Mahathir sendiri bahawa rosak Umno sudah sampai ke usus.

Apa lagi yang rakyat tunggu? Umno sudah tidak boleh dibaiki dan diselamatkan. Biarlah ia ditenggelamkan pada Pru-13 nanti. Kita bina Malaysia baru yang lebih menjaminkan kebajikan dan kesejahteraan buat rakyat. Islam adalah penyelamat!



Oleh Ustaz Saiful Bahri

No comments:

Post a Comment