ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 March 2011

Anwar di minta beri DNA untuk jerat lehernya....!!!!



Pihak pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintah penasihat PKR itu memberikan sampel DNA untuk dianalisis.

Peguamcara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan, membuat permohonan itu berdasarkan peruntukan Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950, ekoran keterangan saksi terutamanya ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah mengesahkan kehadiran beberapa profil DNA di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan untuk semua pihak," kata Mohamed Yusof di akhir kes pendakwaan hari ini.

Beliau juga meminta supaya disemak semula keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di akhir 'perbicaraan dalam perbicaraan' dengan mengambil kira keterangan waran tangkap oleh pegawai tangkapan, Supt Ahmad Taufik Abdullah, dan pegawai penyiasat Supt Judy Blacious Pereira.

Mohamed Yusof berhujah waran tangkap berkenaan kini sudahpun ditanda sebagai eksibit, di mana sebelum keputusan perbicaraan dalam perbicaraan, belum ditanda sebagai eksibit.

Peguam Karpal Singh membantah permohonan itu tetapi Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua pihak membuat hujahan masing-masing Isnin ini sebelum beliau membuat keputusan mengenai dua permohonan pihak pendakwaan itu.

Mohamed Yusof ketika ditemui selepas prosiding berkata walaupun permohonan seperti itu adalah pertama kali dibuat di akhir kes pendakwaan oleh pihak pendakwaan tetapi ia masih tertakluk di bawah Akta Keterangan.

Selain permohonan itu, Karpal Singh juga memanggil semula Mohd Saiful memberi keterangan memandangkan Dr Seah ada memberi keterangan tentang kehadiran tiga DNA profil di sekeliling dubur pengadu itu.

Karpal: Di antara Jun 26-28, 2008, adakah kamu pergi ke tandas?
Mohd Saiful: Ada.
Karpal: Ada pergi?
Mohd Saiful: Ada tapi hanya membuang air kecil.
Karpal: Tidak membuang air besar?
Mohd Saiful: Tidak.
Karpal: Di mana?
Mohd Saiful: Di beberapa tempat.
Karpal: Dr Seah ada memberi keterangan bahawa beliau ada jumpa profil DNA milik tiga individu, ini bermakna dua atau tiga 'partner' melakukan hubungan seks dengan kamu?
Mohd Saiful: Tidak setuju.

Ketika pemeriksaan semula oleh Mohamed Yusof sama ada beliau mandi dalam tempoh 26 hingga 28 Jun 2008, saksi itu berkata beliau hanya membilas badan sahaja, sekali ketika berada di kondominium di mana kejadian didakwa berlaku, dan di rumahnya pada keesokan harinya.

Mohd Saiful juga berkata beliau tidak bermalam di tempat lain selain rumahnya dalam tempoh masa yang sama.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, yang juga pembantu peribadinya ketika itu, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pereira pula ketika pemeriksaan balas oleh Karpal memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful, dalam rakaman percakapannya, menyatakan telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum 24 Jun 2008 untuk mengadu tentang kejadian liwat.

Mohd Saiful juga berjumpa dengan rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya bernama Tuah dan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamed Ezam Mohd Noor selepas kejadian itu, katanya.

Kepada soalan lain oleh Karpal, pegawai polis itu berkata beliau ada membuat rakaman percakapan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung aduan Mohd Saiful.



sumber..mkini




penyapu sial


kena liwat tak payah buat repot kat polis...polis tak reti buat kerja dan makan gaji buta...repot aje kat anak badak atau jantan celaka 1 malaysia....biasiswa liwat meliwat pun boleh dapat sekali....!!!!

No comments:

Post a Comment