ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 June 2011

kerja lahanat pandi kutty Najib dan kroni...ISU VIDEO SEKS TIDAK JUGA SELESAI ...KONTRAK KPN TETAP DISAMBUNG



Tiga benatang peliharaan UMNO...kenapa nak marah kalau orang tuduh UMNO terlibat...cuba pergi cek...tgk benatang 3 ekor nie ahli UMNO ke tidak....tak kan UMNO tak mau bertanggungjawab tindak tanduk ahli lahabaunya...atau 100% memang terlibat dengan skandal ini...

SEMENJAK Trio Datuk 'T" membuat pengakuan terbuka dan disiarkan melalui seluruh media perdana di negara ini bahawa mereka terlibat menayangkan video seks (lucah) bertempat di Seri Carcosa, sehingga kini mereka masih tidak didakwa di atas kesalahan tersebut.

Apa yang berlaku, video seks tersebut terus disiarkan melalui TV dan akhbar, diulas panjang lebar oleh beberapa orang termasuk pemimpin Umno. Trio Datuk 'T' bebas malahan mendapat `kawalan istimewa' dari pihak berkuasa apabila trio berkenaan ingin melakukan amalan khurafat di dalam masjid iaitu bersumpah kununnya DS Anwar adalah pelaku di dalam video berkenaan. Mereka memang kebal dari segi undang-undang mungkin kerana mereka mempunyai `baju besi kalis peluru'.

Selama ini kita sangka pihak berkuasa kita tersangat cekap, maklumlah sehelai `bulu' DS Anwar mereka boleh jumpa. Malangnya, kita tersilap sangka kerana sehingga kini isu video seks tidak selesai. Video seks yang dikatakan hanya ada satu salinan yang asal yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa, tiba-tiba dimuat turun melalui internet dan kini bercambah edarannya ke peti-peti surat rumah orang sehingga ke pintu masjid.

Apabila melihat situasi ini, kita merasa seolah-olah negara kita tiada pihak yang berkuasa atau mereka sebenarnya tidak cekap. Jika video seks yang melibatkan pemimpin MCA dahulu, sepantas kilat mereka boleh bertindak tetapi kali ini berbeza. Mereka sibuk mengistiharkan tulennya video seks berkenaan tetapi trio yang menayangkan video seks tersebut masih bebas. Apakah tulen atau tidak video lucah ini boleh menjadikan tayangan video lucah itu halal?

Terbaru, timbul pula video yang kununnya melibatkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Jawapan pihak berkenaan tetap sama iaitu masih disiasat. Mungkin dalam kes video Mat Sabu ini lebih lama untuk di selesaikan kerana akan diuji juga tulen atau tidak video berkenaan. Kalau kes video seks Seri Carcosa pun masih belum selesai, mana mungkin kes yang kununnya melibatkan Mat Sabu akan selesai segera.

Sukar sangatkah untuk menangkap dan mendakwa trio yang sudah mengaku menayangkan video seks ini? Perlukah siasatan dibuat setelah mereka mengaku? Rakyat tertanya di peringkat awal, mengapa tidak ditangkap trio yang mengaku menjadi penyiar video tidak bermaruah ini sebelum pelaku di dalam video berkenaan disiasat. Dakwa dahulu yang menayang dan mengedar video lucah tersebut, kemudian terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengesan pelaku di dalam video berkenaan.

Apabila rakyat menuduh Umno terlibat, pemimpin Umno marah kerana mereka kununnya tidak tahu menahu di dalam video seks berkenaan. Jika benar begitu, adakah pemimpin Umno sebagai tunjang kerajaan juga tidak tahu menahu bahawa menayangkan dan mengedar video lucah adalah satu kesalahan? Tidak boleh kita bayangkan jika video berkenaan melibatkan Najib atau Muhyiddin. Tentu sekali tidak sampai satu jam selepas video itu ditayang, pasti ada yang telah dimasukkan ke dalam lokap.

Mungkin benar bak kata DS Anwar, apa jua yang melibatkan beliau pasti ada keistimewaan'nya berbanding dengan orang lain. Sebab itu kita tidak hairan apabila DS Anwar menyebut ini semua kerja `Pandi Kutti'. Memang benar pun.


sumber...WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment