ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 September 2011

Cik Siti Puan Rosmah (Oleh: Isham Rais)...VERSI GUA...Cik Siti Betina Jalang Kaki Jantan Bollywood Pisau Cukur Rakyat 1 Malysia....!!!!



Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu apabila Hari Raya – kami kanak-kanak menganggp Hari Raya ini satu bulan. Dari logik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, di hari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.
Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.



Ceritanya bagini: Selama satu bulan – di bulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam …oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka muncullah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam…opps maaf … sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap..
Saya sedar – habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman, sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.

Rosmah VS Muhyiddin

Kisahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan – cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas-desus tetapi telah menjadi fakta.

Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Muhyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan rasmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.

Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhstan untuk meminang. Memang pelik – bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesung mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesung atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik.
Semua kisah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kisah lubang mencari antan tetiba timbul pula kisah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps…salah… bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan 
Rosmah ini telah menular ke seberang.

Kisah ini rupa-rupanya tidak berhenti di sini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan – munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin di tangan? Mustahil.



Karenah Rosmah

Dengan melihat semua ini, saya mengambil rumusan bahawa telah wujud satu perancangan yang licik lagi rapi untuk memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Telah ada agenda yang tersusun untuk memastikan Rosmah kita ini tidak tidur lena. Semua berita dan kisah ini adalah gangguan yang menjadikan Rosmah tidak nyenyak tidur. Apabila Cik Siti Puan Rosmah kurang tidur maka berat badannya akan menurun.
Inilah strategi jahat puak-puak ini. Apabila Rosmah kehilangan berat badan pastilah rakyat jelata satu Malaysia tidak dapat mengenal mukanya lagi. Anak-anak yatim piatu yang selalu berteduh di bawah dagu Rosmah akan mencari kopek yang baru untuk berteduh.

Kemudian – dua minggu sebelum berhari raya saya terbaca berita yang amat menakutkan. Berita ini melaporkan tentang bekas balaci Mahathir telah mula mengumpulkan satu pasukan politikus pencen untuk meminta Najib berundur. Kumpulan yang memanggil diri mereka Penawar Kasih ini telah menerangkan bahawa salah satu dari kesilapan Najib Razak ialah Najib tidak ada keupayan untuk mengawal tingkah laku Rosmah Mansor.

Apabila saya kumpulkan semua berita dan kisah ini maka barulah saya sedar bahawa Cik Siti Puan Rosmah ini bukan seorang musuh. Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. Para pembaca yang budiman kita tidak harus terikut-ikut dengan politik semasa.
Jangan sesekali terpengaruh dengan jalur pemikiran yang menuduh Cik Siti Puan Rosmah kita ini seorang Mak Janda yang menggunakan khidmat bomoh kerana gila kuasa. Kisah-kisah Nasi Kang Kang yang mula tersebar luas di kalangan Mak Cik Felda itu adalah fitnah semata-mata. Saya sendiri tahu bahawa Cik Siti Puan Rosmah tidak meminati

Nasi Kang Kang. Cik Siti kita ini adakah peminat setia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.

Haji Desas bin Lebai Desus selalu bercerita tentang Rosmah Mansor ini adalah seorang Mak Janda Ligat sebelum berkahwin dengan Najib. Ini juga berita palsu. Ini berita fitnah yang cuba melukakan hati Cik Situ Puan Rosmah. Adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah bahawa ketika berkahwin dengan Najib dahulu Rosmah Mansor ini masih seorang anak dara. Istilah anak dara di sini bermakna – 300 lelaki yang terawal itu tidak akan diambil kira.

Gila berlian

Setelah para pembaca membaca dan faham apa yang saya tuliskan di atas – kini saya ingin membawa para pembaca sekalian ke satu babak dalam sejarah Eropah. Babak ini berlaku dalam kancah politik Revolusi Perancis. Pada zaman ini ditakdirkan ada seorang perempuan bernama Marie Antoinette yang telah menjadi pemaisuri kepada Raja Louis ke-14. Marie Antoinette ini juga mengakui dirinya sebagai First Lady of France. Perempuan ini juga amat suka memiliki intan berlian dan selalu mengadakan ‘soiree’ dengan para artis. Ketika ini Shah Rukh Khan dan Bollywood belum wujud maka artis yang dijemput datang dari Sepanyol dan Austria.

Sebelum Revolusi Perancis berjaya pada tahun 1789 banyak kesah dan cerita Marie Antoinette telah tersebar. Marie Antoinette dikatakan seorang perempuan yang gila mengumpul harta, gila intan berlian, gila beg kulit dan suka memakai bomoh. Cerita ini tersebar luas untuk warga kota Perancis mendengar. Warga Paris pada ketika ini amat meluat dengan tingkah laku Marie Antoinete. Tetapi ketika ini belum ada blog dan laman facebook maka warga kota Paris hanya menunggu masa untuk memancung kapala betina ini.

Mungkin ada pembaca kurang faham kisah Marie Antoinette kerana berlaku ratusan tahun dahulu. Maka biar saya buka kisah baru yang dekat dengan kita. Malah perempuan yang hendak saya kisahkan ini masih hidup lagi. Nama perempuan ini ialah Imelda. Cik Puan Imelda adalah bekas ratu cantik dan juga seorang pelacur. Dengan menggunakan khidmat bomoh Puan Imelda telah dapat berkahwin dengan Marcos yang kemudian menjadi Presiden Filipina.

Puan Imelda ini juga telah menggelarkan dirinya FLOP – first lady of the Philipines. Puan Imelda amat suka pergi berkonferens di merata dunia. Pekara paling disukai oleh Cik Siti Puan Imelda ialah melihat mukanya keluar di kaca TV tiap-tiap malam. Malah Cik Siti Puan Imelda ini akan menelefon ketua pengarang semua akhbar untuk memastikan ada laporan berita tentang dirinya dalam akhbar setiap hari.

Rakyat Fililipa amat menyampah dan meluat melihat karenah Ilmeda Marcos ini. Bertahun-tahun rakyat Filipina mememdam rasa. Mereka menyusun. Mereka mengumpul kekuatan. Imej Imelda Marcos telah menjadi ikon yang mengumpulkan kemarahan rakyat Filipina. Kemarahan ini meluap-luap. Akhirnya rakyat Filipina seperti rakyat di Perancis 300 tahun dahulu telah turun ke jalan raya. Kalau di Paris kepala Marie Antoinete telah dipenggal, di Manila Cik Siti Paun Imelda sempat lari dengan suaminya Ferdinand Marcos ke Hawaii.

Kebencian rakyat terhadap Rosmah

Justeru, saya meminta para pembaca yang budiman jangan sesekali menganggap Cik Siti Puan Rosmah sebagai musuh. Rosmah Mansor sebenarnya sedang membantu kita untuk menaikkan rasa kebencian rakyat. Dengan adanya Rosmah Mansor di kaca TV tiap-tiap malam orang ramai semakin meluat. Kerana itu gerakan anti Rosmah ini sebenarnya ialah gerakan untuk menyelamat United Malay National Organisation.

Ramai pemimpin United Malay National Organisation melihat Rosmah sebagai biawak hidup yang sedang dipikul oleh United Malay National Organisation. Mengikut kumpulan anti Rosmah ini jika Rosmah dapat dinyahkan maka keyakinan rakyat terhadap United Malay National Organisation akan kembali. Yang dibenci orang ramai bukan United Malay national Organisation tetapi Rosmah Mansor.

Dengan ini saya berdoa agar Cik Siti Puan Rosmah akan lebih lama duduk di Putrajaya. Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalau boleh membaca khutubah.



Kita jangan sesekali bersetuju untuk menghumbankan Rosmah. Spesis Rosmah ini hanya datang ke Tanah Melayu seribu tahun sekali. Kita jangan tergopoh gapah. Pada hemat saya masa dan ketikanya belum ranum. Kita tunggu tahap kebencian orang ramai terhadap Rosmah Mansor masak ranum seperti kebencian terhadap Mahathir. Bila ini terjadi maka amat senang untuk kita menghumbankan Rosmah Mansor walau pun berat badannya 400 kilo.

No comments:

Post a Comment