ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 April 2010

parti APCOUMNO....PUNGGUNGNYA TERPALIT NAJIS BERBAU APCO...!!!



"Sehari dua ini aku mencari ke mana perginya bapak katak, Ibrahim Ali dan anak anak katak, zul kulim, zahrain dan pencacai najis yang lain. Juga mencari ke mana perginya keris yang setia dijulang membela maruah melayu. Mencari ke mana hilang isu firaun kecil bila teman barunya, firaun besar mengangkat dajal dunia menjadi teman. Belum sampaikah masanya untuk Ibrahim Ali merasakan maruah Islam dan melayu telah digadai kepada golongan yang selalu menyembelih umat Islam palestin? Belum terdetikkah 'hati pembela Islam' Zul Nordin bahawa maruah Islam telah dengan sengaja rela dipijak oleh musuh nombor satu dunia Islam?

Untuk pengetahuan kamu "wahai penipu pembela melayu dan Islam", Shin Bet adalah bekas Mejar Jeneral di dalam tentera Israel. Mahkamah tinggi Israel sendiri telah memutuskan bahawa Shin Bet adalah seorang yang sangat kejam. Shin Bet diputuskan oleh mahkamah Israel telah melanggar hak asasi manusia dan sangat kejam dalam soal siasat terhadap wartawan palestin, Mohamed Omar dan yang lainnya. Orang Israel sendiri mengesahkan Shin Bet sangat kejam, kenapa kamu sanggup bersengkokol dengan mereka. Damaikah hati hati kamu sekarang? Nyatalah kokok kemunafikan kamu telah penuh berbau taik APCO dipunggung.

Benarlah, selagi namanya parti umnoCO, segalanya sanggup diperbuat untuk mencari jalan untuk mengekalkan kuasa. Selagi umnoCO memerintah negara, selagi itulah maruah negara sanggup digadai. Patutlah perangai mereka macam biawak berkepala ular. Satu masa mereka seolah tunduk tawaduk membaca yasin bersama rakyat, pada satu masa yang lain mereka berlaga gelas minuman yang dilarang oleh agama. Darah pemimpin umnoCO telah sebati dengan alkohol tetapi mulut masih dihias dengan ucapan membela Islam. Ayah kononnya perjuangkan melayu dan Islam, anak menjadi saudagar terbesar beer di filipina. Petugas agama sibuk menangkap orang minum arak, bos agama ada hotel menggalakkan disko dan arak. Yang seorang, ada ketika pijak semut tak mati depan isteri, satu ketika bertemu kekasih di resort bukit tinggi.

Zul Nordin pernah mengulas tentang anak luar nikah yang semakin ramai tetapi pada masa yang sama dia seronok melancong ke luar negara dengan tauke kilang anak luar nikah negara. Zul Nordin tahu, setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah tetapi zul membisu. Zul tahu setiap hari 83 anak luar nikah baru akan muncul tetapi lidah zul kelu. Zul sendiri seolah tidak bisa mencari kilang manakah yang mengeluarkan anak tidak sah tersebut. Dalam sibuk sibuk Zul membela agama, zul tidak dapat mencari punca kenapa bertambahnya anak luar nikah. Mungkin zul beranggapan dasar firaun kecil dalam PKR yang menyebabkan ianya berlaku bukan tanggungjawab firaun besar yang menjadi teman zul sekarang.

Kini saban hari aku menanti Ibrahim katak berdemo seperti demo di pulau pinang, menanti riak mengamuk Ibrahim mengutuk maruah kemelayuannya yang telah digadai oleh pemimpin negara kepada Israel. Aku juga menanti interview wartawan terhadap Zul Nordin mengulas tentang dajal dunia yang dijemput oleh firaun besar zul nordin. Menanti dan terus menanti keikhlasan kamu berdua menzahirkan keluhuran perjuangan kamu.

Oleh ramziredang

No comments:

Post a Comment