ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 September 2009

Isu Kaum PENAN: Shahrizat Banyak Berdolak Dalik...!!!!


Jelas, berpandukan laporan Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes wanita dan gadis Penan dirogol telah tidak mengkhususkan peranan dan tindakan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan langkah-langkah bagi menjamin keselamatan wanita kaum Penan.

Wanita KEADILAN berasa amat hairan bagaimana seorang Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan wanita telah membisu dan beraksi tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan wanita kaum Penan yang sentiasa menghadapi risiko dicabuli kehormatan mereka oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan; yang sanggup merogol anak-anak semuda 10 tahun, dan ada yang dirogol berulangkali.

Sebaliknya, beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan kelekehan polis dan kepolisian PDRM Sarawak dalam memastikan perogolan wanita kaum Penan tidak berulang lagi sewenang-wenangnya dan dengan begitu mudah sekali.

Yang lebih menghairankan ialah kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, yang mendakwa bahawa beliau ragu kes rogol ke atas wanita Penan benar-benar berlaku dan kumpulan NGO telah mempengaruhi wanita-wanita Penan untuk mereka-reka cerita rogol berkenaan. Kes rogol yang dirujuk oleh Alfred Jabu adalah yang telah disahkan berlaku oleh Jawatankuasa Khas, yang diketuai oleh Shahrizat Abd Jalil, yang menyiasat kes rogol tersebut. Laporannya telah dihebahkan kepada dunia oleh Wanita KEADILAN sejurus setelah mendapatinya.

Kerajaan BN di Sarawak tidak langsung mewujudkan rasa selamat dan aman di hati rakyat Sarawak, khususnya kaum Penan. Kerajaan BN Sarawak tidak dapat menjamin dan memelihara keselamatan fizikal, mental, emosi dan jiwa rakyat Sarawak. Kerajaan BN Sarawak dilihat sentiasa menjamin keselamatan dan kesejahteraan taukeh-taukeh kaya seperti syarikat pembalakan yang mempunyai pekerja yang merogol anak gadis dan wanita Penan sesuka hati mereka.

Syarikat-syarikat balak ini dengan mudah menepis isu rogol terhadap wanita Penan sebagai bukan permasalahan mereka dan mereka tidak patut dipersalahkan. Ketandusan sifat kemanusiaan, apalagi untuk menganggap anak-anak gadis kaum Penan sebagai insan seperti juga anak-anak kandung taukeh balak itu sendiri, yang perlu dilindungi sebaik mungkin, tidak menapak di hati dan sanubari mereka yang hanya rakus mengaut keuntungan hasil pembalakan.

Kerajaan Sarawak pimpinan BN telah melahirkan para ahli perniagaan besar, dan Timbalan Menteri yang kekontangan nilai dan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang ditindas dan dicabuli kehormatan mereka.

Persekongkolan Sharizat Abdul Jalil dengan kedua mereka itu merupakan suatu malapetaka bagi rakyat jelata, khususnya kaum Penan di Sarawak.

*Kenyataan media ini dikeluarkan Hjh. Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Parti KEADILAN Rakyat, juga ahli parlimen Ampang, Selangor.-

MerdekaReview

No comments:

Post a Comment