ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 September 2009

Saya berkhidmat untuk rakyat ...???...ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk....!!!!!

Ramai yang bertanya, mengapa saya tidak mahu menjadi ahli politik. Saya cuba memberitahu orang-orang ini, saya bukan orang politik tetapi aktivis politik. Ramai yang nampaknya tidak tahu apakah perbezaannya. Saya cuba menerangkan semudah mungkin. Ahli politik meahukan kuasa. Aktivis politik mahukan perubahan. Saya mahukan perubahan, bukan kuasa. Jadi, saya seorang aktivis politik, bukan ahli politik.

Mungkin itu bukan cara yang tepat untuk menerangkannya tetapi mungkin ini dapat menjelaskan mengapa saya mahu menjadi aktivis politik, tetapi bukan ahli politik. Contoh yang biasa saya gunakan ialah perbandingan diantara Fidel Castro dan Che Guevara. Castro mahukan kuasa. Che hanya mahukan perubahan. Dan apabila mereka menjatuhkan kerajaan Cuba dan membentuk kerajaan baru, Castro menjadi pemimpin kerajaan sementara hanya selepas enam tahun didalam kerajaan, Che emmulakan satu lagi revolusi dinegara lain…dan ..mati.

Tak perlu berselindung. Ramai orang memilih untuk menyertai politik kerana inginkan kuasa…baik parti pemerintah ataupun pembangkang. Mereka bukan berada didalam politik untuk perubahan ataupun berkhidmat untuk rakyat. Semuanya adalah keinginan untuk berkuasa dan gila kuasa. Dan itulah sebabnya, amat susah untuk mengawal tingkahlaku ahli politik, termasuk mereka didalam pembangkang.

Ambil Selangor sebagai contoh. Sejak tahun 1999, sudah terdapat perebutan kuasa diantara dua orang anak Ali…Hasan Ali dan Azmin Ali. Satu dari Pas…satu dari PKR. Kedua-duanya merasakan parti mereka akan memenangi majoriti kerusi di Selangor..lantas kedua-duanya bercita-cita untuk menjadi Menteri besar. Kesudahannya, pembangkang tewas dan ‘ini ‘menyelesaikan’ masalah.

Itu yang berlaku 10 tahun dulu. Tetapi apabila pembangkang akhirya menang di Selangor dalam bulan Mac 2008, perebutan kuasa ini berulang. PKr memenangi jumlah kerusi terbanyak sementara DAP ditempat kedua. PAS ditempat terakhir dalam jumlah kerusi yang dimenangi.

Ini bermakna, Menteri Besar yang baru mesti datang dari PKR…bukan PAS. Oleh itu, persoalan sama ada Hasan Ali patut menjadi Menteri Besar tidak timbul, malah tidak perlu dibincangkan. Tiada sebab mengapa dia mesti menjadi Menteri Besar. Menteri Besar mesti datang dari PKR.

Tetapi sekiranya Anwar melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar, ini akan menjadikan Hasan Ali marah. Sebenarnya, Hasan Ali telah pun mengadakan perbincangan rahsia dengan Umno untuk mengkaji kemungkinan Umno dan PAS membentuk kerajaan baru dimana Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Ini bukan kerana Umno lebih baik dari PKR-DAP. Tetapi tentang apakah yang boleh menguntungkan Hasan Ali. Dengan PKR-DAP, Hasan Ali tidak mungkin akan menjadi menteri besar. Dengan Umno…boleh.

Tetapi pakatan PAS-Umno tidak dapat memberikan jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan. Mereka memerlukan beberapa kerusi lagi dan ini hanya dapat dilakukan sekiranya ada ADUN yang melompat dari PKR. Jadi, ianya tidak boleh dilakukan hanya diantara Pas dan Umno. Pakatan baru ini perlu dilakukan diantara Pas, Umno dan beberapa ADUN dari PKR. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka tidak dapat menarik ADUN dari PKR untuk melompat, rancangan itu terpaksa dibatalkan.

DAP merasakan ia akan mendapat kerusi terbanyak di Selangor. Masalah mungkin akan timbul kerana mereka tidak mempunyai ADUN dari kalangan orang Melayu. Bagaimana mereka mengisi jawatan Menteri Besar? Sebenarnya, ini juga berlaku di Perak. walaupun DAP memenangi jumlah kerusi terbanyak, mereka terpaksa memberikan jawatan tersebut kepada parti yang memenangi jumlah kerusi paling sedikit…PAS, dan pilihan itu mungkin terbaik memandangkan Nizar Jamaludin merupakan calon paling ideal.

DAP dapat menerima bahawa PKR memenangi jumlah kerusi terbanyak di Selangor, dan jawatan Menteri Besar perlu datang dari parti tersebut. Tetapi DAP memenangi jumlah kerusi kedua terbanyak, dan sepatutnya mereka diberikan jawatan Timbalan Menteri besar. Lagi pun, pembangkang menang di Selangor disebabkan undi bukan-Melayu dan bukan kerana undi Melayu. Melayu terpecah kepada dua…50-50. Undi bukan-Mayulah yang menyebabkan pembangkang menang di Selangor.

Tetapi ini menyebabkan berlaku lagi satu masalah. Pertama, memang benar Selangor dimenangi dengan undi bukan-Melayu dan undi Melayu 50-50. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Tetapi ini juga bermakna, sokongan orang-orang melayu menjadi runcing. Umno sudah pun mencanangkan bahawa orang Cina menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Sekiranya jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan di selangor, maka pembangkang akan masuk keperangkap Umno. PEmbangkang sebenarnya membantu Umno membuktikan bahawa Selangor juga sudah jatuh dibawah penguasaan Cina dan retorik Umno itu sebenarnya fakta yang tidak dapat dinafikan.

Ini bukan cerita tentang pembangkang tidak mahukan orang Cina menjadi Timbalan Menteri besar selangor. Ianya adalah satu pertimbangan yang teliti untuk tidak memberikan peluang kepada Umno mengeksploit perasaan orang Melayu seperti mana perancangan mereka memainkan sentimen perkauman. Umno mencanangkan bahawa 8 Mac 2008 adalah ulangtayang kepada pilihanraya 11 May 1969.Untuk itu, Umno mengatakan bahawa mereka memerlukan ‘penyelesaian’ 13 Mei 1969 untuk menyelesaikan masalah. Ingat tentang ‘penyelesaian terakhir’ Hitler?

Adalah penting bagi pembangkang untuk tidak membenarkan Umno menggunakan hujah bahawa Selangor telah ‘jatuh’ ketangan Cina. Umno telahpun menggunakan hujah ini tentang Perak dan Selangor. Dan Selangor merupakan negeri terpenting diantara tiga negeri ini yang menyumbang lebih daripada separuh ekonomi negara.

Masalah kedua ialah masalah dalaman DAP sendiri. DAP selangor terbahagi kepada beberapa puak, semuanya berseteru diantara satu sama lain. Jadi, siapakah yang akan menjadi Timbalan Menteri Besar sekiranya pembangkang berani menongkah arus dan melantik seorang Cina dari DAP menjadi Timbalan Menteri Besar? Ada dikalangan mereka dalam DAP telah pun bersedia untuk memprotes sekiranya ada dikalangan puak yang lain dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar. DAP Selangor akan berpecah, malah sebahagiannya mungkin akan keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas…seperti ADUN DAP perempuan dari Perak.

Jika sekiranya tiada dariDAP yang dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Besar,semua orang akan gembira. Tak mengapa kalau aku tak dapat, kalau orang lain pun tak dapat. Tetapi sekiranya seseorang dilantik dari satu-satu puak, maka puak yang lain akan memprotes.

Dan itulah sebabnya mengapa Anwar membuat keputusan untuk melantik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Kahlid bukanlah calon pilihan utama. Setengah orang merasakan, dia merupakan pilihan terakhir. Setengah orang merasakan Azmin Ali lebih baik. Saya juga berfikir begitu. Tetapi sekiranya Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar, maka Hasan Ali sudah pasti akan merajuk dan akan menimbangkan secara serius cadangan Umno untuk membentuk kerajaan PAS-Umno di Selangor.

Hasan Ali bersikap tidak realistik. Memang Umno sentiasa cuba untuk memikat beliau. Walaubagaimanapun, Umno mahukan Hasan Ali bukan kerana Hasan Ali seorang yang fantastik tetapi mereka tahu bahawa Hasan Ali mengidamkan jawatan Menteri Besar. Lantas mereka mengumpan Hasan Ali dengan jawatan Menteri besar, dan memerhatikan Hasan Ali terkebil-kebil. Sebaik saja hajat mereka tercapai, mereka akan memasuki fasa 2 perancangan mereka. Dan Fasa 2 ialah bagaimana untuk menyingkirkan Hasan Ali.

Sebenarnya, tidak susah untuk ‘membunuh’ Hasan Ali sekiranya dia bersekongkol dengan Umno. Umno tahu bahawa Sultan Selangor tidak sukakan Hasan Ali. dan saya mendapat pengesahan dari sumber istana.Jadi, apa yang diperlukan ialah mengumumkan bahawa PAS dan Umno akan membentuk kerajaan baru Selangor dan memohon untuk mengadap Sultan. Oleh kerana Umno dan PAS…dengan beberapa ADUN Bebas dari PKR/DAP yang mereka harapkan…sekarang menguasai jumlah kerusi terbanyak di Selangor, Sultan tidak mempunyai pilihan dan akan membenarkan kerajaan baru ditubuhkan.

Walaubagaimanapun, biarpun Sultan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bersetuju dengan pembentukan kerajaan PAS-Umno, tidak semestinya dia juga perlu bersetuju bahawa Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Dan sebenarnya, baginda tidak akan bersetuju. Umno hanya perlu mengatakan, bahawa mereka bersetuju…tapi Sultan tak setuju! Sorry brader..Hasan Ali tak boleh jadi Menteri Besar. Calonnya mestilah dari Umno.

Hasan Ali boleh di’tembak’ sementara masih diatas landasan ataupun sebelum berlepas. Ingat Pearl harbour dan apa yang dibuat oleh tentera Jepun terhadap Amerika? Hasan Ali akan menjadi Pearl Harbour ditangan Umno dan dengan bantuan Sultan.

Tidak susah untuk memahami mengapa terlalu banyak kemelut didalam Pakatan Rakyat selangor. Bukan saja PKR, DAP dan PAS yang cuba membelit pihak lain. Malah didalam PKR, DAP dan PAS sendiri terlalu banyak puak dan setiap satu cuba menyingkir puak yang lain.

Kita mempunyai perang antara-parti dan juga perang dalaman parti. Dan semuanya kerana tiada siapa yang berminat untuk membawa perubahan ataupun berkhidmat untuk rakyat. Mereka hanya berminat untuk merebut kuasa kerana memang itulah yang diidamkan oleh ahli politik.

oleh itu, kita sebagai rakyat, perlu memerhatikan mereka. Kalau sudah gila kuasa, mereka akan lupa bahawa rakyat lah yang meletakkan mereka disana Mereka akan lupa bahawasanya mereka sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Mereka akan menjadi seperti Barisan Nasional yang merasakan bahawa rakyat adalah hamba dan mereka adalah tuan.

Jangan sesekali percaya kepada ahli politik. Mereka akan mempergunakan kita untuk kepentingan mereka. Dan kemudian mereka akan melupakan kita dan menggadaikan amanah yang kita berikan. Dan itulah sebabnya mengapa sebahagian daripada kita perlu kekal sebagai aktivis politik dan tidak menjadi ahli politik. Ini untuk membolehkan kita menghentam ahli politik apabila mereka lupa diri, sebaik saja mereka menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan baru.

(Artikel ini adalah terjemahan oleh MSK daripada artikel asal tulisan Raja Petra, Me serve the rakyat? Nah! yang disiarkan dalam Malaysia Today

No comments:

Post a Comment