ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 September 2009

mau tipu...sendiri cipta hantu....sendiri pula kata tiada hantu....

SPR sahkan tiada 'pengundi hantu'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan tidak wujud 'pengundi hantu' pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana semakan yang berterusan telah dibuat terhadap daftar pengundi sedia ada.

Sehubungan itu, Pengarah SPR Negeri Sembilan, Abd. Latif Baba meminta orang ramai tidak mempertikaikan ketelusan suruhanjaya tersebut dalam mengendalikan pilihan raya itu.

''SPR akan sentiasa melakukan pemantauan serius dan mahu memastikan proses pilihan raya berkenaan berjalan dengan baik dan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, SPR juga akan menguruskan undi pos pada 7 Oktober ini membabitkan 4,604 pengundi yang telah berdaftar.

''Bagi pengundian biasa pada 11 Oktober ini, SPR telah menyediakan lapan kawasan peti undi dengan melibatkan 18 saluran. Ia akan melibatkan 9,060 pengundi yang telah berdaftar," tegas beliau.

Abd. Latif menjelaskan, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan digunakan untuk proses penamaan calon 3 Oktober ini dan beliau berharap semua calon yang berhasrat bertanding dapat datang tepat pada masa yang ditetapkan.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Mengenai tempoh berkempen dari 3 hingga 10 Oktober ini, Abd. Latif menasihatkan semua calon dan parti yang bertanding mengamalkan sikap berhemah selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR.

''Jangan buat kecoh dan timbulkan kekacauan sepanjang tempoh berkempen. Saya mahu menasihatkan semua yang terlibat supaya tidak berkempen pada hari pembuangan undi iaitu 11 Oktober ini," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan pengundi di kawasan Bagan Pinang tidak terpedaya dengan khabar angin yang boleh mencetuskan kebimbangan.

''SPR mahu memastikan pilihan raya kecil ini berjalan dengan baik dan lancar. Ikutlah arahan pihak berkuasa supaya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini," ujar Abd. Latif.

Dalam perkembangan berkaitan, Abd. Latif menjelaskan, sehingga hari ini cuma UMNO yang telah mengambil borang untuk tujuan penamaan calon manakala Pas belum berbuat demikian begitu juga calon Bebas.


utusan meloya



penyapu sial


hantu menjadi wakil posmen  tak mau cerita ka...!!!..apa enakmen yang hang pakai ni...????

No comments:

Post a Comment