ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 September 2009

Isu SELCAT : Hassan Ali bela kakitangan kerajaan pro UMNO dalam kerajaan Selangor...????

Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008

Ada orang dalam blog dan beberapa orang PAS yang saya kenal begiut galak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Dalam blog ini, antaranya adalah Anak Perelih yang mempertahankan tindakan Hasan Ali habis2an. Kepada Anak Perelih, saya nasihatkan, keluarlah dari PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi talam dua muka.

Hujjah mereka yang paling jitu itu adalah seperti yang dihujjahkan oleh Anak Perelih seperti dibawah:

" Delete
Blogger Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu.... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN... Pegawai daerah itu perlu diambil sebagai saksi untuk menyiasat dan menghukum ADUN BN... bukan mereka dihukum dengan memalukan mereka menerusi cara soalan soalan diutarakan... cuba baca ni....
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/selcathassan-ali-nampaknya-pakatan.html"

Jelas Anak Perelih ni tak kaji keputusan PRU 2008. Mungkin sebab dia asal Perelih, jadi dia tak tau apa yang berlaku di Selangor. Di Perelih, PAS Perelih cuma dapat 2 kerusi dari 15dan gagal memerintah. Baik Anak Perelih pegi nasihat PAS Perelih tentang bagaimana nak menang Perelih dulu. Berenti buat kacau kat negeri orang.

Hakikatnya adalah Melayu di Selangor cuma 50%. Dan pegawai2 Kerajaan di Selangor berjumlah 23k orang. Hakikatnya lagi, UMNO menang 19 kerusi DUN di mana kerusi2 tersebut semuanya majoriti Melayu (60% ke atas).

Sekiranya telah berlaku pemberontakan pegawai2 Kerajaan Selangor pada 2008, nescaya UMNO tidak akan mampu memenangi 19 kerusi DUN. Ini kerana bila kita banding dengan Terengganu pada 1999, di mana berlaku pemberontakan pegawai2 kerajaan, UMNO di Terengganu pada 1999 hanya menang 4 kerusi.

Dan dari prosiding2 SELCAT membuktikan pegawai2 kerajaan di Selangor dengan senang hati melepaskan wang rakyat berjumlah berjuta2 ringgit untuk membantu kempen UMNO dan BN sewaktu 2008.

Saya nak tanya Anak Perelih serta kesemua puak2 fraksi UMNO dalam PAS, apa bukti pegawai2 kerajaan di Selangor memberontak dan menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU 2008? Mana buktinya wahai pencacai UMNO dalam PAS sekelian?

Anak Perelih pegi masuk UMNO la. PAS tak perlu orang macam awak dalam PAS. NEgeri sendiri pun semput, jangan kacau negeri orang lain.

Hakikatnya, PR menang 36 kerusi dari 56 yang dipertandingkan hasil dari:

a. Pengundi2 CIna dan India
b. Pengundi2 Melayu Urban
c. Pengundi2 Pro PAS dan PKR yang tegar yang sememangnya kadar mereka tinggi berbanding negeri2 lain kerana Reformasi berlaku di Lembah Kelang pada 1997.

UMNO mendapat sokong padu dari pengundi Melayu kampung yang jelas telah berjaya "dibeli" dengan wang rakyat yang dilepaskan oleh para DO2 yang sekatang ini panas punggung sebab nak kena jelaskan kepada rakyat.

Sememangnya lah pegawai2 ni panas punggung sebab mereka telah membantu UMNO dengan sukarela sewaktu Pilihanraya 2008 lepas.

DAn hasan ali boleh sokong puak2 pengkhianat ni? Hasan Ali ni betul PAS atau dah jadi barua UMNO?

Kepada pencacai2 UMNO dalam PAS seperti Anak Perelih, berentilah bercakap kalau takda fakta. Kan dah malu sekarang ni? Betul tak.

Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO. MEreka pegawai2 senior dan mustahil UMNO akan menaikkan orang2 yang bukan kuat UMNO untuk memegang jawatan2 kanan dalam Kerajaan Negeri.

MUSTAHIL, MUSTAHIL, MUSTAHIL

Tulang Besi


penyapu sial

Exco didalam kerajaan selangor berani membuat kenyataan terbuka tanpa merujuk kepada MB.. kalau benar begitu...Pesuruhjaya PAS selangor tiada semangat untuk bermusyawarah dikalangan pimpinan selangor .Adakah ini contoh pemimpin yang kononnya memperjuangkan ISLAM.. ..

No comments:

Post a Comment