ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 September 2009

SEBUTIR TELOR PENYU

Lalu Dia melarikan diri dari ibunya. Dia merasakan dirinya telah besar panjang. Berani dan bebas. Dia cuba mengejar sekumpulan ikan-ikan yang bemain-main di permukaan air. Sebenarnya dari awal pagi lagi Dia telah makan. Perutnya telah kenyang tapi hati mudanya masih ingin bermain. Lalu Dia mengejar lagi.

Dia memukul air. Kocakan air yang kasar menderam menakutkan kumpulan ikan-ikan yang berenang-renang dalam lubuk yang penuh dengan rumput rampai. Ikan-ikan bertempiaran lari menjunam ke dalam dasar laut. Tidak saekor pun yang ditangkapnya. Dia hanya melihat ikan-ikan itu mencelinap hilang sepantas kilat. Menghilang diri kemuDian berkumpul kembali. Dia memukul air lagi. Hatinya bagitu senang - bebas dan merdeka.

Kemudian Dia melonjak naik ke atas untuk berehat dan menyedut udara nyaman khutub utara.

Matahari musim panas yang enak lunak hampir membakar kulitnya. Dia memerhatikan ibunya. Tidak kelihatan. Matanya mencari-cari. Cuca musim panas bersinar indah dari panahan gunung-gunung salju. Matanya nyaman. Hatinya tenteram. Ketulan sajlu terapung-apung semakin cair dibakar matahari. Matanya mencari-cari tapi tidak kelihatan makhluk apa pun. Alam sunyi.

Lalu Dia turun bermain kembali. Kali ini Dia menyelam dalam. Hatinya mencari-cari ibunya. Dia tidak mahu pulang kesaorangan dan menunggu matahari jatuh lewat malam ini. Dia ingin mendengarkan surah ibunya tentang sejarah bangsanya. Dia ingin mendengar dodoi bangsi nyanyian ibunya yang mengegarkan alam buminya.

Dia memasukan telinganya ke dalam kocakan air. Lalu Dia bersuara memanggil-manggil. Kemudian Dia naik ke atas untuk merasa panahan matahari lagi. Matahari telah mula lembut. Kulitnya tidak lagi dibakar hangat. Lalu Dia menarik nafas panjang dan membuangkan air yang ada dalam rongganya.

Dia mengenal baik daerah ini – wilayah yang siangnya terlalu panjang – dan malamnya terlalu singkat. Saban tahun ibu akan datang membawa Dia ke wilayah ini. Dari selatan mereka datang. Juah sekali - berhari hari dan bermalam-malam mereka berligar-ligar sebelum sampai ke daerah ini.

Di mukim ini – diantara ketulan air batu dan panahan matahari – Dia akan bertemu dengan lubuk-lubuk ikan yang mewah. Ibunya akan mengenalkan Dia kepada lorong-lorong sempit yang didalamnya dipenuhi dengan sotong dan udang. Dia tahu wilayah ini siangnya memanjang. Sinar mataharinya tidak putus-putus. Sinar gemerlapan inilah yang menjemput datang ribuan ikan dan sotong.

Sekali lagi Dia menyelam. Kali ini Dia mendengar alunan ombak yang membawa dondang sayang siulan irama suara ibunya. Dia yakin ibunya pasti tidak akan berjauh darinya.

Dia naik ke atas kembali. Matanya melihat pesisiran gunung. Kali ini Dia ternampak ibunya yang sedang begerak ke arah Dia. Hatinya muda melocat bebas dan merdeka. Berjuta kegirangan sampai melihat bentuk bayang ibunya.

Bila ibunya hampir - Dia seakan-akan ingin menyusu kembali. Tapi agak malu. Apakah nanti Dia akan dilihat oleh sotong dan pari. Apakah ketika Dia mengopek akan diketawakan oleh udang dan labi-labi. Badan yang sudah besar tapi masih menyusu lagi.

Dia mengesel manja pada ibunya. Inilah sahaja keluarganya. Dua tahun dahulu ayahnya mati dibunuh. Hilang entah kemana. Ketika ayahnya mati Dia masih lagi bayi. Dia tidak tahu di wilayah mana ayahnya menjadi korban.

Tiga hari tiga malam ibunya meratap. Suara ratapan ibunya kedengaran beratus-ratus batu juahnya. Seluruh kerabat jauh dan dekat datang berkumpul tapi tidak ada sesipa yang dapat melakukan sesuatu. Akhirnya yang tiggal hanya Dia dan ibunya.

Dia tidak tahu dari mana asal usul keluarganya. Keturunan apa yang di warisi dari ibunya. Apa yang didengar hanyalah dari surah ibunya: keluarga mereka berasal dari satu wilayah yang amat jauh. Telah seribu tahun mereka terpisah dari wilayah asal. Telah seribu tahun perpindah pindah. Dari satu wilayah ke satu wilayah. Dari satu lubuk ke satu lubuk mencari rezeki , berkelamin dan bekeluarga.

Musim panas mereka ke Utara. Musim dingin mereka ke Selatan mengikut ombak memukul badai. Sambil membadai memukul ombak si ibu akan bersurah tentang sejarah datuk moyang yang pada satu ketika dahulu tinggal disatu wilayah yang pancaran mataharinya akan mememasak sebutir telor penyu.

Dia mengesel-gesel badannya pada ibu. Kulit ibunya yang berpuluh tahun di bakar matahari telah banyak mengerutu. Seribu satu macam ulat dan serangga, puaka dan pacat telah pernah sampai ke kulit ibunya. Ibunya mendiamkan diri tidak bergerak dan tidak berdondang sayang.

Apakah yang sedang dingelamunni oleh ibunya, tidak diketahuinya. Lalu Dia bergerak ke hadapan dan menciumi pipi ibunya. Dia merapati lagi dan kini betul-betul dihadapan muka ibunya. Perlahan-lahan Dia merapati mulut ibunya. Ibunya tidak berganjak seperti sepuluh tan gunung agung terpacang tegak. Lalu Dia mengucup mulut ibunya.

Alangkah nikmatnya anak dan ibu dalam alam dan bumi yang mesra. Sucilah bumi ini. Semuanya sunyi sepi. Tidak ada yang begerak tidak ada yang berkocak.

Tiba-tiba satu panahan sampai. Air berkocak. Satu lagi sampai. Yang ini mengena ke bawah tengok ibunya. Darah memancut keluar. Dia terperanjat dan menyurukan diri dibawah perut ibunya. Satu lagi panah sampai. Kali ini hinggap ke tengah badan ibunya. Ibunya menjerit dan meraung sakit. Darah berhambur keluar. Panah ketiga sampai kami ini ke tulang rusuk ke arah tersimpan hati dan jantung ibunya. Ibunya mengelupur sambil meraung dan meminta Dia lari.

Lalu Dia pun lari. Dia tidak menoleh dan tidak memandang. Yang kedengaran hanya dondang siolan kesakitan ibunya yang pasti akan membawa mati. Dia berlari dan berlari meninggalkan wilayah ini. Seperti badai dan ombak Dia memecut berlari dari tiupan sangkala yang sedang menjanjikan maut.

Empat puluh hari empat puluh malam Dia berlari. Ke hadapan ke hadapan Dia melarikan diri dari panahan maut. Dia tidak lagi berani menoleh ke kanan atau ke kiri. Dia telah hilang pedoman. Gunung mana dan lurah mana yang telah dilalui tidak diketahui lagi. Siolan kesakitan ibunya telah lama tidak kedengaran lagi.

Akhirnya sampailah dirinya ke satu wilayah yang bagitu tenang ombak dan desirnya. Dia merasakan badannya semakin panas. Lalu Dia membuka mata. Maka kelihatan wilayah ini menghijau biru dan indah. Dia menjengok tinggi ke atas lalu ternampak pokok-pokok hijau. Pohon-pohon kelapa lambai melambai.

Air matanya meleleh. Lalu Dia teringat surah dan dendang ibunya. Lalu Dia terkenang dongeng-dengong lama surah wilyah bumi ini yang di turun temurunkan dari mulut ke mulut, dari teluk ke teluk, dari lubuk ke lubuk.

Ah ! Inikah Dia tempat asal usulku. Inikah Dia bumi sejarah tanah pusaka tempat kelahiran datuk nenek moyangku. Seribu tahun ayah dan ibunya mencari, sayangnya Dia kesaorangan sampai ke sini. Air matanya mula meleleh lagi – sedih dan gembira kerana selamat sampai ke bumi moyangnya.

Badannya semakin panas. Matahari semakin terik. Tidak ada ombak mengocak alam. Tidak kelihatan lagi gunung-gunung bersalju. Yang kelihatan hanya biru yang menghijau yang mententeramkan mata.

Keindahan ini menjadikan Dia merasa lapar. Lalu Dia teringat selama empat puluh hari empat puluh malam Dia tidak menjamah apa pun. Dia bergerak dan matanya mencari-cari. Tetapi di wilayah ini Dia tidak tahu dimana lubuk sotong dan dimana lorong pari. Ini wilayah baru yang belum di kenali.

Dia berligar-ligar dan matanya terus mencari-cari. Lalu Dia ternampak apungan putih sedang menari-nari. Hah! Inilah Dia telur penyu yang disurahkan oleh ibunya. Inilah makanan orang di wilayah ini. Panas matahari di langit ini pasti telah merebus telur penyu ini.

Lalu Dia mengambil dan mengunyah sebutir telor penyu. Matanya ternampak sebutir lagi, sebutir lagi, sebutir lagi, sebutir lagi dan sebutir lagi. Semuanya dikunyah dan dinikamti. Oh! Bumi wilayah tanah tumpah darah datuk nenek moyang ku betapalah nikmatnya hidup disini. Buminya biru menghijau. Pohon kelapa melambai melambai. Makanan terapung lumayan duyun berduyun.

Seribu tahun ayah dan ibunya mencari sambil berdondang, bersiol dan berbangsi. Kini Dia bagitu gembira untuk sampai kembali. Maka disinilah Dia rela menjadi tua beranak, bercucu dan mengabdikan segala tulang dan gigi-gigi.

ESOKNYA: Plastik, botol dan tali punca anak paus mati? – Berita Harian

Anak paus daripada spesies fin (Balaenoptera physalus) itu dijumpai terdampar masih hidup di pantai Kuala Sungai Nenasi oleh orang kampung Isnin lepas, namun mati pada keesokan harinya walaupun selepas usaha melepaskannya ke laut dilakukan.

nota:
tolong jangan biang plastik merata-rata

TT

No comments:

Post a Comment