ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 March 2011

kepala butoh ko najib .....datuk TONGGENG 3 stoges tu bukan ahli UMNO ke...????...macammana nak kata UMNO dan hang sendiri tak terlibat....!!!

Video seks: Najib pertahan Umno tidak terlibat



Umno tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kata Presidennya Datuk Seri Najib Razak.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. “... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam isu ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib (gambar kiri ) berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

“Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka,” katanya dipetik Bernama.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata, polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

“Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak ‘ubahsuai’ video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan,” katanya.

Kelmarin, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim pula memberi keterangan semalam. Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat pada malam ini juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

“Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota,” katanya. Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 Umno pada 11 Mei ini


TMI

No comments:

Post a Comment