ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 September 2009

Bala kg Buah Pala....hanya tinggal kenangan





Tinggal kenangan... Begitulah perasaan Draviam Arul Pillay - penduduk tertua di Kampung Buah Pala - yang dilanda kepiluan yang amat sangat ketika menyaksikan rumahnya dirobohkan hari ini.


Dengan menggunakan penukul dan peralatan lain, pekerja syarikat pemaju, Nusmetro, meroboh rumah penduduk berusia 84 tahun itu - yang juga bapa kepada setiausaha persatuan penduduk, Joseph Stephen.

Penduduk lain turut bersama menyaksikan para pekerja merobohkan rumah keluarga Draviam dengan diawasi oleh anggota polis.

Anaknya, Thavamani, tidak dapat menahan air matanya sewaktu melihatkan kerja-kerja perobohan rumah keluarganya itu.

"Kami bina kampung ini... ianya milik kami. Kini mereka rampas tempat tinggal kami," kata Thavamani yang ditenangkan oleh anggota keluarganya.

Selepas merobohkan sebahagian rumah Draviam, pekerja berkenaan beralih ke rumah penolong setiausaha persatuan penduduk, C Tharmaraj.

Bagaimanapun, ibunya R Indrani, 62, mencetuskan kekecohan apabila dia mengancam untuk membakar dirinya ketika pekerja berkenaan sedang merobohkan pagar rumahnya.


Dia keluar dari rumah dengan membawa sebotol cecair yang dipercayai minyak tanah, dan menuangnya ke badannya.

Dia kemudiannya mengeluarkan mancis dan mengancam untuk menyalakan dirinya jika pekerja terbabit tidak beredar dari situ.

Melihat tindakan Indrani itu yang turut menjerit ke arah mereka, para pekerja berkenaan terus beredar dari situ.

Anaknya, Thanaselan menenang ibunya itu dan membawanya masuk ke dalam rumah.


mkini

No comments:

Post a Comment