Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
06 September 2011
ketokohan mat indera serta penghianatan ahli UMNO terhadapnya...bukti jelas yayasan warisan Johor penghianat kepada UMNO...!!!
Mat Indera
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik “Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni”. Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.
Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988).
Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.
Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera.
Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.
Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan
Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.
Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, “proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari ‘kebenaran’”.
Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama’ dan golongan yang “bukan UMNO” turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato’ Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.
Rasional bukan emosi
Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.
Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa “Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan”. Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut
“Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang”. Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?
addin77
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih? - *1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26, 2024 * KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...9 hours ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment