ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 September 2009

Islam Tercemar Parah Di Bawah UMNO BN




Majoriti Pengundi N31 adalah beragama Islam dan tiada sebab mengapa mereka akan menolak Pas, malah mereka akan menyokong Pas 100% kerana fakta sejarah. Menurut sejarah, Negeri Sembilan ialah antara negeri yang terawal menerima kedatangan syariat Islam di Tanah melayu. Bermula di Sungai Ujong antara tahun 1459 hingga 1477, Negeri Sembilan telah melahirkan ramai tokoh-tokoh agama yang berwibawa dan Islam sentiasa terpelihara di bumi adat pepatih ini.

Tentu ramai yang masih mengingati Sheikh Haji Jamaluddin Bin Hj Idris yang lebih dikenali dengan gelaran Sheikh Idin yang bersaudara dengan Sheikh Taha di Penajis, Rembau? Beliau bukan sekadar bertanggungjawab membanteras masalah buta huruf di kalangan penduduk setempat malah turut mendidik dan melahirkan tokoh ilmuan tempatan termasuk anaknya sendiri Haji Mohd Said, anak saudaranya Lebai Abbas dan Haji Mustafa.

Tentu jasa menubuhkan Sekolah Melayu di Linggi pada tahun 1880-an oleh Cikgu Abbas atau Lebai Abas Bin Zakaria yang berketurunan Dato' Muda Linggi tidak akan dilupakan seluruh rakyat Negeri Sembilan. Beliau yang amat terkenal dengan sifat rendah diri mengabdikan sepanjang usianya mengajar dan memertabatkan islam khususnya di Luak Sungai Ujong.

Siapa yang mengenali anak kelahiran Kampong Siliau, Rantau, Tuan Haji Ali Bin Musa yang berpendidikan di Pondok Rasah, Seremban dan Pokok Sena, Kedah yang begitu aktif memperkembangkan syariat islam dengan menjadi guru agama serta imam yang tersohor.

Namun begitu, selepas lebih 50 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Islam tidak dimertabat seperti sebelum ini. Dasar BN yang lebih mengutamakan keuntungan tanpa mengira halah atau haram telah meletakkan agama ditangga terbawah sehinggakan kemampuan untuk menjalankan hukuman terhadap pesalah meminum arak pun mereka tidak termampu dan tidak tahu melakukan. malang sungguh Umno.

Kejahilan Umno terhadap tuntutan agama semakin jelas dengan melantik umat islam sebagai lembaga pengarah beberapa syarikat arak dan judi amat memalukan. Islam semakin parah dibawah pemerintahan Umno dan BN. Inilah peluang sebaiknya untuk pengundi dan Bagan Pinang melakukan perubahan sebelum islam menjadi lebih parah lagi dikerjakan UMNOBN.

[sinarhairan]

No comments:

Post a Comment