ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 September 2009

UMNO peralatkan Hassan Ali and the gang untuk pecah belahkan PR dan meneruskan agenda jahat merampas kuasa

Mengapa UMNO Galak Sangat Mempertahankan Hasan Ali?

Dalam isu SELCAT baru-baru ni, nampaknya yang begitu bersemangat pertahan kenyataan Hasan Ali adalah UMNO. Di kala kenyataan dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP mahupun PAS mengkritik keras Hasan Ali, nampaknya pimpinan2 UMNO begitu galak sekali mempertahankan Hasan Ali.


Pimpinan UMNO yang pertama mempertahankan Hasan Ali adalah Datuk Dr. Maamor Othman yang juga SU Agung, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau pandai mengelat dengan mengeluarkan kenyataan di atas platform PPIM. Beliau sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan di atas platform beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Ampang.

Dr Maamor, telah meminta supaya SELCAT mencontohi prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah:

PPIM: Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm -Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.
Sedarkah Dr Maamor bahawa prosiding di PAC tidak jauh panasnya berbanding dengan prosiding SELCAT. Mengikut maklumat yang saya dapati, hanya PM dan TPM sahaja yang belum dipanggil mengadap prosiding PAC di Parlimen? Boleh dikatakan semua ketua2 jabatan telahpun mengadap PAC dalam sejarah PAC.

Saya nak Tanya Dr. Maamor, ketua Bahagian UMNO Ampang, apa kurangnya SELCAT berbanding PAC di Parlimen yang SELCAT terpaksa mengikut contoh PAC? Apa yang SELCAT sedang lakukan segalanya selari dan mengikut contoh PAC di Parlimen tanpa ada satu cacat ataupun cela.

Jelas Dr Maamor bersuara kerana takut rahsia UMNO terbongkar. Setakat ini prosiding SELCAT telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sebagai SU PPIM, saya hairan mengapa Dr Maamor tidak bersuara bila Najib Tun Razak luluskan 10 lesen judi sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak bersuara apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat tanpa dibawa 4 saksi yang adil? Kenapa tidak bersuara bila ada 3 orang Melayu/Islam yang duduk di Lembaga Pengarah Calrberg?

Jelas Dr Maamor melacurkan NGO beliau bernama PPIM untuk kepentingan UMNO.
Selepas itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Noh Omar, juga bersuara menyokong Hasan Ali dalam isu SELCAT ini. Takut sangat ke Noh Omar? Saya nak tanya Noh Omar, apa yang beliau takutkan sangat berkaitan dengan SELCAT ini?

Kudis2 dan Busung2 UMNO Semakin Lama Semakin Terdedah

Semua ini menunjukkan betapa UMNO sedang berpeluh dan dalam ketakutan yang amat sangat. Setelah pendedahan berkenaan Khir Toyo yang dan bini Khir Toyo sebelum ini, UMNO semakin tidak popular dan apa-apa sokongan yang mereka dapati sebelum ini pun, sudah semakin terhakis.

Dengan berlangsung lagi SELCAT bermaksud lagi banyak kudis-kudis dan busung-busung UMNO akan terdedah. Sekarang pun orang ramai sudah mulai tahu betapa UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka sedangkan rakyat di bawah memerlukan sangat wang tersebut untuk mengurangkan beban hidup yang semakin berat.
Imej UMNO yang korup tidak mungkin dapat dihilangkan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang sekiranya pendedahan2 yang dilakukan oleh SELCAT ini diteruskan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Hasil dari prosiding SELCAT ini akan terus menguatkan imej UMNO sebagai parti korup dan UMNO tidak mungkin membuat rakyat melupakan hakikat ini. UMNO memerlukan rakyat Malaysia melupakan bahawa UMNO adalah parti korup kalau mereka mahu memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Dan apa yang berlaku di Selangor akan mempunyai kesan ke seluruh Malaysia. Walaupun UMNO Selangor yang melakukan korupsi, tapi bala dan bahana akan dirasai oleh UMNO seluruh negara.

Itulah sebabnya UMNO takut akan prosiding SELCAT ini. Dan yang lebih menyedihkan Hasan Ali bertindak melindungi kepentingan UMNO, bukannya kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat. Prosiding SELCAT ini menguntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO, namun Hasan Ali mahu membela UMNO.

Tulang Besi


penyapu sial

nampaknya Hassan Ali dah bersemangat nak jadi barua UMNO....boleh lah ajak sekali juak juak pecacai fraksi UMNO dlm PAS join dengan kelab UMNO haramjadah.

aku cadangkan Hasan Ali mengisi borang keahlian UMNO sebagai wakil kepada proksi2 UMNO dalam PAS. Lepas tu Cikgu Pa dan proksi-proksi lain boleh dapat talian komunikasi yang lebeh kukuh dengan UMNO..

orait tak saranan aku...!!!!!!..nampak UMNO dah hampir berjaya menanam periuk api yahudi laknat dalam PAS dan juga PR...jadi makluk2 perosak rakyat ini wajib di perangi sampai ke lobang cacing

No comments:

Post a Comment