ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 September 2009

isu selcat salah satu projek haramjadah merampas kuasa barisan najis di Selangor

Isu Selcat Hanya Propaganda BN Porak-Perandakan Kredibiliti Pakatan Rakyat

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Kim menyifatkan isu perbicaraan awam Selcat yang digembar-gemburkan adalah propaganda Barisan Nasional.

Katanya, pendengaran awam yang dijalankan oleh Selcat adalah secara professional dan bukan untuk menyinggung perasaan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas.

"Mungkin ada unsur-unsur propaganda dalam perkara ini tetapi yang harus rakyat faham ialah bahawa cara kita mengedalikan Selcat ini adalah mengikut amalan dan piawai komanwel dan piawai yang dilakukan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat…seperti kita melihat kepada rakaman Selcat sendiri..tidak ada banyak beza, guna bahasa Malaysia dan Negara barat lain bahasa Inggeris," katanya.

Teng yang ditemui TVSelangor di pejabatnya hari ini juga menjelaskan, tiada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

"Saya rasa itu bukan masalah Pas dengan Dap, cuma individu tertentu sahaja, saya nampak tak ada masalah dalam hubungan dan kerjasama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat Selangor ini," katanya.

Katanya, kenyataan Dato Dr Hasan Ali hanyalah satu pandangan untuk menambahbaik perjalanan Selcat dan bukan untuk menjatuhkan Selcat.

Namun jelas Teng yang juga Speaker Dewan Negeri, isu ini sengaja di perbesarkan dan dipolitikkan pihak tertentu.

"Tidak ada masalah dalam Pakatan Rakyat dalam isu ini, cuma ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan perkara ini. Sebenarnya, Selcat ini harus dilihat dari segi perlembagaan, amalan palimen dan pentadbiran dan tidak harus dipolitikkan," katanya.

Teng turut menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Selangor, Khir Toyo yang mengatakan keanggotaan jawatankuasa dari kalangan ahli politik menyebabkan berlaku ketidakadilan dan pilih kasih dalam perbicaraan.

"Tiada soal pilih kasih kerana keanggotaannya terdiri daripada penyokong kerajaan dan juga pihak pembangkang, cuma ada anggota dari UMNO itu tidak berminat dari mula lagi, hanya hadir sebanyak 2 kali lebih daripada 15 kali menyuarat ynag diadakan oleh Selcat, tak ambil bahagian langsung, sekarang malu nak datang semula, dan megatakan keanggotaan tidak sesuai," jelas Teng.

Jelas Teng lagi, perbicaraan awam yang dijalankan ini adalah jauh lebih baik berbanding pemberian penyapu oleh Khir kepada pegawai kerajaan.

"Bagi Khir Toyo, saya kira Selcat ini jauh lebih baik daripada pemberian penyapu kepada pegawai, saya rasa cara bila kita menyoal itu tidak menjatuhkan martabat, cuma saya merasakan ada sesetengah pegawai yang disoalsiasat terkejut, tidak bersedia dalam perbicaraan Selcat, sebab itu mereka rasa kelam kabut dan merasa malu apabila tidak dapat memberi jawapan yang lengkap," katanya.

Teng turut menjelaskan keanggotaan ahli jawatankuasa pilihan ini mestilah dianggotai oleh ahli dewan.

"Sebenarnya kalau mengikut amalan, tak kira negara mana, jawatankuasa dewan mesti terdiri daripada ahli dewan sebab ia terdiri daripada ahli dewan sebab itu ia dipanggil jawatankuasa dewan, dan jawatankuasa ini mnempunyai tanggungjawab dan mandat daripada dewan untuk mencari fakta dan kemudian membuat laporan kepada dewan untuk dewan mendapat gambaran jelas tentang perjalanan sesuatu kawasan," katanya.

Terdahulu, isu Selcat hangat diperkatakan apabila Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato Dr Hasan Ali kononnya mempertikaikan Selcat sebagai membuli pegawai kerajaan kerana ada pegawai yang mendakwa mereka dilayan dengan cara yang tidak sewajarnya dan menjatuhkan semangat untuk bekerja.

Khir yang digantung tugas selama setahun hasil siasatan Selcat berhubung isu Balkis awal tahun ini, juga menyarankan agar perbicaraan awam Selcat tidak diteruskan kerana kononnya merendahkan martabat orang lain.

tv selangor

No comments:

Post a Comment