ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 September 2009

saifool liwat ....skrip baru atau ingin bertaubat....tepuk dada tanya iman...!!















Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau....mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau.

Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci". Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful. Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.




















Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk".

Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku.

Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya. Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya.



Inilah dia rakaman video skrip terbaru yang disiapkan oleh Saiful itu

Apa yang jelas, bagi puak-puak UMNO mereka akan bertambah yakin dan bersemangat bahawa Saiful dipihak yang benar dan memang mangsa liwat Anwar. Namun, bagi mereka yang bijak melihat permainan Saiful ini maka kita yakin kehadiran Saiful ke Masjid Wilayah itu tidak lain tidak bukan untuk menunjuk-nunjuk dan membuktikan beliau dipihak yang benar.

Tambah menarik skrip terbaru ini terus disiarkan didalam blog peribadinya.

Apapun, jika benar Saiful sudah insaf maka kita amat berbangga dengan beliau. Namun, beliau harus membersihkan pula nama orang yang difitnahnya terlebih dahulu. Jika tidak, sudah pasti rakyat tidak akan menerima keinsafan itu


sumber....pahangdaily

No comments:

Post a Comment