ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 September 2009

gaduh 1 kuali...samy pulak baling senduk ke muka che det

Samy Vellu: Masa menang, saya dianggap 'aset'


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata ketika BN mencapai kemenangan, beliau dianggap sebagai satu 'aset' kepada BN.

Ahli politik berusia 73 tahun itu menegaskan demikian sebagai menjawab kritikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang antara lain, melabelkan Samy Vellu sebagai'liabiliti' kepada BN.

Samy berkata, beliau sedih, kerana baru sekarang Dr Mahathir - yang mengekalkan beliau dalam kabinetnya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri - melabelkannya sebagai satu liabiliti, "tetapi bila BN menang (dalam pilihan raya umum), saya dianggap sebagai satu aset."

"Saya tidak terperanjat langsung dengan komennya (yang saya satu liabiliti). Tetapi saya rasa beliau enggan untuk memahami bahawa BN kalah (banyak kerusi) dalam pilihan raya umum lalu bukanlah kerana saya.

"Seorang (ahli politik) yang berpengalaman seperti beliau sepatutnya faham perkara itu," tambahnya.

Samy Vellu menyifatkan komen Dr Mahathir itu umpama memberitahu seorang isteri muda yang dia cantik dan menjadi satu aset, tetapi bila dia sudah tua, dia dianggap sebagai satu liabiliti.

Presiden MIC itu bagaimanapun berkata, Dr Mahathir berhak memberi pandangannya.

"Saya tidak tersinggung dengan komennya dan rasa hormat saya terhadap beliau tidak pernah padam," katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai rancangan persaraannya, Samy Vellu berkata beliau telahpun membincangkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lalu dan akan berpegang kepadanya.

Katanya, beliau telah membincangkan pelan persaraannya dengan perdana menteri Jun lalu.

"Saya telah berbincang secara terus terang dengan perdana menteri ketika saya menemuinya di Sarawak di mana saya memberitahunya mengenai pelan persaraan) saya.

"Saya akan berpegang kepada apa yang saya katakan kepada perdana menteri dan saya tidak akan mengubahnya (pelan saya)," katanya.

Beliau berkata Najib tahu mengenai rancangan persaraannya tetapi beliau nggan mengulas lanjut, sambil menyatakan ia adalah antara beliau dan pengerusi BN itu.

No comments:

Post a Comment