ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 September 2009

Buktikanlah Tahap Ketololan Anda Kepada Dunia Dengan Mengudi Isa!!

Memang sudah jadi fitrah manusia suka bikin gempaq. Ada yang bikin
gempaq dengan mencipta pelbagai rekod untuk kebaikan manusia sejagat
seperti mencipta telefon, wireless, televisyen, kereta, kapalterbang,
komputer, atau penemuan-penemuan baru di bidang perubatan dan
teknologi untuk kesejahteraan manusia. Ada pula yang bikin gempaq
dengan mencipta rekod-rekod pelik yang tidak berfaedah kepada orang
lain seperti makan berkilo-kilo cacing, tinggal berhari-hari dengan
binatang berbisa, berjalan telanjang bulat di tengah laluan sibuk,
berjalan secara mengundur mengelilingi dunia dan macam-macam lagi.

Kelmarin satu lagi rekod pelik telah dicipta di dunia. Yang
membanggakan kita ialah rekod pelik itu dicipta di Malaysia. Dan yang
lebih menjadi kita terpegun kerana rekod pelik ini dicipta oleh Umno,
sebuah parti yang menunjangi BN yang memerintah negara.

Rekod pelik yang dicipta Umno itu ialah pemilihan Isa Samad - tokoh
penyogok politik wang @ rasuah sebagai calon BN Bagan Pinang. Yang
peliknya ialah ketika dunia memandang hina kepada korupsi, ketika
indeks persepsi rasuah Malaysia merudum dari anak tangga ke-43 pada
tahun 2007 kepada 47 pada 2008, Umno pula memilih tokoh rasuah
sebagai calonnya!

Apa yang sebenarnya hendak dibuktikan oleh Umno dengan pemilihan tokoh
rasuah seperti Isa sebagai calon Bagan Pinang? Saya percaya Umno cuba
membuktikan kepada dunia bahawa tokoh rasuah pun boleh menang di
Malaysia, negara yang sudah terkenal dengan tahap rasuahnya yang
tinggi di dunia itu. Jika di sesetengah negara pernah berlaku tokoh
homosex, tokoh lesbian, tokoh filem bogel boleh menang dalam
pilihanraya, mengapa tokoh rasuah tidak boleh menang di negara
'Malaysia Boleh' ini?

Kepada pengundi Bagan Pinang, inilah saat terbaik untuk mereka
berjalan seiring dengan wawasan pemimpin besar kita untuk membuktikan
sesuatu kepada dunia. Cara anda membuktikan kehebatan minda tolol
kepada dunia mudah saja: undilah Isa Samad, tokoh rasuah itu, dalam
pilihanraya Bagan Pinang nanti. Buktikan kepada dunia bahawa kita
sentiasa menyanjungi rasuah sebagai budaya rakyat bagi mencapai
kejayaan wawasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 yang tinggal 8 tahun saja
lagi itu. Buktikan kepada dunia bahawa pengundi tolol seperti kita
boleh melakukan banyak perkara bodoh untuk menarik perhatian lensa
kamera wartawan luar negara!

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila ambil perhatian jangan sekali-kali
mengundi calon PAS, Haji Zulkefly Mohammad Omar, kerana dia terkenal
dengan sifat bersihnya. Calon bersih seperti yang diketengahkan oleh
PAS itu tidak layak menjadi wakil rakyat Bagan Pinang. Kemenangan
calon bersih sepertinya hanya akan menjejaskankan kedudukan dan
peluang negara Malaysia yang sedang berusaha keras meletakkan dirinya
dalam kelompok negara paling rasuah di dunia ini. Jika tahun lepas
negara ini berada di tangga ke-47 dalam indeks persepsi rasuah,
pemilihan calon rasuah seperti Isa sangat penting bagi memastikan kita
berada di tangga yang lebih teruk, sama ada di tangga 60 atau 70,
malah 100 pada tahun-tahun mendatang.

Justru, kepada pengundi Bagan Pinang, jangan lupa untuk memilih BN
dalam pilihanraya kecil yang bakal berlangsung nanti. Ingatlah satu
undi kepada Isa adalah satu bukti penting ketololan diri anda yang
perlu dipertontonkan untuk diketawakan oleh masyarakat Malaysia dan
dunia. Oleh itu, buktikan tahap ketololan, kepandiran dan kebodohan
diri anda dengan mengundi Isa dalam pilihanraya kecil itu nanti!!!

http://pendikargunung.blogspt.com

No comments:

Post a Comment