ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 September 2009

80% golongan muda tidak sokong BN - Daim

(Harakah) - 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.

Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.

"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.

Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.
Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya.


penyapu sial

Menurut Daim, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya. "Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Ish, ish Daim....hang masih belum diam lagi?

Politik uang ni, mula dari siapa? Halim Saad, Tajuddin Ramli, Rashid Hussain, ini semua, siapa punya machai?

Piratisation - siapa punya brainchild?

Siapa yg sapu duit minyak T'ganu by terming it "Wang Ehsan"?

Ya, memang Mahathir lah yg patut memikul tanggungjawab mutlak terhadap segala gejala korupsi di Malaysia sejak lebih 2 dekad yg lampau. Tapi, you jgnlah pura-pura buat tak tau.....kan you also the "brains" behind the scam....??..

After all, dari mana you dapat so much duit to play the stock market for "pocket money"?

Dah lu tu Daim - UMNO is on it a self-destructive path...saya tak akan membuang masa to shed tears on its impending doom & departure.

Cakap-cakap Daim adalah tidak lebih dari cakap-cakap seorang perompak yang mengatakan perbuatan mencuri itu berdosa.

Adalah lebih afdal ditanyakan kepada Daim tentang bagaimana hendak menipu rakyat. Daim memang cukup berilmu dalam hal tipu menipu.

Daim,kamu dah salah,rakyat Pulau Pinang amat "satisfied" dengan prestasi PR di negeri ini.Kami tidak harap apa apa dari PR di Pulau Pinang,mereka boleh tidur pun tak apa asalkan rasuah tidak berlaku di sini.

UMNO/BN adalah party yang korup,tak guna langsung dan rakyat dah mengangap BN sebagai "reject".Kami mau PR sebagai kerajaan bahry Malaysia dan kamu Daim boleh pi mampus kami tak kesah !

No comments:

Post a Comment