ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 April 2010

KDN pon berjumpa dengan APCO....terang dan nyata berkawan dengan yahudi....????



Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita. Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. APCO Worldwide Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan. Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya.

Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN. Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN. Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media.

Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru. Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.

Sumber dari : http://www.moha.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=290

No comments:

Post a Comment