ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 September 2009

Jawa tempe botox ni Patut Disoalsiasat Selama 24 Jam


Satu Jam Untuk Satu Juta

SETELAH orang ramai terutamanya kalangan pembangkang kecewa dengan SPRM kerana lambat bertindak atas laporan yang dibuat ke atas bekas MB Selangor, Khir Toyo berhubung pembinaan banglonya, akhirnya semalam SPRM telah memanggil Khir untuk disoal siasat berhubung pembinaan banglo bernilai RM24 juta itu

Khir tiba di pejabat SPRM jam 8:30 pagi dan keluar jam 2:30 petang. Enam jam, apakah cukup bagi menjalankan siasatan untuk perkara sepenting itu? Jika hendak dikira dengan dakwaan (nilai Banglo) itu masa enam jam terlalu pendek. Mungkin siasatan dilakukan SPRM tidak sampai pun satu jam?

Muqadimah untuk memulakan siasatan mungkin mengambil masa satu jam. Barang kali ada pegawai SPRM yang bersimpati dengan kerjaya Khir Toyo (selepas Khir tak lagi jadi MB) menanyai pirhal politiknya.Tanya bagaimana keadaan Umno dan juga bertanya mengenai masa depan Khir Toyo dan kesihatan ayahnya, Toyo Endrikromo. Bertanya apakah perbezaan selepas tidak lagi hidup mewah seagai MB dan bagaimana ketika menjadi MB.

Atau mungkin juga ada pegawai SPRM yang bertanya mengenai penyapu yang Khir pernah hadiahkan kepada pegawai di Kuala Selangor dulu. Ke manakah perginya penyapu berkenaan dan apakah nasib malang yang menimpa Khir kini disebabkan badi penyapu itu?


Mungkin juga ada yang mengajukan pertanyaan berhubung dengan wajah Khir yang putih bersih apakah rahsianya. Apakah kerana Khir mengamalkan tempel atau memakan tapai ubi kayu. Atau ada yang meminta doa daripada Khir yang dibaca di sepanjang malam-malam lailatu qadar?

Mungkin juga ada yang bertanya soal anak isteri dan barulah masuk ke soal siasat berhubung banglo berkenaan. Mungkin sebelum soalan dimulakan, Khir dan pegawai SPRM bercerita dulu fasal kemeriahan puasa tahun ini dan dicampur dengan hal-hal lain sikit lagi semisalnya mengenai kematian Teoh Beng Hock. Mengenai perkemangan tazkirah di masjid di Selangor dan macam-macam lagi juga turut jadi bualan. Masa bebincang hal ini mungkin mengambl masa dua jam.

Dicampur dengan muqadimah satu jam tadi menjadi tiga jam. Masa tersisa hanya tiga jam lagi. Tolak batuk, berdaham, perbetulkan kerusi dan mencari kertas atau pen atau proses membuka laptop untuk merakam percakapan dan sebagainya, tinggallah dua jam. Dua jam sahaja Khir menjawab persoalan SPRM?

Kalaulah bayangkan ini benar bermakna pemergian Khir ke SPRM itu hanya untuk mengabui mata pihak yang melaporkan sahaja. Dipanggil untuk ambil hati saja. Logiknya, banglo begitu besar takkanlah hanya lapan jam sahaja proses soal siasat dijalankan. Nak jelas berapa beg simen dan jongkong digunakan untuk bina banglo itu pun dah ambil masa 45 minit. Jika diukur dengan nilai banglo itu Khir patut disoal siasat dua hari tiga malam dan dijalankan tanpa henti. Manakala pegawai yang perlu menjalankan siasatan pula tidak kurang 25 orang. Sebab apa, sebab dia bekas menteri besar!

Apa lagi ssiatan selama dikatakan enam jam itu dicampur sekali dengan soal siasat berhubung wang tajaan RM1 juta untuk lawatan ke Taman Tema Disney Orlando di Paris. Kenapa campur sekali. Sepatutnya siasatan itu diasingankan. Untuk siasata kes banglo satu masa khusus, mengenai wang tajaan itu pula satu masa khusus barulah soal siat detail dan lengkap.

Diharap pihak SPRM dapat menjelaskan secara mendalam proses soal siasat itu dijalankan bagi memuaskan hati semua pihak. Kalau Khir hanya dipanggil atas alasan untuk mengabui mata pihak yang membuat laporan baik tidak usah panggil kerana ia menambahkan lagi tohmahan umum ke atas ketelusan SPRM yang kini sudah mulai diragui dan makin diragui terutamanya bila membabitkan laporan dibuat pembangkang dan juga laporan ke atas pembangkang yang disiasat seperti kilat.

detikdaily

No comments:

Post a Comment