ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 September 2009

SIS PERMAINKAN ISLAM....SIS fail permohonan tangguh laksana hukuman KE ATAS KARTIKA...

Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Dr. Hamidah menambah, SIS mahu pihak berkuasa menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika sehingga kesemua ruang perundangan dan ruang-ruang lain yang berkaitan dilalui.

"Memandangkan kes Kartika telah mencetuskan keprihatinan awam, di peringkat tempatan dan antarabangsa, desakan agar hukuman dijalankan ketika ruang perundangan untuk dikaji semula dan diberikan penjelasan belum lagi digunakan sepenuhnya, menunjukkan sikap tidak mengendahkan yang mendalam terhadap kepentingan awam dan antarabangsa," kata beliau lagi.

SIS mengambil tindakan itu dua hari selepas Kartika memberi notis undang-undang agar beliau tidak diganggu berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan.

"SIS difahamkan daripada laporan beberapa akhbar bahawa Ketua Hakim Syarie Pahang juga telah memfailkan permohonan dikaji semula hukuman ke atas Kartika.

"Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan rasmi.

"Jika benar proses ini, kami terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang hari ini (semalam) tentang pendiriannya mahu melaksanakan hukuman ke atas Kartika dan akan berbuat demikian tanpa notis lebih awal," kata beliau lagi.

Dalam kenyataannya Rabu lalu, Kartika yang reda dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin berkata, terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya dan keluarga sejak kebelakangan ini.

Malah kata Kartika, perkembangan itu telah mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.

Kartika juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini.

Beliau juga telah melantik peguam sivil dan syarie dari firma guaman Tetuan Adham & Associate di Ipoh bagi menjaga kepentingan beliau dan keluarganya.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus pada 24 Ogos lalu bagi bagi menghormati bulan Ramadan.

mstar


penyapu sial


dari dulu fungsi SIS banyak yang bercanggah dengan islam...pertubuhan haram ini sepatutnya tidak menggunakan nama islam..selagi keperibadian, kegiatan atau aktiviti ahli pertubuhan ini bercanggah dengan islam...tgk aje pengerusi yang tak bertudung kepala aka ada yang tak menutup aurat mencermin kan niat sebenar modus operandi pertubuhan ini di tubuhkan...tak lebih memperjuang kepentingan agenda politik parti barisan najis yang memerintah sambil memperlekehkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini...tok sah cita hukum hudud yg lain lain yg depa tentang...yang ini pun walau tak islamik sepenuhnya hukuman sebat ke atas kartika...di tentang...dgn alasan nak di kaji...kalau nak kaji buat hukum islam yg betul2 tak pe lah jugak...ni nak kaji bior ikut citarase sendiri...kepala lembu punya otak....seolah olah hukuman itu pulak di katakan zalim dan boleh di tukaq dengan duit....

nasihat aku lah....tok sah lah nak jadi heroin nak berlagak kunun menuntut keadilan atas nama islam...kalau diri sendiri pun tak betul...tukaq aje nama...SISTER IN SATAN lagi baik...!!!!

No comments:

Post a Comment