ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 April 2010

Apabila Refree Buang Linesman...banyaklah curi ayam.....!!!




Dalam perlawanan bolasepak, pengadil tengah atau Refree adalah berkuasa penuh didalam dan diluar padang. Didalam padang dia boleh tentukan segala-galanya dan tiada sesiapa mampu mengubah. Jika ada yang tidak berpuas hati, hanya boleh komplen dengan cara hormat dan berlalu pergi jika tidak dilayan oleh Refree tadi.


Pengadil dibantu oleh 2 orang penjaga garisan atau "linesman". Linesman ini bertugas hanya tentukan bola keluar, balingan ke dalam tidak 'foul' dan beberapa peranan penting termasuk memberi nasihat kepada Refree sekiranya Refree berkehendakkan bantuannya. Pendek kata hanya Refree yang berkuasa meniup wisel!

Jarang sekali kita melihat Refree tidak mengendahkan nasihat atau 'signal' daripada linesman. Selalunya apabila berlaku sesuatu kekasaran yang agak jauh daripada Refree, di akan segera bertemu dengan linesman bagi mendapat penjelasan dan maklumat lanjut sebelum menjatuhkan hukuman. Sesungguhnya tugas sebagai Refree amat berat kerana segala keputusan mesti 'on the spot!". Jika Hakim Mahkamah, dia boleh berehat didalam Kamar hakim sebelum menjatuhkan hukuman bukan?

Inilah, sekiranya boleh kita gambarkan betapa SPR yang diberi tanggungjawab untuk menjadi Refree dalam Pilihanraya di Malaysia seolah-olah telah menghalau linesman semasa perlawanan berlangsung! Cuba kita bayangkan bagaimana agaknya sesuatu perlawanan itu berlangsung tanpa linesman? Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA tanpa linesman apabila Refree memberikan kad merah kepada linesmannya?

Aduhhh!! Itulah dia peranan Mafrel sebagai satu-satunya pemantau bebas yang dibenarkan oleh SPR bagi memantau perjalanan Pilihanraya di Malaysia ini. Jika sudah Mafrel sebagai linesman terlihat bagaimana kasarnya terjahan BN terhadap PR, maka sewajarnyalah Mafrel tadi mengangkat bendera bagi meminta Refree(SPR) mengambil tindakan! Malangnya semakin kerap dia mengangkat bendera atas kesalahan BN, semakin dibenci dia oleh Refree tadi sedangkan kesalahan PR juga linesman tersebut turut mengangkat bendera!

Maka sekonyong-konyongnya Mafrel telah dibuang padang oleh SPR atas alasan yang tidak diketahui oleh binatang tetapi sangat difahami oleh manusia yang waras! Hanya penyokong UMNO-BN yang tidak waras sahaja dapat menerima situasi ini.

Mungkinkah dalam perlawanan ini, Refree sendiri akan menyepak sepakan penalti untuk pasukan yang ditakutinya? Atau tunggu sahaja tiba waktunya Rakyat akan menyepak ponggong ketua tertingginya yang khianat?


sunsnake 15042010

No comments:

Post a Comment